KLIK LA YE

June 17, 2011

Hey!!!

HAVING A PHD DOESN'T MEAN YOU KNOW EVERYTHING !!

Human Knowledge :-)


By the time you finish Elementary School, you know a little :



By the time you finish high school, you know a bit more:


when you choose to have a diploma, you  gain some extra knowledge:


With a bachelor's degree, you gain a speciality:


A master's degree deepens that specialty that you have before:


Preparing a Thesis and Reading research papers takes you to the edge of human knowledge:

Once you're at the boundary, you focus:

^_^

You push at the boundary for a few years:

^_<

Until one day, the boundary gives way:




And, that dent you've made is called a Ph.D:


Of course, the world looks different to you now:

(@_@)
So, don't forget the bigger picture:

You see, having a Ph.D. does not means you know everything, you're just specialized.

it's simple right??
Yup, for sure education is very important.. Major very.  It reflects with the way you talk and think.
but your maturity is not being measured by highest level transcript that you have...  well just remember,you just know something but not everything okay...:p
Whoever are you,wherever you come,which universities you graduate from,how much transcript that you have,whether you finish your school or not, and whatever things people say about you,as long as u did not stop learn and learn,you are consider as knowledgeable person!!
Who are you now or in the future is not being measured by your 4flat result...  learning about life is not something that you can get from the books,its all about EXPERIENCE. once you gain some experience then you will become more mature in future.  haha..  trust me lowrhhhh!!   ^_^

k bai..

Schubert Serenade ($_$)



p/s : some of this aku reblog  from weirdbella..thanks :)












June 13, 2011

Nukilan Hidup aku..Hidup kamu semua jugaaaa:))

Entry kali ini adalah nukilan buat diri aku sendiri dan hati "memberers-memberers" aku yang masih terpenjara,pernah terpenjara dan sudah keluar dari penjara..sama seperti aku, satu ketika dahulu..  aku juga pernah terpenjara dalam sangkar kehidupan aku sendiri...  cuma masa tu aku masih belum sedar yang aku boleh buat dan aku boleh merdeka!!! cuma mungkin aku belum merdeka sepenuh tapi atleast aku ada inisiatif untuk rasa erti merdeka tu.. (^__^)

Seumur hidup korang mesti korang pernah pergi melawat zoo kan?Kalau tak pernah pun,mesti la  pernah bela haiwan di dalam sangkar.Kalau tak pernah juga,mesti korang pernah melihat haiwan-haiwan yang dikurung di dalam sangkar..  jangan nak "BULAK" cakap tak pernah!!  memang mintak kena sekeh laa kalau korang jawab "tak pernah"..  Fikirkan... macam mana keadaan haiwan-haiwan yang dikurung ini?Apa wajah-wajah burung di dalam sangkar,ikan di dalam akuarium atau haiwan-haiwan sarkas yang dikurung dan dikerah tenaga, gembirakah mereka dikerah dan dikurung sebegitu rupa?? Sebagai manusia, rakyat malaysia tak dinafikan yang kita telah pon merdeka selama berpuluh tahun lamanya..  tapi kita hanya merdeka pada nama bukan pada jiwa..:))

Secara fitrahnya, sebagai makhluk confirm la kita nak sebuah kehidupan yang merdeka. Tiada satu makhluk pun yang suka dirantai,dikurung dan diikat. Buktinya?Kalau kita mengail,ketika umpan di makan ikan, tak ada maknanya Ikan tu nak rilek-rilex berserah diri je macam "tangkap la aku, aku kan ikan memang untuk manusia tangkap pon, tangkap laa,tangkaplaa,tangkaplaaa!!"..  HARAMJADAH laaa ikan nak cakap macam ni..  For sure Ikan tu akan meronta-ronta dan try untuk melepaskan diri..  Kita sendiri,kalau tiba-tiba kita bangun tidur dalam keadaan terikat,tergantung..  mesti kita akan mencari jalan untuk menyelamatkan dan membebaskan diri,kan?  takkan laa korang bijak bebenor nak serah diri kena hukum gantung tanpa sebab..  betul tak?? (erkk tiba2 teringat cerita Saw..huhu)

 budak ni memang rasa tenang dengan memandikan kuda-kuda-an...hehe..:p

Senang cerita la, korang pon taw kan jiwa yang merdeka dan hati yang tenang hanya datang dari Dia..  so, kalau korang terpenjara dalam kehidupan sendri, mestilah korang nak keluar dari kehiduoan durjana macam tu kan.  Sebab apa? sebab kehidupan di dalam sangkar bukan kehidupan sebenar. Sebagai manusia, pasti ke yang korang betul-betul dah merasai kebebasan atau masih banyak lagi masalah dan perkara yang membelenggu diri? Secara zahirnya kita tak nampak terpenjara tapi masih ramai dalam kalangan kita yang terpenjara dengan jiwa dia sendiri atau oleh jiwa-jiwa yang lain..  Just sedar atau tak sedar je..  Jom kita terjah....(^__*)

