KLIK LA YE

July 20, 2013

(ii) Luahan Rasa dari Hati untuk Arwah Abang yang Disayangi.

Arwah cuma sempat merasa hidup dalam keadaan tidak begitu menderita kesakitan untuk tempoh lebih kurang 3 minggu dimana seminggu selepas aku menjemput arwah di hospital, arwah berehat dirumah dan selama 2 minggu lagi adalah semasa arwah bekerja semula di Terengganu. Mungkin kerana aku begitu yakin arwah sudah sembuh, menjadikan aku tidak aware dengan keadaan kesihatan abang awie selepas itu.  Aku leka dengan dunia aku sendiri, aku gagal membaca hati dan keadaan arwah abang ketika itu.  aku jauh daripada arwah, aku lupa seketika perihal arwah ketika itu. Jujur, aku menyesal.  Kerana terlalu layankan masalah 'Stress" aku dengan Peperiksaan Akhir, aku ambil mudah perihal arwah abang awie. Bahkan, sebagai adik, aku langsung tidak menghubungi arwah untuk bertanya khabar sepanjang tempoh aku sedang berhempas pulas dengan peperiksaan akhir, dan paling aku menyesal pada 1 Ramadhan aku langsung tidak menghubungi arwah bagi mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada arwah seperti yang aku biasa lakukan saban tahun, walau melalui pesanan ringkas sekalipun aku lupa untuk menghantar kepada arwah.  Aku yakin sungguh aku akan berjumpa dengan arwah semasa bulan puasa dan ditambah dengan aku begitu sebuk dengan projek akhir dan peperiksaan akhir menjadikan aku lupa terus untuk mengambil tahu perihal arwah pada masa 3 minggu yang terakhir. 

Tidak aku sangka, 3 hari selepas aku tamat peperiksaan akhir dengan jayanya, semasa aku berada di rumah kakak di Bangi, pada pagi 16 Julai, Hari Selasa bersamaan 7 Ramadhan aku menerima pesanan ringkas daripada kakak sulungku yang sedang berada di pejabatnya bahawa arwah abang awie sedang sakit tenat, dan kakak mengajak aku untuk pergi ke Terengganu petang itu juga.  Tika itu aku agar risau tetapi masih tenang dan ingin cepat pergi ke Terengganu, tapi selang beberapa minit selepas itu, aku menerima panggilan daripada kakak sulungku bahawa arwah sudah pun meninggal dunia. Ya Allah payah benar untuk aku menerima berita tersebut, sukar benar untuk aku menelan kenyataan yang begitu pahit ini, dan perit benar rasa hati untuk aku melepaskan arwah pergi.  Dalam hidup aku, sepanjang hayat arwah dan sepanjang tempoh aku bergelar adik kepada arwah, ada 5 PERKARA yang benar-benar aku sesalkan dan belum tentu aku dapat maafkan diri aku sendiri terhadap arwah.:

Pertamanya, semasa arwah sedang terlantar sakit di IJN, aku jarang berada di samping arwah. Aku terlalu pentingkan hal sendiri dimana aku terlalu sibuk dengan pelajaran dan assingment yang menimbun banyaknya sehinggakan aku suka menangguh waktu bagi menjenguk arwah di IJN. Kalau ikut kan perkiraan, semasa arwah terlantar di IJN aku hanya sempat menjaga dan menemani arwah beberapa kali sahaja itupun semasa aku cuti dan hujung minggu. Sungguh aku benar-benar terkilan kerana leka dengan dunia tidak begitu menghiraukan keluarga.

Keduanya, semasa aku sedang sibuk dengan peperiksaan akhir dimana beberapa minggu sahaja lagi sebelum arwah menghembuskan nafasnya, aku langsung tidak menghubunginya untuk bertanya khabar. Walaupun pada hari pertama Ramadhan, aku leka dan lalai dengan urusan dunia, terlalu pentingkan diri sehingga aku langsung tidak menghubungi arwah untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada arwah seperti saban tahun aku lakukan. Kejam bukan? Sungguh aku menyesal, rasa terkilan di hati ini sungguh berat tidak mampu dihindari. Sungguh aku gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang adik.

