di sebalik kelabunya dunia
engkau berlegar
mencari arah
menuju tempat
yang bergelar rumah.
Di ruang nyata pula
aku melihat di suatu penjuru
sang anak yang menunggu bapanya
si isteri yang mengesat air matanya
sang suami yang tunduk sayu menahan esaknya
dan ibu tua yang tidak putus memanjatkan doa
memohon kepada yang Esa
untuk dikhabarkan berita gembira.
Untuk kita pendosa yang menadah tangan
meminta dikabulkan satu harapan
saat musibah menampakkan bayang bayang
harapan itu tidak mungkin akan hilang
kerana sesuatu yang bergelar harapan
akan diiringi sebuah jawapan
kepada pelbagai persoalan.
Yakinlah bahawa Doa itu
adalah payung yang paling teduh
bagi setiap insan yang bernyawa
dan sedarilah akan kuasa yang maha Esa
pencipta dunia yang sementara.
Maka aku tanpa lelah
terus berdoa
untuk mereka yang hilang
dari kaburnya pandangan mata.
#Pray4MH370
Mita Ari