Rasulullah mengajar doa ni kepada kita di mana mafhumnya :
"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu drpd rasa keluh kesah dan kesedihan,dan aku berlindung kepada-Mu drpd rasa lemah diri dan kemalasan,dan aku berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan kebakhilan dan aku berlindung kepada-Mu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang." --->( Al-Mathurat pun ada doa ni kalau aku tak silap laa, aku pon new learner lg kot.. tengah terkial2 baca hadith dan buku ketenangan hidup..  kalau dulu, memang HARAM laa aku nak baca..  Dunia2!! huh.)


Act, kalau korang nak taw inilah sangkar-sangkar yang membelenggu kehidupan kita tanpa kita sedari. Cuba reflek balik bila korang dalam keadaan sedih,sayu,pilu,resah,gelisah.. Seluruh kehidupan mesti korang rasa gloomy and penuh negatif..  Seluruh saraf dan nadi korang rasakan tidak bermaya... Ibarat macam dah takda arah dalam hidup daa dan ia membawa kepada satu sifat yang Allah memang tak suka.. sifat PUTUS ASA atau dalam bahasa omputihnya, Give Up...heee:)
So, tugas kita adalah kita kena bebaskan diri kita daripada perasaan-perasaan cenggini.. Kita perlu bangunkan jiwa yang positif, kawal perasaan2 negatif yang merosakkan hati, jiwa dan sanubari..chewahh...:p


jgn kasi hidup korang gloomy and sunyi macam ni..tp macam cantik pulak view ni kan..ahahaha:p

Kalau kita masih terduduk berteleku melayan perasaan, menda ni tidak akan membawa kita ke mana2 kecuali kelemahan,kemerosotan harga diri,kehilangan jati diri dan keyakinan serta kita akan tewas kepada diri sendiri sebelum berjuang dalam kehidupan. So,mintalah kepada Allah agar membantu kita bijak dan berupaya mengawal emosi serta tidak membiarkan emosi tersebut yang menguasai diri dan kehidupan kita..  faham?? kalau tak faham jugak aku pon dah tak tau nak buat ayat rupe mane da nak bg kome paham..haha:p

Sebagai manusia yang sempurna, erk tak tepat pulak perkataan sempurna tu, i mean sebagai manusia yang almost perfect, sewajarnya kita menyempurnakan juga rohani dan emosi kita. Jangan pulak korang hanya sempurna panca indera,anggota badan tapi jiwa kucar kacir dan sikap pulak malas teramat.. confirm2 la korang automatik akan menjadi lemah juga dalam berjuang untuk kehidupan. Try kita ambik ibrah insan-insan yang kurang sempurna/OKU yang mempunyai jiwa yang kuat,azam yang tinggi,cita-cita tinggi melangit serta usaha dan semangat juang yang gigih dan mantap.. See, mereka berjaya dalam kehidupan. Allah Maha Adil..Dia memberikan hasil mengikut usaha kita setakat mana..  bukan macam sesetengah orang, tau cakap je meloba-loba, tapi usaha takda..hasil lagi laa TARAAKK!!

Tapi walaumacam mana perfect pon korang, yang paling utama ialah kemerdekaan jiwa yang sebenar sebagai hamba Allah. Iaitu apabila kita bebas daripada belenggu kufur dan kesesatan dan menjadi mukmin yang sejati. Melihat diri dan insan-insan di sekeliling,berfikirlah.. Merdeka kah AKU dengan laungan merdeka sebanyak 7x, pesta muda mudi yang berakhir dengan zina, konsert yang melalaikan, perhimpunan merdeka yang membiarkan lelaki dan perempuan bukan muhrim berpeleseran tanpa batasan, aurat terbuka di merata2, hiburan menjadi raja kehidupan, keseronokan menjadi keutamaan hidup, budaya barat diagung-agungkan, pembunuhan melata-lata ibarat macam nyawa tu ada gantinya, penyelewengan dalam pentadbiran, ketidakjujuran dalam perhubungan, rasuah dalam penghakiman, contoh orang salah bebas merdeka orang baik disebalik besi penjara..merdekakah aku??? or merdeka kah kita??