Ketiganya,  pada 14 July bersamaan 5 Ramadhan, dua hari sebelum arwah pergi meninggalkan kami, ketika itu baru sahaja selesai peperiksaan akhir.  Arwah ada menghubungi aku  dengan panggilan ketika jam 3.24petang. tapi seribu kali sayang, aku tidak menjawab panggilan tersebut.  bukan kerana aku tidak mahu menjawabnya, tetapi aku tidak perasan akan panggilan daripada arwah. Dan yang paling aku sesalkan, aku tidak pula menelefonnya kembali. Kejam sungguh aku ini. Jujur aku mengaku, aku tidak pernah menyangka bahawa itu adalah panggilan terakhir daripada arwah sebelum arwah meninggalkan kami untuk selamanya.

Keempatnya, pada petang 14 July tersebut juga, kami sekeluarga dikhabarkan arwah telah dihantar ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan kerana arwa tiba-tiba sesak nafas dan sakit semula. Benar kami sekeluarga sangat lah risau, tetapi mengenangkan Terengganu begitu jauh tempatnya, dan pada pemikiran kami arwah mungkin warded seperti biasa, kami tidak turutkan hati untuk pergi ke Terengganu pada malam itu kerana esoknya adalah hari bekerja dan hampir semua ahli keluarga kami perlu bekerja dan tidak dapat mengambil cuti. Jadi kami relakan arwah ditahan di hospital Dungun.  Tetapi pada petang hari Isnin nya pula, kami telah diberitakan oleh sahabat arwah bahawa arwah telah dibawa ke Hospital Kuala Terengganu kerana memerlukan rawatan yang lebih rapi. Ketika itu kami sungguh resah, jadi sudah kami putuskan untuk pergi melawat arwah pada keesokan harinya.  Namun begitu, pada pagi Selasa yang penuh barakah, kami menerima panggilan telefon daripada pihak hospital memberitahu bahawa arwah sedang nazak dan meminta saudara terdekat untuk hadir disisinya. Jujur aku katakan, kami tidak punya keluarga di Terengganu, selain mengharapkan sahabat-sahabat arwah yang setia disinya.  Dengan rasa sedih teramat, tidak sempat untuk kami rencanakan perjalanan kami untuk pergi menemani arwah di saat-saat akhirnya, Jam 7.55 pagi selang beberapa minit selepas menerima panggilan pertama tadi, panggilan kedua menyusul daripada pihak hospital mengkhabarkan berita yang cukup menyesakkan jiwa kami yang dilanda resah dan sedih, Arwah telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa derita atau nazak begitu lama. Kami dikhabarkan bahawa amat mudah dan tenang pemergian arwah kepada Penciptanya.  Terkilan sungguh rasa hati aku dan keluarga kerana tidak dapat bersama-sama disisi arwah semasa saat-saat akhirnya, ketika arwah benar-benar memerlukan kami. Rasa bersalah yang teramat sangat menyelubungi diri, kerana di pemikiran kami arwah cuma ditahan seperti sebelum ini dan mungkin sempat untuk kami berjumpanya lagi memandangkan arwah sangat manja orang nya, kami inginkan arwah berdikari sendiri di Terengganu sana. Tidak sangka pula Allah swt begitu sayangkan arwah dan menjemputnya tanpa sempat arwah menatap wajah kami satu persatu. Dikhabarkan oleh sahabat arwah, bahawa pada masa-masa terakhirnya arwah kerap menyebut inginkan "emak" berada disisinya. Tidak kesampaian niat arwah mahu pergi dalam dakapan kami sekeluarga, malahan arwah pergi dalam keadaan keseorang di katil hospital tanpa kami di sisi. Jujur Aku begitu dihimpit rasa bersalah yang teramat dalam!!

Kelimanya, hati mana yang tidak punya sesalan jika orang tersayang pergi meninggalkan diri tanpa sebarang peninggalan pengganti di sisi. Sesal aku tidak berbelah bagi kerana tidak sempat aku kucup tangan arwah dan meminta maaf kepadanya, tidak sempat aku peluk rapat arwah dalam dakapan aku, dan tidak sempat aku kucup dahi arwah untuk yang terakhir kalinya. Sungguh aku begitu Terkilan sehingga rasa ini merobek jiwa! Gagalkah aku menjalankan tanggungjawab sebagai adik kandung kepada arwah?? Jujur, aku begitu sedih...

