KLIK LA YE

July 20, 2013

Hilang


Aku dan keluarga baru sahaja menerima dugaan yang begitu berat untuk kami terima dalam hidup ini.  Kami sekeluarga baru sahaja kehilangan insan yang amat kami cintai dan sayangi.  Aku telah pon kehilagan seorang insan yang bergelar abang kepada aku dan adik. Jujur aku katakan, aku tidak cukup kuat untuk menerima dugaan sebesar ini tatkala hati ini belum bersedia untuk merasa kehilangan.  Harini sudah masuk hari kelima Arwah abang kesayangan aku, Mohd Zawawi bin Mohd Isa meninggalkan kami sekeluarga di dunia ini.

Dan hari ini juga merupakan hari keempat kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah abang di surau berdekatan. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur Allah mengambil nyawa arwah daripada pinjamanNya kepada kami dalam keadaan tenang dan mudah di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Benar, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah walaupun ianya amat sukar untuk kami terima, tetapi kami masih memerlukan masa dan ruang untuk menerima dugaan daripada Allah swt yang maha hebat ini. 

Sejujurnya tidak dapat aku gambarkan perasaan di hati ini dengan kehilangan arwah dalam hidup, amat payah untuk aku luahkan dengan kata-kata menyebabkan aku mengambil keputusan untuk meluahkan segala-galanya berkenaan arwah didalam blog usang ini.  Hanya dengan melalui penulisan yang mampu memberi ketenagan dalam diri. Aku nekad karangkan bait-bait kata yang aku cantumkan susunan bahasanya agar menjadi indah seperti indahnya sebuah puisi.  Puisi ini khas aku karangkan untuk arwah dengan penuh rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi terhadapnya. 

Dan tidak aku sangka puisi yang aku karang khas untuk seorang sahabat beberapa hari sebelum arwah pergi meninggalkan kami, menyebabkan aku tersentap dan kembali berfikir, apakah berita kepergian abang kepada sahabat aku itu adalah petanda paling besar untuk aku? aku karangkan untuk Hasnul Asyraf puisi indah untuk mengurangkan rasa sedih dihati beliau kerana begitu sayu melihat kesedihan beliau diatas kehilangan seorang abang kandung.  Tidak aku sangka perkara yang sama juga telah terjadi terhadap diri aku.  Betapa aku ini tidak peka dengan segala petanda yang Allah turunkan satu persatu, terkilan sungguh rasa hati. Semoga penulisan dan puisi aku ini dapat memberi seribu ketenangan dalam diri insan-insan yang membacanya. InsyaAllah.
\
(aku, arwah dan adik.)


Khas untuk Arwah Mohd Zawawi bin Mohd Isa;
telah dijemput Ilahi pada 16 July 2013 bersamaan dengan 7 Ramadhan.


Untuk rasa rindu yang masih berbaki,
untuk rasa kasih yang masih menebal,
untuk rasa sayang yang semakin menggunung,
nekad aku paterikan nama kamu di hati.

Semilir angin menerpaku,
saat ku tatap wajahmu untuk akhir kalinya,
terputar kembali dalam benakku,
kenangan-kenangan kita dahulu.

Rasa sayu menyelubungi segenap ruang nafasku,
tatkala melihat air mata mengalir dari matamu yang lesu,
tika mendengar tiap-tiap bicaramu yang penuh sendu,
penuh empati aku menekuni bicaramu.

Tidak dapat aku kesankan sebarang kesangsian dalam diri,
tatkala tangan ini menggenggam erat tanganmu,
tatkala tangan ini menyuap makanan ke mulutmu,
dan juga ketika mata ini sayu melihat dirimu terlantar lesu di pembaringan.

Jujur aku katakan,
Aku tidak dapat mencerna sebarang perubahan dalam dirimu,
bahawa semua ini akan hanya tinggal kenangan,
sehingga aku merasa kebahagian diragut tanpa puncanya.

Luluh sungguh rasa di hati,
mengenangkan diri mu yang telah pergi,
meninggalkan kesedihan dalam diri-diri, 
tanpa rasa simpati terhadap kami,
yang tidak merelakan kepergian mu.

Walaupun dirimu tiada disisi kami,
aku tetap ingat segala kenangan dan pesananmu,
kerana aku nekad meneruskan hidup,
dengan punya rasa seolah-olah kau masih ada,
disisiku senantiasa.

Kuseru waktu dan ketika,
bawaku terbang tinggalkan kenangan,
dan hilangkan aku dari ingatan,
agar aku mampu kembali berdiri teguh tidak rapuh.

Untuk kau yang berkongsi darah,
yang tinggalkan aku tanpa sebarang nota,
aku pasrah,
aku doakan kau bahagia di alam sana,
tanpa resah mahupun derita,
Moga Syurga adalah janjiNya.