maaf, aku memang tidak berhak untuk pergi tanya dekat orang-orang sekeliling " merdeka ke kau??"  kalau nak mintak penampor dah lama dah aku pergi tanya.  lagipon aku pon masih insan yang mula mengenali apa itu hidup, yang masih terkial-kial mencari arah, yang masih merangkak memulakan kehidupan yang lebih hakiki..  even aku belum lagi berubah sepenuhnya tapi aku telah memulakan step demi step untuk aku rasa erti hidup yang bukan semua orang dapat rasai.......  kalau korang dah rasa korang baik sangat, dan dah rasa macam korang bahagia sangat, tolong fikirkan semula ye.  tak semestinya kalau korang cukup solat 5 kali sehari, puasa cukup tak pernah tinggal, tak buat benda zahir yang haram tu means korang dahh cukup baik.. fikir..fikir...dan fikir...okay??  :)
jgn tangkap dolphin lagi..sian dolphin tak dapat nak merasa kemerdekaan..hikhik..:p

Sesungguhnya kehidupan hanya akan jadi bermakna dan bahagia apabila kita bebas daripada sistem-sistem ciptaan manusia dan kembali kepada sistem dan fitrah Ilahi. Tak percaya? Cuba try test dulu..  confirm once korang dah rasa hidup dibawah fitrah yang allah dah tetapkan korang tak akan pilih yang lain (Iklan Pantene) sebab kau dah rasa satu kehidupan yang penuh ketenangan dan korang akan rasa hidup tu amat berharga..  ala2 iklan Loreal, Kerana dirimu begitu berharga..(^_<)

Ruba'i bin Amir melafazkan dengan penuh izzah,keberanian dan jiwa merdeka ketika berhadapan dengan Rustum (panglima tentera Parsi) :
"Kami datang untuk memerdekakan manusia daripada menjadi hamba kepada sesama manusia agar menjadi hamba kepada Allah. Dan kami datang membawa keindahan dan keadilan Islam sebagai ganti kepada kesesatan agama-agama dan penindasan sistem yang lain."

*Kita?Adakah kita hamba Allah atau hamba manusia?hamba cinta?hamba duit?hamba dadah?hamba rokok?hamba makanan?hamba barang-barang berjenama? HAMBA BERFASHION??
(errkk..macam untuk aku je..hehe).. Hamba...hamba..hamba semua kejadah laa.. fikir-fikirkan dan selamat beramal... (aku pon tiap2 hari fikir kejadah semua ni.. addooii..terlalu leka dengan dunia...hurm...)  PEACE=)

K Bai...

Schubert Serenade ($_$)

June 11, 2011

Priceless (^_<)


Salam ^_<



K Baiii :))

Schubert Serenade ($_$) 

Bilaa aku punya sifat "MOTHERLY" ^_^

HYE GUYS!!!


bersiap sedia..entry aku dan gambar-gambar tiada kena mengena..aku main aci redah je:))


1,2,3 goooo!!!:))

Sibling aku balance lelaki and perempuan semua cukup.  so bila aku nak bergossip atau perlukan someone to talk to aku akan prefer untuk cari kakak-kakak aku. bila ade cerita macam "eh kau tau tak anak mak cik limah duduk taman perumahan sebelah dah dapat baby semalam", lepastu kakak aku lagi sorang menyampuk "bukan dia baru ke kahwin??  macam cepat je dapat anak" then adik aku dengan sifat2 ke-ustazah-an dia akan lectured kitorang dengan penerangan bahawa mengumpat tu tak elok.. tak baik cerita aib orang..hehe..  dan aku?? aku jenis lebih suka mendengar, paling cikai aku akan reply pon "erm", "yeke?", "okay"..haha..  aku memang boring, tu sebab adik aku cakap "kak, kau muka bukan takda rupa tapi apesal kau takda bf eyh?"...adik aku cakap aku adalah manusia yang membosankan in a certain way..okay macam harammm je....:p
Tapi bila turn nak bercakap pasal hal-hal "LELAKI" macam "weyh, malam ni korang jangan tengok tv, abg e dengan abg awie nak tengok bola" atau abah akan merungut " ishh harga minyak dah naik lagi, baru je kelmarin naik 20sen, sekarang naik lagi" dan bila abang aku bercakap pasal gadget, "tak patut beli gadget macam ni, macam tu tak elok, tak tahan lama"..  tapi yang paling best time abang-abang aku dan abah menjerit sakan bila kami menonton bola sepak macam seratus orang yang menonton, haa time-time nak buat "huhaaa huhaaa" aku akan cari abang-abang aku.. heee...  so, memang takdelah cerita dekat rumah macam perempuan-perempuan "kepochi"...haha.. itulah bezanya bila kita berada dengan kaum wanita dan kaum lelaki..  TAPI SERIOUSLY AKU LAGI PREFER KAWAN DENGAN KAUM ADAM..  tapi in certain things, aku tak nafikan aku perlukan "memberers" berjantina HAWA..  


