KLIK LA YE

August 15, 2014

Waktu

Mereka berkata dalam teriak,
"Waktu akan menyembuhkan segala macam luka,
Walaupun luka yang bukan datangnya dari cinta,"

Untuk seketika aku tertunduk,
lalu pantas aku tersenyum,
kerana aku setuju dengan teriak mereka,
sememangnya waktu benar menyembuhkan luka,
sepertimana waktu berjalan perlahan,
membantu aku terus-terusan,
untuk melupakan luka dan duka yang ada.




Mita Ari

Tinggal

Bila aku pergi saat aku sudah berikrar untuk tinggal,
Kau bisa marah,
dan aku akan terima kemarahanmu,
tapi apabila aku tinggal,
saat kau seharusnya aku tinggalkan,
Kau sepatutnya bersyukur,
kerana aku masih disini,
masih belum pergi.


Mita Ari

August 12, 2014

Kelabu

Untuk tiga tahun yang lalu
sampai detik ini
seterusnya hari hari yang mendatang
gadis masih tidak berganjak
walau selangkah
dari kelabunya kenangan semalam.




Mita Ari