Pejam mata mu,
Tenang jiwa mu,
Syahid Jasad mu,
Lena dalam iman.




Coretan rasa dari hati;
Adik mu
Mita Ari
20/7/2013.

July 10, 2013

De-Oxygenated.

Takziah untuk keluarga Hasnul Asyraf.. As his friend, I wish that I was there with him. 
Don't lose hope Bro, I know that you are strong enough to face it:)
Dan disini aku karangkan sebuah puisi yang aku inspirasikan untuk beliau.  
Maaf untuk puisi yang sangat jelas kekurangan bait-bait susun atur penulisan diri ini.. :)




Kita kejar dunia semata,
Hingga lupa dunia tak selamanya,
Bila mati sudah di depan mata,
indahnya mimpi tidak mampu dirasa.


Lenakan aku dari pekikkan dunia, 
Tidurkan aku dari amukkan manusia, 
Bangunkan aku,
apabila dunia tidak lagi bermaharajalela.

Jalan kita masih jauh tujunya,
Di hujung sana belum tentu ada syurga,
Teruskan melangkah, 
Debaran kian parah, 
Mengharap penghujungnya bahagia.


Jiwa sarat dengan penat,
Hati lelah tiada kudrat, 
Pinjam bahuku walau sesaat,
Untuk kurangkan beban dirimu yang berat.


Untuk Hasnul Asyraf, 
Kematian itu bukan pengakhiran,
Jangan sedih jangan duka,
Ralat ini cuma sebentar,
Di dunia sana pasti bertemu juga.

pejam mata,
tenang jiwa,
kosong hati,
lena tanpa resah.

Bawa diri hilang dari ingatan,
dan terbang tinggalkan kenangan.



Mita Ari



p/s : untuk Hasnul Asyraf, Dia sahabat yang mengasyikkan satu ketika dulu.. :)

July 7, 2013

Dalam Ignoran.

Kau gembira dalam teriakmu,
Teriak yang memperlekehkan aku.

Ya, mungkin ada benarnya juga,
Pekikan yang kau banggakan itu, 
Bahawa aku ini bukan siapa-siapa,
Tidak berkepentingan di mana-mana.

Mahu mengaku orang bangsawan,
aku tidak mampu,
Mahu mengaku diri ini Seniman,
Gusar orang memperlekehkan kata-kata ku.

Ya benar, aku ini memang bukan siapa-siapa,
Hanya satu daripada helaian kanvas,
 Yang kau carik kerana salah penulisannya,
Kau ronyok dan buang tanpa tilik nilai sentimennya.

Ya benar juga, Aku ini tidak perlu diprioritikan,
Sekadar kucing liar yang minta dibelai manja,
Aku serba tiada, 
maka jangan harapkan apa-apa.

Jika benar aku ini tidak berkepentingan dalam sisi hidup kamu;

Abaikan aku.
Pinggirkan aku.
Ranapkan aku.
Dalam ignoran kamu.
Adanya aku,
Seperti tiada.
Wujudnya aku,
Seperti mati.

-Mita Ari-












Ralat Hati.


Aku rasa ralat,
dengan semua yang ada.

Jangan kerana kau rasa kau benci,
Kau anggap aku ini tiada perasaan di hati.

Jangan hanya kerana aku kurang sempurna,
Kau fikir kau bisa hakimi dosa pahala.

Jangan hanya kerana aku dijatuhkan salah,
Kau fikir kau lah yang paling benar tiada calar.

Jangan hanya aku ini kau anggap tidak berguna,
Kau rasa kau lah yang paling suci ciptaanya.

Aku ini punya ibu punya bapa,
Sama macam kau.
Aku ini punya tuhan punya pegangan,
Sama macam kau.
Walau berbezanya sekalipun kita,
Kita tetap sujud pada kiblat yang sama.

Kita cuma manusia,
Yang punya harga diri dan maruah,
Mahu rasa di hormati
dan disenangi tanpa amarah.

Sebelum bertelingkah kata, 
Lihat persamaan kau dan aku,

Tanya pada hati,
Rasa benci itu membawa bahagia?
atau seolah-olah kau rasa kau sudah mati?



~hati ralat~





Mita Ari





May 16, 2013

Mengharap Hujan Menangis



Untuk mu Hujan yang dirindui
bumi kehausan tiada terkira
menunggu sang hujan bergurindam jiwa 
menyejukkan terik mentari yang bermaharajalela

pergilah sang mentari
berlalu pulang
membawa pergi hati yang resah
bersama kuningnya senja dilimpahi cahaya

senja berganti wajah dengan sang rembulan 
mengganti pergi sang kesiangan
menerangi malam yang kelam
bersama kerlipan bintang di angkasa

untuk mu Hujan yang ku rindui
menangislah dikau membasahi bumi
basahkan aku dengan rasa kasih
agar dapat ku padamkan rasa rindu di hati...