tapi dekat rumah aku takda la sangat diterapkan dengan perangai kewanitaan terlampau,coz kakak-kakak mostly dah besar-besar masa aku lahir, so aku rapat dengan abang-abang laa.. maka aku ni macam tiada perasaan sangat. ada a few memberers aku cakap aku ni HEARTLESS, TAK RETI NAK TOUCHING, errkkk... agakk laa..  hati kental babe!!  Contoh, dulu, bila tengok baby ataupun budak kecik, aku seriously takde perasaan. Aku pon pelik jugak apa pasal orang pompuan kalau nampak baby, mesti dia buat bunyi seperti ini, "alololoooo comeynye die, bucuk2, cayangnye dieee"...  haa lebih kurang sama laa.. macam know out of sudden ada nerve+adrenalin problem pulakk..  then, tak cukup setakat tu je, dia akan dukong dan tayang satu kampong yang dia pandai dukong and layan baby..  pastu, makcik-makcik akan jatuh suka laa dekat and puji, “baguihh kamu ni..pandai layan budakk, dah boleh kahwin ni...”  so perempuan tadi tu akan tersipu-sipu malu laa bila makcik-makcik ni puji diaa..  kot-kot ade luck makcik-makcik ni nak ambik dia jadi menantu…  perrgghhh sumpah tak boleh blah situasi macam ni..  haramjadah betul..  aku seriously menyampah kot dengan keadaan2 macam ni… aku rasa benda ni macam sungguh HIPOKRIT!! Faham x??
plus, orang2 tua ni kan jenis cepat terpengaruh dengan surrounding, judgement diorang based on apa yang diorang nampak..  contoh lain macam kau memang pergi kenduri kat rumah makcik ni, then kau pon dengan rasa rajin ya amatt tolong la kenduri kendara tu..  pastu confirm punya makcik-makcik kat kenduri tu akan cakap “ bagus budak ni, rajin je tolong kenduri2 macam ni, lemah lembut pulak tu, sopan santun lagi”…huhh, HIPOKRIT teramat kau paham tak..  sebab kat rumah dia sendiri belum tentu lagi dia rajin kepalang tolong mak dia kemas umah..haha..:p

Tapi itu dulu.kalau ada perempuan-perempuan remaja yang aku jumpa macam perangai overboard semacam, aku memang judge diorang hipokrit dan gedikss laa..  Tapi sekarang ni, makin lama aku rasa aku makin ada sifat motherly pulakk. Ya know something that comes from within. Something yang aku sebelum ni kalau nampak babies aku semacam takde perasaan ape2..  macam erkk’ baby je pon…  perluke buat bunyi yang sangat2 annoying tu..haha.. things change, people change too kan.  Macam sekarang baru aku faham perasaan perempuan-perempuan tu..  lagipon aku cukup sukaaa cium bau babies, diorang ada satu bau yang innocent "bau minyak Yu Yee" dengan "bedak Johnson Baby"..hehe...wangi doee!!  chewahh, so conclusionnya sekarang kalau ade minah2 yang berprasangka macam aku dulu bila tengok aku tiba2 annoying aku akan jawab, “eelleehh kau, kau mane faham ape aku rasa..  aku ade sifat motherly kot..  kau hado??hado??” hahaha..:))

tapi INDAH kan jadi wanita ni...  bila ada sifat motherly macam ayuuu jee gituuu..hikhik^_<



K bai.


hee...aku post pasal sifat motherly ni kt fb, then "memberers" aku cakap, "ahh kau dah gatei nak kawen la tue"...
ciss korang macam hampehhh je bahan aku kan!!!:p

Schubert Serenade ($_$)

May 31, 2011

LIFELESS KE AKU NI??