Begitulah dalamnya penyesalan di hati aku ini. Rasa sesal ini tidak aku khabarkan kepada sesiapa, rapi aku simpan dalam hati sehingga kini aku membuat keputusan mahu meluahkan dalam bentuk penulisan di blog usang aku ini. Aku sungguh sedih dan pilu ketika aku karangkan bait-bait kata dalam tulisan ini, sungguh aku menyesal tidak ada disamping arwah ketika arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jujur aku marah pada diri sendiri kerana gagal membaca perubahan pada diri arwah abang awie sebelum arwah pergi meninggalkan kami semua. Tapi aku pasrah dan redha di atas segala ketentuan dari Nya. 

Walaubagaimanapun, aku bersyukur arwah dijemput oleh Allah dalam bulan yang barakah. Menurut sahabat-sahabat arwah di Terengganu yang membantu menguruskan jenazah, kami diberitahu bahawa urusan mengurus jenazahnya cukup mudah. Segala urusan laporan polis, proses menuntut jenazah, mandi dan mengkafan dan tempahan van jenazah cukup pantas. Tiada kekangan langsung dan segalanya berjalan dengan lancar termasuklah Perjalanan menghantar pulang jenazah arwah ke kampung kami di Malim Nawar,  Perak melalui Grik berjalan dengan begitu lancar. Mereka bertolak dari Kuala Terengganu jam 1.45pm dan selamat tiba di rumahnya jam 8.30pm. Dan urusan pengkebumian arwah pula selesai kira-kira jam 9.45 malam. Sungguh terharu dan bersyukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan insan-insan yang begitu begitu budiman pekertinya, yang sanggup bersusah payah menguruskan jenazah arwah semasa di Terengganu walaupun mereka semua hanya bergelar sahabat kepada arwah dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Tenang roh arwah disana jika arwah mengetahuinya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua wahai insan-insan budiman. 

Apa yang lebih mengharukan kami, semasa arwah telah sampai di perkarangan rumah, Subhanallah, begitu ramai kenalan-kenalan, jiran tetangga, sahabat-sahabat arwah yang datang bagi membantu menguruskan pengkebumian arwah.  Arwah disembahyangkan sekali lagi beramai-ramai di surau berdekatan rumah kami, kelihatan surau begitu sesak dengan limpahan manusia yang mahu turut sama menyembahyangkan jenazah. Terharu sungguh rasa hati kami sekeluarga kerana arwah mendapat kenalan-kenalan yang begitu baik dan menyayanginya.  Selain itu jenazah arwah juga dikatakan agak ringan memandangkan arwah semakin kurus akibat sakit.  Dan segala urusan semasa pengkebumian arwah berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan halangan. Syukur Alhamdulillah! Kata-kata terakhir yang aku bisikkan pada sekujur tubuh yang sudah pon dikafankan hanyalah kata-kata yang ingin sekali aku ucapkan semasa hayatnya tetapi aku hanya mampu luahkan semasa arwah sudah tiada.  Kata-kata yang punya sejuta makna menjadi kosong tanpa secebis rasa.... Hanya ini yang mampu aku bisikkan dalam esak tangis ketika bibir ini mengucup dahi jenazah arwah sebelum aku mengikat semula kain kafan di bahagian wajah arwah..

"Abang awie, Na minta maaf sangat-sangat. Na sayang sangat kat abang awie. Abang awie abang terbaik yang na pernah ada, Sayang abang Awie dunia akhirat"


Aku penuh pengharapan mengharap agar arwah mendengar bisikan aku yang jujur aku katakan, aku ikhlas ketika itu. Aku mahu arwah mendengar, tapi aku tahu semua itu mustahil kerana arwah sudah bahagia di alam sana. Akan aku sampaikan rindu dan kasihku terhadap arwah dalam doa-doa ku yang luhur. InsyaAllah.

