KLIK LA YE

January 31, 2012

Incomplete:)

 Again a video from Aiman Azlan..  i just can't helped myself from watching his video these few days..  WHY??  because Hes soooooo Awesome...haha...  tapi tak la  Seawesome aku!! aumm!!

here we go, INCOMPLETE by Aiman Azlan...

video



Till then, 
Live Life, 
Laugh Lots, and 
Love Forever peeps:)


Schubert Serenade (-_-)



disclaimer :  http://www.aimanazlan.com/

January 30, 2012

Quick update dari aku i guess:)


Emak dah makin ok..  ok la pada mata kami adik beradik..  tp belum boleh dikategorikan sebagai sembuh..  since aku start semester break ni, aku pulak yang on duty gantikan kakak aku bawak mak pergi rawatan kimo even mak cakap taknak..  mak cakap sakit bila kena baring and lalu kat dalam terowong tu..hehe..mak,mak.. nak sembuh mesti laa kena jugak buat rawatan kimo..  tapi sekarang dah takpayah buat selalu, tak macam dulu boleh dikatakan dalam sebulan berkali-kali.. sekarang ni once in awhile je..and every week aku bawak mak pergi buat rawatan Fisio..  tp rawatan fisio dah discharged by doc last week coz doc cakap mak makin pulih..  alhamdulillah..  im still like the old me, doing everything that i could do for my mum..  menyesal pulak bila jarang balik a few months ni..  aku busy continue study, aku baru je start 1st sem tu yang sampai takda masa nak balik kg selalu..  dulu yela study jauh sikit, balik setahun 2x, sekarang ni study dekat Shah Alam je pon, tu pon aku jarang jugak balik..  busy dengan study coz aku still tak dapat adapt lagi 1st sem ni..  if boleh aku nak je continue terus study kt sana, tapi susah laa pulak..  jauh dengan family..  mak dah la tak sihat..

 to be honest, rindu sangat2 kawan2 dekat Sarawak dulu..  even U aku kat sana dulu quite ceruk laa..  tp ok what, tenang, orang-orang dia baik2, kampung2 dia meriah...  kat shah alam, sangat crowded, panas gila, kenderaan dah macam askar semut, banyak gilaa...  and the worst orang-orang dia selfish..  what can i say, masa kt sarawak even aku memang otak lembap sikit bila bab2 nak fluent cakap sarawak tapi aku baik dengan semua orang..  even dekat hostel satu blok hostel tu aku kenal..  boleh datang lepak2 bilik orang2 lain..  belajar bahasa sarawak, bahasa iban, melanau, n many more..  Awesome..  tapi sekarang bilik depan aku pon aku tak kenal siapa..  senyum bila berselisih ibarat macam senyum sorang2..  dah memang boleh panggil aku gila da senyum sorang2.. haha..  entah la, act shah alam ok je, not too bad..  tapi entah aku je yang tak suka..  kemudahan semua ada..  kawan2 kuliah semua best..  maybe jiwa aku belum cukup "jiwa" kat sini.. haha..
and beberapa minggu lagi, result untuk 1st sem ni akan keluar, hopefully aku Dean List..  please2!!  aku kena Dean List..  dah la study ni aku dibiaya by scholarship, if tak Dean List every semester, Scholarship kena tarik..   tulah perjanjiannya..  duit kerajaan kot..  kena pandai menghargai..  lagipun biasiswa tu duit rakyat, duit rakyat bayar cukai..  terima kasih kepada anda semua yang membayar cukai untuk membiaya pengajian saya..chewahh:D

and, whats more??  ohh ye, semester break ni memang ofcourse la focus aku stay kat kampung jaga mak, tapi next week i will be going to Melaka for 2 days, insyaAllah kalau takda halangan..  kawan2 masa kat sarawak dulu nak datang, so im planning nak bawak diorang jalan2 dekat melaka... cehh budget je aku expert jalan melaka tu kan.. takpa, map n GPS adaa..  so redahh je..hehe..  pergi sekejap je coz tak sampai hati nak tinggal mak lama2..  memang la kakak aku ada tapi dia pon busy kerja, keluar pagi balik malam..  meeting mengalahkan  kerja sebagai PM dah aku tengok.. nak hidup, kenalah kerja kuat kan..