HYE!!!


Hidup ni bukan macam yang Forest Gump cakapkan, "My Mama always said : life is like a box of chocolates... you never know what you're gonna get".  it's more than that kan??

Dulu aku pernah post satu entry pasal LIFE, boleh tengok balik dekat sini (I-wonder-what-is-meaning-of-life.).. aku post entry tu then aku tanya apa maksud Hidup pada pandangan korang, tapi yang betul-betul menjawab persoalan aku tak ramai.  Adalah dua tiga orang yang bagi pandangan mereka pasal Life.  Sekarang kalau aku nak tanya the same thing again, PLEASE jawab dengan apa yang korang rasakan tentang hidup.  I need an answer, jawapan yang logic diterima akal and jawapan yang aku cari-cari selama ni.  maksud aku, aku sudah punya jawapan tapi jawapan tu tak tepat.  Jawapan aku masih kurang tepat, mungkin sebab tak disupport dek kehidupan yang lebih hakiki dan abadi.. Lantak korang la nak cakap aku poyo ke meroyan ke ape sekarang ni tapi I seriously need an answer…  kalau korang nak tahu, bagi aku, "Life is like walking around a foreign city for the first time. The more you walk, the more you experience and the more familiar it becomes." Tapi itu dulu, dulu aku beranggapan Hidup ni macam tu, macam kalau kita lebih banyak merantau pergi tempat orang, lebih banyak yang kita akan perolehi, tak kira la dari segi harta, pengetahuan, benda, manusia atau ape je, semua tu hanya satu, Sources which is Ilmu…kan??kan?? finally kita akan rasa selesa dengan tempat yang kita rantau tu.. tapi sekarang, things change…so do i…  I need to change, for good… boleh tak kalau aku interpret life tu masih sama macam sebelum ni, tapi aku just nak tambah something..  macam ni mungkin “  bagi aku Life is like walking around a foreign city for the first time. The more you walk, the more you experience and the more familiar it becomes, but once we arrive at a pit stop, then our life will turn 360deg…and everything will change..Change to be prepared maybe, then finally you feel comfortable and at home, albeit hopelessly lost..….that’s it..  Aku nak something yang macam ni…  Aku hidup selama 21 tahun tapi aku rasa macam LIFELESS…. Seriously, aku LIFELESS…   LIFELESS in term macam mana kalau aku tak sempat buat something yang aku betul-betul suka which is aku pon tak tahu apa yang aku suka, atau kalau aku tak sempat habiskan degree atau tak sempat kahwin, tak sempat ada anak, tak sempat balas jasa mak abah aku, means aku akan menyesal seumur hidup??  macam tu ke LIFELESS yang aku rasa ni??  entah bukan…  mungkin semua tu betul and ada pentingnya, tapi aku rasa macam ada something MISSING in LIFE…  I mean all the basic in life, and Foundation in Faith maybe…  entah aku tak tahu… LIFELESS…

“The man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th….  I need to change before it’s too late…Sighhh..




 I keep on saying I want to change, I try, but I have trouble being consistent, when I'm on the right track, sekejap je tergelincir balik, back to my same old bad attitude. This is so tiring....:((

K bai…

Schubert Serenade ($_$)



May 29, 2011

Congratulations:))

hye guys!!  happy weekend...selamat berhujung minggu.. have a great weekend ya!!!
so let's start,:)