Ikhlas daripada kami sekeluarga, ribuan terima kasih aku kirimkan kepada semua saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga serta semua yang telah hadir dan membantu menyelesaikan urusan pengebumian arwah. Kami juga ingin memohon maaf bagi pihak arwah andai ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang hayatnya.. Mohon semua dapat memaafkan segala kesalahannya serta halal kan segala makan minumnya. Doakan moga arwah abang Awie dtempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Moga Allah merahmatinya... Sesungguhnya ini yang sudah tertulis untuk arwah dan arwah tetap di hati kami walaupun ianya sukar untuk kami sekeluarga. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah tenang di alam sana, kerana aku yakin bahawa Kematian itu bukan Pengakhiran, kerana setiap yang bernyawa pasti akan dijemput menghadap Allah yang maha Esa satu ketika nanti.  



(arwah ketika sedang sihat)


Untuk kamu yang membaca, pinjamkan bahumu walau sesaat, bantu aku kurangkan beban yang berat ini.


Untuk arwah, hanya doa dan bacaan ayat suci Al'Quran dapat kukirimkan sebagai peneman mu di sana.  InsyaAllah satu hari nanti kita pasti bertemu jua, Sabar menanti aku yang mengira waktu ingin bertemu kamu. Kasih sayang aku terhadap arwah yang berkongsi darah dalam bersaudara akan terus menggunung dan tidak akan berkurang walau sebesar zarah. 


Khas untuk Arwah Mohd Zawawi Mohd Isa,
daripada adik mu, Jannatul Husna Mohd Isa.



Hilang


Aku dan keluarga baru sahaja menerima dugaan yang begitu berat untuk kami terima dalam hidup ini.  Kami sekeluarga baru sahaja kehilangan insan yang amat kami cintai dan sayangi.  Aku telah pon kehilagan seorang insan yang bergelar abang kepada aku dan adik. Jujur aku katakan, aku tidak cukup kuat untuk menerima dugaan sebesar ini tatkala hati ini belum bersedia untuk merasa kehilangan.  Harini sudah masuk hari kelima Arwah abang kesayangan aku, Mohd Zawawi bin Mohd Isa meninggalkan kami sekeluarga di dunia ini.

Dan hari ini juga merupakan hari keempat kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah abang di surau berdekatan. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur Allah mengambil nyawa arwah daripada pinjamanNya kepada kami dalam keadaan tenang dan mudah di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Benar, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah walaupun ianya amat sukar untuk kami terima, tetapi kami masih memerlukan masa dan ruang untuk menerima dugaan daripada Allah swt yang maha hebat ini. 

Sejujurnya tidak dapat aku gambarkan perasaan di hati ini dengan kehilangan arwah dalam hidup, amat payah untuk aku luahkan dengan kata-kata menyebabkan aku mengambil keputusan untuk meluahkan segala-galanya berkenaan arwah didalam blog usang ini.  Hanya dengan melalui penulisan yang mampu memberi ketenagan dalam diri. Aku nekad karangkan bait-bait kata yang aku cantumkan susunan bahasanya agar menjadi indah seperti indahnya sebuah puisi.  Puisi ini khas aku karangkan untuk arwah dengan penuh rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi terhadapnya. 

Dan tidak aku sangka puisi yang aku karang khas untuk seorang sahabat beberapa hari sebelum arwah pergi meninggalkan kami, menyebabkan aku tersentap dan kembali berfikir, apakah berita kepergian abang kepada sahabat aku itu adalah petanda paling besar untuk aku? aku karangkan untuk Hasnul Asyraf puisi indah untuk mengurangkan rasa sedih dihati beliau kerana begitu sayu melihat kesedihan beliau diatas kehilangan seorang abang kandung.  Tidak aku sangka perkara yang sama juga telah terjadi terhadap diri aku.  Betapa aku ini tidak peka dengan segala petanda yang Allah turunkan satu persatu, terkilan sungguh rasa hati. Semoga penulisan dan puisi aku ini dapat memberi seribu ketenangan dalam diri insan-insan yang membacanya. InsyaAllah.
\
(aku, arwah dan adik.)


Khas untuk Arwah Mohd Zawawi bin Mohd Isa;
telah dijemput Ilahi pada 16 July 2013 bersamaan dengan 7 Ramadhan.


Untuk rasa rindu yang masih berbaki,
untuk rasa kasih yang masih menebal,
untuk rasa sayang yang semakin menggunung,
nekad aku paterikan nama kamu di hati.