owhh ya, last but not least now aku sedang dalam proses mempelajari selok belok menguruskan rumah..haha.. i mean all the household works..  macam belajar memasak masakan yang lebih Ohhsemmm daripada sebelum ni, chewahh and then belajar baking yang dari dulu aku cuba tapi tak taw kenapa aku memang fail baking..  mak aku pernah cakap, ajenye degil bebenor aku ni nak baking..  asal buat kek je tak jadi..  takpe, kalau aku fail jugak,  kedai kan banyak so beli jelaa..hee.. and aku plan macam nak belajar menjahit, nak belajar jahit baju melayu and semua jenis baju perempuan tapi memandangkan keadaan sekarang yang tak mengizinkan, akan aku teruskan niat ini selepas semua keadaan stabil sikit...hehe.. 

 till then, ni je kot.. lama da tak update blog..  tak taw nak tulis apa..  tapi banyak je benda nak tulis sebenarnya.. erm, aku sekarang malas gila nak blogwalking in term of baca and komen post orang..  aku cuma prefer baca and takpayah komen..  haha..  and aku pon macam segan orang baca blog aku, bukan ada info berguna pon..  lebih kepada apa yang aku rasa.. so kalau perlu je kot aku komen kat blog orang lain..  if tak aku malas..  haha..  DASAR PEMALAS aku ni..:P

babai.. Live Well Memberers, jangan sakit2!!:)




Schubert Serenade (-_-)

January 29, 2012

True Story :)

nothing much, but i am so moved by this video made by Aiman Azlan..  Im not la dikatakan macam one of his fans, but i like this video very much..  and i would like to share this with you guys...  Sharing is Loving kan.. Enjoy:)

This video is about love story...
video



and



Schubert Serenade (-_-)

disclaimer : http://www.aimanazlan.com/
               

January 27, 2012

Its all from the past experiences..:)

Done with spill yang sedih2 dari aku...  whatever it is, please pray for my mum.. pray for her to get better and hopes she will recover soon..:)

and here we go..

These past few months, I've been going through some kind of failure in not so called a relationship..haha..  so, Hello broken hearted ones …  broken hearted just like me..:p
 If you’re still in a relationship, or you’ve just broken up , here are some words that I hope will guide you through all the drama.. In the end , there is no true love if there are no fights …there is no happiness if there are no tears ...kan?kan?
 Well, love isn’t enough in a relationship, communication,honesty and loyalty are important too . If you’re hurting too much just let it go … let someone else come into your life, because you deserve someone better, someone who appreciates you...:D


Dear my Guy ===>>>














Breaking up ain't that hurts if you know how to handle it..hee...:)
Schubert Serenade(-_-)




disclaimer: http://breakupquote.net

KALAU lah AKU....



Dalam hidup ni, bukan selalunya kita akan rasa gembira dan bahagia...  dan bukan jugak selalunya kita mampu untuk menghargai apa yang ada di depan mata...  kadang-kadang kita terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti sampai perkara di hadapan kita, diabaikan sehingga penyesalan tu lahir dalam diri..


kalau aku diberi peluang, aku mahu undurkan sedikit masa untuk aku "REDO" semula kehidupan aku...  kalau aku punya kuasa untuk menyembuhkan segala penyakit di dunia, akan aku sembuhkan penyakit wanita yang telah melahirkan aku...  Kalau diberi peluang biar aku saja yang menanggung penderitaan kesakitan yang dialami oleh wanita yang melahirkan aku...  Kalau aku diberi peluang untuk memilih kuasa apa yang aku mahukan, aku mahukan kuasa untuk menyembuhkan segala penyakit yang wujud kat dunia ni..dan aku akan pastikan semua manusia masih mampu hidup dalam keadaan sihat walafiat walaupun sudah berumur..Wallah'ualam....  semua ini takkan terjadi kerana aku hanya mampu mengatakan "KALAU" tanpa melakukan sebarang tindakan untuk melaksanakannya....