This week adalah week paling mendebarkan bagi semua pelajar-pelajar IPTA and IPTS...certain jelaa...  sebab this week kebanyakkan students akan dapat Result untuk sem ini..hehe..  okay, Result je pon...  gaya macam nak dapat duit berjuta bagai..haha..  bagi certain students, bila result keluar, mereka akan anggap it's not a big deal pon..  bukan benda penting, ibarat macam kalau lulus ok la, kalau fail pon takpe..  tak kesah sebab bagi mereka  belajar tu perkara main-main...huh,  STUPID!!  hoi kau study untuk FAIL ke??  Otak Biol betul!!  kalau dah rasa tak nak dah belajor dah, tak payah gatei-gatei nak ngabihkan duit mak abah kome okay!!:p
erm, and ada jugak students yang akan rasa nervous plus berdebar macam nak angkat nikah pon ada.. yela nak check result mesti lah cuak...  takut kalau fail, risau kalau tak lepas, sedih kalau kena repeat paper, kecewa kalau tak dapat grad sama dengan batch sendiri...hurm, macam-macam laa....  so, kepada students yang dah pon tahu result current semester anda, Tahniah aku ucapkan kepada yang lulus dengan cemerlangnya...  dan try harder untuk yang rasa macam result korang cukup-cukup makan, and kepada yang memang DAH FAIL, tahniah jugak sebab dah berjaya mengecewakan harapan Parents korang.. haha..  yang pasti, kalau dah fail tu tak payah nak sedih kecewa bagai, salah korang sendiri...korang yang pilih untuk jadi macam ni..  so terima dengan redha...  now, jangan nak membuang masa dan menangisi benda dah lepas..  move on..  find something yang korang suka and work with it...  don't do something against ur ability ok..   Work harder and harder...heee:))


Dengan ini, ucapan Tahniah Istimewa saya tujukan kepada Clan-Clan saya  kerana telah berjaya mendapat DEAN LIST untuk Sem ini...  :))
Aina, Tehaha, Babat, Ema, Paein, Marabahaya, Lee Ai Mi, Claudia, Michelle, Mel, Marie, Amy, Ervina, Angela, Febrinie, Icka, Bobby, Ariel, ehem2 and ME NEITHER (*ramai-ramai cakap Tahniah dekat aku cepat)...  and Big Congrats kepada adik aku jugak for her Dean List again for this semester... She's taking Microbiology right now, kinda tough huh..  Congrats adik!!! Bolehlah mak and abah aku TERSENYUM lebarr sebab anak-anak dia yang kecik-kecik ni(*aku dan adik) belajar sungguh-sungguh..haha.. "MAK NAK MINTAK LAPPY DENGAN TEPON BARU SEBAGAI HADIAH BOLEH KAA???"(lepasni boleh la kakak belajar lagi bagus kalau mak kasi kakak hadiah lappy dengan tepon baru) kikiki... To those yang nama korang weren't here, haha..  sorry maybe aku terlupa..  apa-apa pon, BIG CONGRATS untuk anda semua...  nak Dapat Dean List yang HEBAT bukan senang..  sebab Dean List kami semua bukan Dean List yang cukup-cukup makan, Dean List kami Dean List yang HEBAT okay(tolong tepuk tangan sama-sama) hikhikhik...dan, untuk achieve something yang Hebat kena ada Usaha yang hebat juga!!:)



(Besties)
(mereka ni "girlfriends" aku!!)
(kami')

Oopss, act Tujuan entry ni bukan untuk Riak Overboard semata(memang Riak gila)haha, tapi untuk memberi inspirasi kepada adik-adik yang bakal masuk UNIVERSITI supaya jangan JADI SEPERTI KAMI tapi jadilah lebih baik dari KAMI...ok??hehe..  Mood aku untuk minggu ni akan jadi tersangat baik so, agak-agak nak buat something yang merosakkan mood aku tolong postponed ke minggu hadapan okay!


till now:  Majulah kita untuk NEGARA!!  dan kepada yang masih berhutang dengan KERAJAAN tu, tolong la bayar balik pinjaman masa belaja dulu okay!!  kahkahkah:p

love:)
Schubert Serenande ($_$)

May 25, 2011

to be a good muslimah in future...

.Assalamualaikum.
(jawab ye, tak jawab dosa taw!!)

1,2,3 Go!!
Hijab itu pelindung diri,
Menyimpul rahsia mawar berduri
Jagalah akhlakmu wahai diri,
Moga peroleh redha Ilahi.


Sesungguhnya Allah telah berfirman

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu(bahan-bahan untuk)
 pakaian menutup aurat kamu dan pakaian  perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah 
yang sebaik-baiknya.Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya 
kepada hamba-hamba-Nya)supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" 

(Al-Araf:26)


..Hijab itu adalah tanda ketaatanmu kepada Allah dan Rasul.


wahai muslimat..
bertudunglah,
sesungguhnya 
kecantikanmu 
bukan 
terletak pada paras rupa 
tetapi 
pada akhlak yang ditunjuki..(^_^)

quotes:-)



^_^
Islam itu Indah, seindah Jannah : Schubert Serenade ($_$)

May 24, 2011

I'M BACK (^_^)


Hye guys!!  Hye MEMBERERS!!