Semilir angin menerpaku,
saat ku tatap wajahmu untuk akhir kalinya,
terputar kembali dalam benakku,
kenangan-kenangan kita dahulu.

Rasa sayu menyelubungi segenap ruang nafasku,
tatkala melihat air mata mengalir dari matamu yang lesu,
tika mendengar tiap-tiap bicaramu yang penuh sendu,
penuh empati aku menekuni bicaramu.

Tidak dapat aku kesankan sebarang kesangsian dalam diri,
tatkala tangan ini menggenggam erat tanganmu,
tatkala tangan ini menyuap makanan ke mulutmu,
dan juga ketika mata ini sayu melihat dirimu terlantar lesu di pembaringan.

Jujur aku katakan,
Aku tidak dapat mencerna sebarang perubahan dalam dirimu,
bahawa semua ini akan hanya tinggal kenangan,
sehingga aku merasa kebahagian diragut tanpa puncanya.

Luluh sungguh rasa di hati,
mengenangkan diri mu yang telah pergi,
meninggalkan kesedihan dalam diri-diri, 
tanpa rasa simpati terhadap kami,
yang tidak merelakan kepergian mu.

Walaupun dirimu tiada disisi kami,
aku tetap ingat segala kenangan dan pesananmu,
kerana aku nekad meneruskan hidup,
dengan punya rasa seolah-olah kau masih ada,
disisiku senantiasa.

Kuseru waktu dan ketika,
bawaku terbang tinggalkan kenangan,
dan hilangkan aku dari ingatan,
agar aku mampu kembali berdiri teguh tidak rapuh.

Untuk kau yang berkongsi darah,
yang tinggalkan aku tanpa sebarang nota,
aku pasrah,
aku doakan kau bahagia di alam sana,
tanpa resah mahupun derita,
Moga Syurga adalah janjiNya.

Pejam mata mu,
Tenang jiwa mu,
Syahid Jasad mu,
Lena dalam iman.




Coretan rasa dari hati;
Adik mu
Mita Ari
20/7/2013.

July 10, 2013

De-Oxygenated.

Takziah untuk keluarga Hasnul Asyraf.. As his friend, I wish that I was there with him. 
Don't lose hope Bro, I know that you are strong enough to face it:)
Dan disini aku karangkan sebuah puisi yang aku inspirasikan untuk beliau.  
Maaf untuk puisi yang sangat jelas kekurangan bait-bait susun atur penulisan diri ini.. :)




Kita kejar dunia semata,
Hingga lupa dunia tak selamanya,
Bila mati sudah di depan mata,
indahnya mimpi tidak mampu dirasa.


Lenakan aku dari pekikkan dunia, 
Tidurkan aku dari amukkan manusia, 
Bangunkan aku,
apabila dunia tidak lagi bermaharajalela.

Jalan kita masih jauh tujunya,
Di hujung sana belum tentu ada syurga,
Teruskan melangkah, 
Debaran kian parah, 
Mengharap penghujungnya bahagia.


Jiwa sarat dengan penat,
Hati lelah tiada kudrat, 
Pinjam bahuku walau sesaat,
Untuk kurangkan beban dirimu yang berat.


Untuk Hasnul Asyraf, 
Kematian itu bukan pengakhiran,
Jangan sedih jangan duka,
Ralat ini cuma sebentar,
Di dunia sana pasti bertemu juga.

pejam mata,
tenang jiwa,
kosong hati,
lena tanpa resah.

Bawa diri hilang dari ingatan,
dan terbang tinggalkan kenangan.



Mita Ari



p/s : untuk Hasnul Asyraf, Dia sahabat yang mengasyikkan satu ketika dulu.. :)

July 7, 2013

Dalam Ignoran.

Kau gembira dalam teriakmu,
Teriak yang memperlekehkan aku.

Ya, mungkin ada benarnya juga,
Pekikan yang kau banggakan itu, 
Bahawa aku ini bukan siapa-siapa,
Tidak berkepentingan di mana-mana.

Mahu mengaku orang bangsawan,
aku tidak mampu,
Mahu mengaku diri ini Seniman,
Gusar orang memperlekehkan kata-kata ku.