Mita Ari

May 6, 2013

Cerita Ibu dan Pilihanraya


Cerita ibu,
Dari belum lahirku
Pilihanraya sudah ada
Pilihanraya Pertama Tahun 1955
ibuku berusia 9 tahun tika itu
orang kita berjalan telanjang
tidak bersepatu
berkemeja tapi lusuh tiada warna
Tidak kira Melayu, Cina atau India
ibu kata kami sentiasa bersama.

Dulu,
Propaganda dan kempen
hanya tentang komunis dan penjajahan
Rakyat takut dan kecut.
Kini,
Propaganda dan kempen
tentang pembagunan dan kemajuan
Rakyat terhayal dengan seribu harapan.

Cerita ibu,
Pilihanraya selepas Merdeka
Rakyat bangga dengan kemerdekaan
Seminggu  orang kampung berpesta
Dihibur dengan perayaan dan kebudayaan.
Rakyat gembira tidak terhingga
Tidak perlu berebut makanan ketika kelaparan
Boleh bersuara tanpa halangan
kesan Kemerdekaan.

Pilihanraya 1969 lain pula cerita ibu
ibu genap 20 tahun tika itu
sudah matang dan waras dalam bicara
Pilihanraya tika itu umpama pesta
Pangung wayang padang saban minggu
Wayang di bandar meriah tidak terkira.

Merdekanya kita daripada jajahan
Kapal layar gah di sana sini
Kapal Layar itu Melayu dan UMNO
UMNO berlayar berkibar bangga
dan orang kampung bersorak tanda menyokong setia.

Kapal Layar UMNO kapal kita
berlayar jauh pimpinan nakhodanya
Mari bersatu padu kata UMNO
Kita adalah kita dan jangan biarkan mereka besar kepala
Mereka  adalah komunis
tiada hati memperlakukan kita seperti tidak punya hati
Rakyat bersyukur UMNO ada untuk kita.

Lagi cerita ibu,
Mari bersatu padu tidak kira bangsa apa
Agama berbeza bukan halangan utama
Bersatulah kita jangan biarkan mereka besar kepala
Kita tetap kita dan mereka akan gentar
Rakyat tiada salahnya
cuma yang berpolitik mula lupa diri
dan besar kepala.

Ibu terkenang
yang kini sudah hampir 56 tahun kita Merdeka
Yang kaya dan mewah adalah anak cucu dan cicit
mereka-mereka yang berpolitik
kotor atau bersih tidak rakyat ketahui
Orang Melayu lalai dengan suapan pelbagai hiburan
yang terus hidup dalam candu khayalan.

Orang Kampung pula masih sama
tidak banyak yang berubah
Walau gaji atau hasil kita beribu-ribu sebulan
Tetapi terpaksa membayar pelbagai cukai dan keperluan harian
Serupa seperti orang kampung tahun 60, 70 an
Yang pasrah hidup dalam ketakutan
untuk bersuara demi kebenaran.

Ibu kata,
Untuk bertukar politik membuat perubahan
adalah mimpi ngeri
Kerana bangsa Cina dan India punya agenda tersendri
Berubah kepimpinan ibarat seperti menjual maruah Melayu
yang terbela suci pada zaman dahulu
Di akhirnya, kita pasrah dan terus menerima
UMNO memerintah negara nan satu
kerana sayang dan cinta pada bangsa sendiri
Melayu yang suci.

Walaupun penipuan politik Melayu UMNO
yang mendakwa suci
Pada zaman ini sukar untuk dipercayai
Kita tetap akur dengan telunjuk politik
Walau dinoda rakus
BN, DAP, PKR dan PAS bersilih ganti.

Cuma satu harapan ibu
Siapa pun yang menyandang nama khalifah
Sucikan hati dan percaya pada Ilahi
semoga ada sinar pada masa hadapan
untuk anak dan cucu cicit kita nanti.

####

(Gambar Hiasan)

Ibu aku : Puan Salmah Binti Dahari 
Lahir di Tanah Melayu pada tahun 1949
Sudah berusia 64 tahun tika ini.

yang menulis : Aku 
5 MAY 2013
PRU13



Mita Ari

Untukmu Yi dan Ren

Ini ada satu puisi yang aku kira sangat deep penulisannya.. ingin aku kongsikan bersama karya mereka yang berjiwa sastera.