Okay I just wanna say these three words, I MISS YOU!!  I mean I miss semua and everything tentang blog aku ni…haha.. How are you guys??  How’s life so far?? Kinda hectic right..  Normal lah tu, dalam hidup mesti ada UPS and DOWNS dia..  Owhh God, I really need a break..  I am so tired being tired..haha..  aku sangat busy sejak kebelakangan ni sampai blog pon terabai, PENAT dan PENAT, dan teramat PENAT!!  PENAT dengan hidup… kerja-kerja yang tak pernah susut, masalah hidup yang semakin membebankan..  dan aku yang semakin SUKA MERUNGUT!!  Arrgghh, I wish I can freeze everything for a while..haha…
Okay, dah almost a month aku xjenguk langsung BLOG aku ni.  I have no idea at all what is happening with my blog.  Dahlah HODOH, lagu blog memang macam BERKABUNG UNTUK ORANG MATI je, “Cousin” aku yang cakap..  KEJAM betul kau COUSIN.haha..  padahal music MOZART ni da memang sebati dengan jiwa raga aku since kanak-kanak RIBENA lagi.  Bayangkan bila aku pass exam dengan flying colours atau ada MAMAT HANDSOME tegur aku time-time aku tengah agak SELEKEH, dan juga bila bila aku tengah mengalami situasi MALU atau COVER MALU, otomatik lagu ni bermain difikiran..  Music ni bukan peneman time aku SEDIH je, aku happy, alter happy, gloomy semualaaaa…  MESTI MUSIC SERENADE ni jadi PILIHAN wooo!!!hehe..  owh ya, BERAPA RAMAI YANG  RINDU AKU?? Mesti takda sorang pon kan.. haha.. I just knew it… well, where am I going these few weeks??  Ada a few friends yang PM aku kt FB Tanya kenapa tak hupdate blog..  SEE!!  Ada jugak yang rindu aku ok, even follower aku ciput.  Haha.. 
Act, aku kan pergi settlekan everything that I’ve started before. Hee..  aku balik UNI aku la, settlekan final exam, settlekan presentation, attend interview untuk continue study lagi on end of this year.  Macam2 la.. penat sungguh, nak kejar cita-cita so aku kena grab every chances yang ada.  Owwhh ya, result sem ni which is my last sem, dah pon aku dapat!!  Jeng..jeng..jeng…. I got 3.89…huhuhu…( tolong la jelous cepat) Alhamdulillah Dean List..  cuak gila takut result sem akhir ni teruk..  kalau teruk maybe aku akan terjun sungai Salu kat Perak  tu.  kikiki..apa2 pon I did great and I did my best for my last semester.  And, aku nak score once aku dah start balik continue study end of this year.  Aku nak study and study selagi aku mampu.  Nak belajar sungguh2 and nak score 4flat in future.  InsyaAllah laa..  menuntut ilmu ni kan penting, agak2 aku dah bosan study, then aku kerja kejap pastu aku terus je kahwin nanti.  Tunggu je orang meminang, pastu dok umah jadi isteri mithali jaga suami and anak2…haha..boleh tak macam tu?? erm, tapi “memberers” aku cakap isteri zaman sekarang mana ada yang standard “dok rumah jaga keluarga,pakai kain batik, tunggu depan pintu bila suami balik kerja, bangun awal pagi siap keperluan suami” TAKDA DAHHH!!  "Sekarang semua standard Isteri bergaya dan bekerjaya mengalahkan isteri menteri” WOW!!! Tu memberers(member2) aku cakap laa…tapi bagi aku ada je lagi.. datangla kampong aku kat Perak.. RAMAI lagi okay perempuan Timur… hehe..tapi aku rasa tak salah jadi perempuan modern as long as dia tahu bawak diri..KAN??KAN???  Things change lagipon kan…and people change too..hehe..