Ya benar, aku ini memang bukan siapa-siapa,
Hanya satu daripada helaian kanvas,
 Yang kau carik kerana salah penulisannya,
Kau ronyok dan buang tanpa tilik nilai sentimennya.

Ya benar juga, Aku ini tidak perlu diprioritikan,
Sekadar kucing liar yang minta dibelai manja,
Aku serba tiada, 
maka jangan harapkan apa-apa.

Jika benar aku ini tidak berkepentingan dalam sisi hidup kamu;

Abaikan aku.
Pinggirkan aku.
Ranapkan aku.
Dalam ignoran kamu.
Adanya aku,
Seperti tiada.
Wujudnya aku,
Seperti mati.

-Mita Ari-












Ralat Hati.


Aku rasa ralat,
dengan semua yang ada.

Jangan kerana kau rasa kau benci,
Kau anggap aku ini tiada perasaan di hati.

Jangan hanya kerana aku kurang sempurna,
Kau fikir kau bisa hakimi dosa pahala.

Jangan hanya kerana aku dijatuhkan salah,
Kau fikir kau lah yang paling benar tiada calar.

Jangan hanya aku ini kau anggap tidak berguna,
Kau rasa kau lah yang paling suci ciptaanya.

Aku ini punya ibu punya bapa,
Sama macam kau.
Aku ini punya tuhan punya pegangan,
Sama macam kau.
Walau berbezanya sekalipun kita,
Kita tetap sujud pada kiblat yang sama.

Kita cuma manusia,
Yang punya harga diri dan maruah,
Mahu rasa di hormati
dan disenangi tanpa amarah.

Sebelum bertelingkah kata, 
Lihat persamaan kau dan aku,

Tanya pada hati,
Rasa benci itu membawa bahagia?
atau seolah-olah kau rasa kau sudah mati?



~hati ralat~





Mita Ari





May 16, 2013

Mengharap Hujan Menangis



Untuk mu Hujan yang dirindui
bumi kehausan tiada terkira
menunggu sang hujan bergurindam jiwa 
menyejukkan terik mentari yang bermaharajalela

pergilah sang mentari
berlalu pulang
membawa pergi hati yang resah
bersama kuningnya senja dilimpahi cahaya

senja berganti wajah dengan sang rembulan 
mengganti pergi sang kesiangan
menerangi malam yang kelam
bersama kerlipan bintang di angkasa

untuk mu Hujan yang ku rindui
menangislah dikau membasahi bumi
basahkan aku dengan rasa kasih
agar dapat ku padamkan rasa rindu di hati...



Mita Ari

May 6, 2013

Cerita Ibu dan Pilihanraya


Cerita ibu,
Dari belum lahirku
Pilihanraya sudah ada
Pilihanraya Pertama Tahun 1955
ibuku berusia 9 tahun tika itu
orang kita berjalan telanjang
tidak bersepatu
berkemeja tapi lusuh tiada warna
Tidak kira Melayu, Cina atau India
ibu kata kami sentiasa bersama.

Dulu,
Propaganda dan kempen
hanya tentang komunis dan penjajahan
Rakyat takut dan kecut.
Kini,
Propaganda dan kempen
tentang pembagunan dan kemajuan
Rakyat terhayal dengan seribu harapan.

Cerita ibu,
Pilihanraya selepas Merdeka
Rakyat bangga dengan kemerdekaan
Seminggu  orang kampung berpesta
Dihibur dengan perayaan dan kebudayaan.
Rakyat gembira tidak terhingga
Tidak perlu berebut makanan ketika kelaparan
Boleh bersuara tanpa halangan
kesan Kemerdekaan.

Pilihanraya 1969 lain pula cerita ibu
ibu genap 20 tahun tika itu
sudah matang dan waras dalam bicara
Pilihanraya tika itu umpama pesta
Pangung wayang padang saban minggu
Wayang di bandar meriah tidak terkira.

Merdekanya kita daripada jajahan
Kapal layar gah di sana sini
Kapal Layar itu Melayu dan UMNO
UMNO berlayar berkibar bangga
dan orang kampung bersorak tanda menyokong setia.

