Dalam hidup ni, bukan selalunya kita akan rasa gembira dan bahagia... dan bukan jugak selalunya kita mampu untuk menghargai apa yang ada di depan mata... kadang-kadang kita terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti sampai perkara di hadapan kita, diabaikan sehingga penyesalan tu lahir dalam diri..
kalau aku diberi peluang, aku mahu undurkan sedikit masa untuk aku "REDO" semula kehidupan aku... kalau aku punya kuasa untuk menyembuhkan segala penyakit di dunia, akan aku sembuhkan penyakit wanita yang telah melahirkan aku... Kalau diberi peluang biar aku saja yang menanggung penderitaan kesakitan yang dialami oleh wanita yang melahirkan aku... Kalau aku diberi peluang untuk memilih kuasa apa yang aku mahukan, aku mahukan kuasa untuk menyembuhkan segala penyakit yang wujud kat dunia ni..dan aku akan pastikan semua manusia masih mampu hidup dalam keadaan sihat walafiat walaupun sudah berumur..Wallah'ualam.... semua ini takkan terjadi kerana aku hanya mampu mengatakan "KALAU" tanpa melakukan sebarang tindakan untuk melaksanakannya....
bila difikir-fikir, bila diingat-ingat, aku serasa seakan sangat LOOSER...LOOSER sebab aku tak mampu berbuat apa-apa pabila wanita yang melahirkan aku dalam keadaan kesakitan... muka yang sangat pucat, air muka yang sangat bertegang urat untuk ditafsirkan, senyuman palsu yang tercalit di bibir yang penuh dengan ketapan menahan sakit yang menduga, kegigihan memperlihatkan bahawa "dia" sudah semakin sihat, kegigihan dia berdiri dan bergerak walaupuan dalam keadaan payah, demi untuk menenangkan perasaan si anak yang tidak cukup kuat untuk menahan tangis yang mencurah-curah jatuh di pipi... tapi aku?? aku tak berdaya melakukan apa-apa... menangis pon aku tak mampu.. susah untuk aku menangis kerna hati tersangatla pejal.. susah untuk aku mengalirkan air mata kerana ego setinggi gunung..
Aku pernah katakan pada wanita yang melahirkan aku " Emak, mak kena sihat sampai bila-bila, mak tak boleh sakit, dan mak tak boleh pergi selagi kakak belum bersedia"... yup, that's it.. itu je yang mampu aku ungkapkan dan aku teruskan rutin biasa yang aku lakukan semenjak aku bercuti semester ni.. tapi sewaktu aku ungkapkan kata-kata yang berbaur arahan itu, mak cuma tersenyum... tetapi aku??? aku sakit hati..aku rasa macam nak marah..aku rasa macam nak mengamuk.. aku rasa macam nak menjerit kenapa mak yang kena tanggung kesakitan tu??kenapa??kenapa?? kenapa bukan aku.. aku ketap bibir... dan aku terus blahhh... ambik air untuk mak.. aku rasa macam sangat LOOSER sebab senyum pon aku tak mampu.. tapi mak, even sakit senyum tak pernah lekang dibibir..

semenjak sakit mak makin teruk, tidur malam aku tak menentu.. kadang-kadang pukul 2,3 pagi aku terjaga sebab mak mngerang kesakitan.. aku okay tapi kadang-kadang baran aku menerjah, rasa macam malas nak bangun, Teruk kan aku?? tapi bila aku fikirkan semula, masa aku sakit, masa aku ditimpa musibah, siapa je yang menjaga dan berada disamping aku tanpa jemu?? ofcourse la Emak.. tapi kenapa aku mesti mengeluh bila dugaan macam ni datang dalam hidup. bila lagi aku nak membalas jasa emak.. ni lah masanya.. ni baru sikit dugaan yang Allah turunkan kat keluarga aku. padahal ada lagi orang yang lebih sukar menghadapi dugaan Allah. lagipon sakit tu kan peluang yang Allah bagi untuk kita mendekatkan diri dengan Nya.. tapi aku tak mampu.. aku tak kuat..
Hopefully My mum will get better soon. sedih aku tengok bila mak sakit.. pilu hati bila kena tengok mak buat rawatan Kimo and Fisio saban bulan dekat hospital.. sakit... rambut yang makin hilang keguguran.. pedih hati aku.. sangat pedih... Sekarang fokus utama aku jaga Emak, sampai mak semakin sembuh.. sementara cuti semester ni la aku kena sentiasa berada di samping mak.. and kepada kawan-kawan aku yang merungut seolah-olah aku lupakan mereka, act aku bukan abaikan, harap anda semua faham.. aku ada tanggungjawab.. tanggungjawab yang sedang cuba aku laksanakan...
May Allah Bless...Live well Memberers:)
Schubert Serenade (-_-)