Erm,  now aku dah start part time dekat one of the shopping mall…  aku kerja dekat one of the kiosk yang kecik2 tu..  ala yang kalau dalam shopping mall mesti ada kiosk kecik2.. hehe.. kedai jual barangan MUSLIMAH…hehe.. tapi tak boleh bagitahu kat mana, kalau ada yang jumpa nanti mesti aku SEGAN!! *awww…budget ada orang kenal aku kan…haha…  and, setakat ni kerja kat situ sangat2 seronok and enjoy okay..  aku rasa macam family and tak terikat langsung, and my BIG BOSS sangat understanding and baik hati..  Even susah nak minta cuti even on weekend, tapi yang paling penting my boss memang sediakan masa untuk workers dia SOLAT…  yup its normal thing kan, SOLAT!!  Tapi before ni aku pernah kerja 3hari dekat one of the kedai dalam mall jugak time semester break yang lepas and owner dia non muslim, korang tau tak dia tak kasi aku break untuk SOLAT langsung…. Tapi aku pergi jugak laa.. Redah la menipu cakap pergi toilet,sakit perut kejadah semua…pergi solat siap2…tapi rasanya time 3hari tu solat aku sah2 tak kusyuk..haha…asyik takutkan bos aku cari aku kat toilet…LAST2, aku Quit!!  Gila kau nak kerja dalam keadaan yang macam tu.. MEMANG TAK LAA… agak2 aku ni memang BERIMAN and pahala MELOBA2 boleh la aku kerja je terus tak payah solat2, BOLEH?? ni TAK, aku pon not really a good muslim yet, so dah kata rukun islam, kena la patuh…  kalau dah faundation in faith pon kucar kacir macam mana nak survive kan!!  ooppss, rukun iman jugaakkk okay!!:))
Apa2 pon aku suka gilaa kerja part time aku sekarang..nak kumpul duit nak beli LAPPY baru…LAPPY lama ni dah nazak… SADIS betul..huhu… InsyaAllah kalau ada rezeki kan..:D              
Btw, baru2 ni aku memang rajin bebenor baca surat khabar atau dalam bahasa orang putihnya NEWSPAPER!!haha…  dulu aku rajin jugak tapi aku baca yang aku dapat free je masa kat U, kat U surat khabar orang putih jelaa…  bukan nak bagi surat khabar bahasa melayu..hehe.. tapi semenjak kerja ni, chewaahhh…  tiap2 hari aku borong semua jenis surat khabar dari STAR,NST,HARIAN,KOSMO,METRO,HARAKAH,SINAR, semua yang adalahhh…aku baca semua dari mukasurat pertama sampai akhir, ruangan iklan pon aku baca okay!!  BACA bukan SELAK2 atau USHA2 je…haha..  and aku sangat rasa kasihan, sedih dengan bermacam2 tragedy yang berlaku dalam Negara sekarang…  MACAM2 sampai aku rasa macam, kenapa manusia boleh berfikir sedemikian rupa sampai sanggup melakukan bermacam2 bentuk kesalahan……..sedih2….tambahan bila ada a few cases tu melibatkan ORANG KITAORANG MELAYU…again…ORANG MELAYU…hurm….  Owhh yaa pasal poligami pon aku rasa interesting nowadays…yup POLIGAMI is okay… but to me, a big NO!!  SAY NO TO POLIGAMI!!  CALL ME ZAMAN PALEOLITIK OR ZAMAN TUDOR, BUT I CAN’T STAND “DIMADUKAN” ATAU BERMADU DURJA OKAY…hahaha…SORRY!! DON’T MESS WITH ME!!
Malas nak ulas panjang pasal cases yang berlaku nowadays, apa2 pon my prayer and condolence now goes out for Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat landslide.  Semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang sebaik-baiknya.  Aku memang sentap and sedih gilaa bila dapat tahu pasal berita ni, but that’s it..  Everything is fated kan..  kita sebagai manusia kena bersiap sedia la selagi terdaya….  Owh ya, kalau kita sekarang dalam kesenangan tak salah rasanya menderma atau beri bantuan yang termampu untuk mereka dan arwah2..  doakan yang terbaik untuk mereka dikira bantuan jugak.. tapi lebih mulia kalau dapat bantu dari segi wang ringgit, coz almost everything dah musnah and they need to start over..  kalau bukan kita orang ISLAM siapa lagi nak bantu kan…

 gambar keadaan sekitar Rumah Anak Yatim Al-Takwa:(
Okla, sampai sini je update aku since aku baru je ada masa untuk menghadap laman2 sensawang aku ni.  in next entry aku akan upload a few pics masa aku pergi balik Campus aka sambil sightseeing and Berholiday, which are aku nak sangat2 share dengan korang semua okay…  just waittt and stay tuned untuk my next entry.. haha...
 AKU RINDU KORANG!!! SERIOUS!!  :Schubert Serenade ($_$)
Al-Fatihah untuk MEREKA yang telah tiada..:))