Kapal Layar UMNO kapal kita
berlayar jauh pimpinan nakhodanya
Mari bersatu padu kata UMNO
Kita adalah kita dan jangan biarkan mereka besar kepala
Mereka  adalah komunis
tiada hati memperlakukan kita seperti tidak punya hati
Rakyat bersyukur UMNO ada untuk kita.

Lagi cerita ibu,
Mari bersatu padu tidak kira bangsa apa
Agama berbeza bukan halangan utama
Bersatulah kita jangan biarkan mereka besar kepala
Kita tetap kita dan mereka akan gentar
Rakyat tiada salahnya
cuma yang berpolitik mula lupa diri
dan besar kepala.

Ibu terkenang
yang kini sudah hampir 56 tahun kita Merdeka
Yang kaya dan mewah adalah anak cucu dan cicit
mereka-mereka yang berpolitik
kotor atau bersih tidak rakyat ketahui
Orang Melayu lalai dengan suapan pelbagai hiburan
yang terus hidup dalam candu khayalan.

Orang Kampung pula masih sama
tidak banyak yang berubah
Walau gaji atau hasil kita beribu-ribu sebulan
Tetapi terpaksa membayar pelbagai cukai dan keperluan harian
Serupa seperti orang kampung tahun 60, 70 an
Yang pasrah hidup dalam ketakutan
untuk bersuara demi kebenaran.

Ibu kata,
Untuk bertukar politik membuat perubahan
adalah mimpi ngeri
Kerana bangsa Cina dan India punya agenda tersendri
Berubah kepimpinan ibarat seperti menjual maruah Melayu
yang terbela suci pada zaman dahulu
Di akhirnya, kita pasrah dan terus menerima
UMNO memerintah negara nan satu
kerana sayang dan cinta pada bangsa sendiri
Melayu yang suci.

Walaupun penipuan politik Melayu UMNO
yang mendakwa suci
Pada zaman ini sukar untuk dipercayai
Kita tetap akur dengan telunjuk politik
Walau dinoda rakus
BN, DAP, PKR dan PAS bersilih ganti.

Cuma satu harapan ibu
Siapa pun yang menyandang nama khalifah
Sucikan hati dan percaya pada Ilahi
semoga ada sinar pada masa hadapan
untuk anak dan cucu cicit kita nanti.

####

(Gambar Hiasan)

Ibu aku : Puan Salmah Binti Dahari 
Lahir di Tanah Melayu pada tahun 1949
Sudah berusia 64 tahun tika ini.

yang menulis : Aku 
5 MAY 2013
PRU13



Mita Ari

Untukmu Yi dan Ren

Ini ada satu puisi yang aku kira sangat deep penulisannya.. ingin aku kongsikan bersama karya mereka yang berjiwa sastera.


Untukmu Yi dan Ren.
Api pilihanraya yang marak setiap lima tahun
dan sesekali dalam tempoh itu kala Izrael lalu
di DUN dan parlimen, padamkan sebentar.
Kita bukan Majusi.
Aku doa agar kasihku Yi dan Ren sejahtera
dalam gelut bunuhmati pemuda dan puteri.
Bunuh Yi bunuh diri.
 Bunuh Ren bunuh sukma diri.
Satulah dalam deen, dalam Yi, dalam Ren. 
Kini masa merenung dan mengawas.
 Jangan sampai pisau politik terkerat jari sendiri! 
Belajar jadi Habil, jadi Qabil! 
Kalau terbunuh, pandai-pandailah kambus sendiri.
 Kita bukan gagak Majusi.
Darah kita tidak hijau, tidak biru.
Darah kita putih dari susu Hawa.

####


(Nota: Yi bermaksud kemanusiaan dan Ren bermaksud kesaksamaan dalam bahasa Cina. Manifestasi ini terilham dari teks klasik falsafah Cina,Meng Zi yang menekankan konsep kemanusiaan dan kesaksamaan sebagai konsep yang berjalan seiring dalam kehidupan.)


written by : Jimadie Shah Othman

[Sumber : Antologi Jalan Esfahan, 50100 Kuala Lumpur, hal. 38, karya bersama Jimadie Shah Othman, Wan Azman Wan Mamat & Hany FF, PERWARIS, 2003]





"Darah kita putih suci tanpa noda"
"Jangan kotori dengan nafsu yang kabur tanpa kebenarannya"