Untukmu Yi dan Ren.
Api pilihanraya yang marak setiap lima tahun
dan sesekali dalam tempoh itu kala Izrael lalu
di DUN dan parlimen, padamkan sebentar.
Kita bukan Majusi.
Aku doa agar kasihku Yi dan Ren sejahtera
dalam gelut bunuhmati pemuda dan puteri.
Bunuh Yi bunuh diri.
 Bunuh Ren bunuh sukma diri.
Satulah dalam deen, dalam Yi, dalam Ren. 
Kini masa merenung dan mengawas.
 Jangan sampai pisau politik terkerat jari sendiri! 
Belajar jadi Habil, jadi Qabil! 
Kalau terbunuh, pandai-pandailah kambus sendiri.
 Kita bukan gagak Majusi.
Darah kita tidak hijau, tidak biru.
Darah kita putih dari susu Hawa.

####


(Nota: Yi bermaksud kemanusiaan dan Ren bermaksud kesaksamaan dalam bahasa Cina. Manifestasi ini terilham dari teks klasik falsafah Cina,Meng Zi yang menekankan konsep kemanusiaan dan kesaksamaan sebagai konsep yang berjalan seiring dalam kehidupan.)


written by : Jimadie Shah Othman

[Sumber : Antologi Jalan Esfahan, 50100 Kuala Lumpur, hal. 38, karya bersama Jimadie Shah Othman, Wan Azman Wan Mamat & Hany FF, PERWARIS, 2003]





"Darah kita putih suci tanpa noda"
"Jangan kotori dengan nafsu yang kabur tanpa kebenarannya"

April 28, 2013

Perempuan Menggapai RedhaNya


Benarlah,
menjadi perempuan itu bukan pilihan
menjadi perempuan itu adalah ketentuan
tapi kita dibenar memilih
mahu menjadi perempuan mulia atau sebaliknya

hinanya perempuan terhina dimata Pencipta
kerana perempuan yang memilih 
untuk teruskan
terhina tanpa kasih dari yang maha Esa

mulianya perempuan semulia Maryam dalam redhaNya
kerana beliau perempuan yang terpilih
untuk meneruskan
galasan tanggungjawab dan amanah 
memartabatkan mulianya perempuan di sisi tuhanNya

tapi,
aku perempuan yang tidak punya RANKING
aku tiada pilihan
selain meneruskan
berjuang dalam sedar dan mimpi
menjadi perempuan yang diterima Maha Esa
seadanya

perempuan kini dipandang asing
seolah tidak punya harga diri
akibat hidup di zaman ini
zaman yang mengikut nafsu dan kata hati
hati yang dicela noda dan titik hitam meliputi

kerana ketentuan yang nyata
kita perempuan zaman ini
yang masih kaku enggan membuat pilihan 
dan terus hidup dalam nodanya
tiada noktah.


###

untuk perempuan, dan perempuan-perempuan lain.
malam itu, perempuan itu.
:)




Mita Ari
aku; pagi yang hening, tahun itu.


April 26, 2013

A Letter to Sixth of You.


Out of sudden, tiba-tiba aku rasa macam nak express my feeling, my heart, and my love towards someone... tapi aku tak tahu nak pointing the fingers pada siapa, at the end after spending almost 6hours to complete a letter, which are the words that i wrote below, i ended up to decide my nephews and my niece yang akan jadi my pleasure to read my letter..hehe..  dengan ini, rasa sangat kasih dan sayang aku ikhlas nak tujukan semua yang aku tulis ni special untuk anak-anak buah aku..ikhlas dari aku..:)


Dear all my love, sixth of you,
This letter i wrote sincerely from the bottom of my heart,
special for all my nephews, Haziq, Harith, Hadif, Hafiy, Humam,
and with lots of love for my one and only princess Alya (niece)..
this come straight from my heart,
i love all of you so much,
i do love all my nephews and niece..

all of you are among my precious that i owned in this life..
sixth of you (for this moment i guess)..
you guys are always soothing and calming down my heart, my mind, and my soul..
you guys are always cheer up my life,
 with your words, laugh, cry, smile,
and all your funny antics that made my life more meaningful and full of colors..:)

i just want all of you to know,
there is someone who cares for  all of you,
without hesitate loving each one of you, 
Yours life is a blessing,
you guys are special to me,
i see the boys who will soon be a good Man,
and a lil girl who is going to become Solehah in future (InsyaAllah),
i know all of you will try the best that you can,
to be a good person, in future,
but please remember this,
that you are always good, in my 'book',
i love all of you like my own child
(sooner or later, i'm going to have some in future too right?)

i wish that i could give you gold,
or jewels that would make your day whole,
but i only have eyes for you that shine,
and a hand for you to hold,
and im glad you are nephews and niece of mine,
if you feel a breeze touching your face,
it will be Dua and Pray that i am always made,
for all of you,
if ever you need me, i am just a phone call away,
insyaAllah i will be there, for sixth of you..

####

Live well, Haziq Naqiuddin, Harith Zafran, Hadif Ukhail, Hafiy Zakwan, Humam Thaqif,
and Alya Batrisya..:)


lots of love, from ur beloved aunt:
Schubert Serenade:)