bila difikir-fikir, bila diingat-ingat, aku serasa seakan sangat LOOSER...LOOSER sebab aku tak mampu berbuat apa-apa pabila wanita yang melahirkan aku dalam keadaan kesakitan...  muka yang sangat pucat, air muka yang sangat bertegang urat untuk ditafsirkan, senyuman palsu yang tercalit di bibir yang penuh dengan ketapan menahan sakit yang menduga, kegigihan memperlihatkan bahawa "dia" sudah semakin sihat, kegigihan dia berdiri dan bergerak walaupuan dalam keadaan payah, demi untuk menenangkan perasaan si anak yang tidak cukup kuat untuk menahan tangis yang mencurah-curah jatuh di pipi...  tapi aku??  aku tak berdaya melakukan apa-apa...  menangis pon aku tak mampu..  susah untuk aku menangis kerna hati tersangatla pejal..  susah untuk aku mengalirkan air mata kerana ego setinggi gunung..
Aku pernah katakan pada wanita yang melahirkan aku " Emak, mak kena sihat sampai bila-bila, mak tak boleh sakit, dan mak tak boleh pergi selagi kakak belum bersedia"...  yup, that's it..  itu je yang mampu aku ungkapkan dan aku teruskan rutin biasa yang aku lakukan semenjak aku bercuti semester ni..  tapi sewaktu aku ungkapkan kata-kata yang berbaur arahan itu, mak cuma tersenyum...  tetapi aku???  aku sakit hati..aku rasa macam nak marah..aku rasa macam nak mengamuk.. aku rasa macam nak menjerit kenapa mak yang kena tanggung kesakitan tu??kenapa??kenapa??  kenapa bukan aku..  aku ketap bibir...  dan aku terus blahhh...  ambik air untuk mak..  aku rasa macam sangat LOOSER sebab senyum pon aku tak mampu..  tapi mak, even sakit senyum tak pernah lekang dibibir..  


semenjak sakit mak makin teruk, tidur malam aku tak menentu..  kadang-kadang pukul 2,3 pagi aku terjaga sebab mak mngerang kesakitan..  aku okay tapi kadang-kadang baran aku menerjah, rasa macam malas nak bangun, Teruk kan aku?? tapi bila aku fikirkan semula, masa aku sakit, masa aku ditimpa musibah, siapa je yang menjaga dan berada disamping aku tanpa jemu??  ofcourse la Emak..  tapi kenapa aku mesti mengeluh bila dugaan macam ni datang dalam hidup.  bila lagi aku nak membalas jasa emak..  ni lah masanya..  ni baru sikit dugaan yang Allah turunkan kat keluarga aku.  padahal ada lagi orang yang lebih sukar menghadapi dugaan Allah. lagipon sakit tu kan peluang yang Allah bagi untuk kita mendekatkan diri dengan Nya.. tapi aku tak mampu..  aku tak kuat..  


Hopefully My mum will get better soon.  sedih aku tengok bila mak sakit..  pilu hati bila kena tengok mak buat rawatan Kimo and Fisio saban bulan dekat hospital..  sakit...  rambut yang makin hilang keguguran..  pedih hati aku..  sangat pedih...  Sekarang fokus utama aku jaga Emak, sampai mak semakin sembuh..  sementara cuti semester ni la aku kena sentiasa berada di samping mak..  and kepada kawan-kawan aku yang merungut seolah-olah aku lupakan mereka, act aku bukan abaikan, harap anda semua faham..  aku ada tanggungjawab..  tanggungjawab yang sedang cuba aku laksanakan...



May Allah Bless...Live well Memberers:)





Schubert Serenade (-_-)