KLIK LA YE

December 9, 2014

Bagi Aku.....

Ini apa yang aku rasa, bukan kau yang rasa.

Bagi aku, kalau aku drive ke suatu tempat tapi aku sesat tidak jumpa arah jalannya,
sikit pun tidak merugikan, kerana aku bersama orang yang tersayang.

Bagi aku, bila aku penat balik kerja,
kena drive yang perjalanannya makan masa hampir dua jam akibat traffic jammed, 
lalu pastinya aku akan stress dan rasa ingin marah,
tapi rasa negatif itu akan lenyap dengan sendirinya kerana aku ditemani orang yang aku sayang.

Bagi aku, kalau aku gagal dalam sesuatu perjuangan yang aku usahakan untuk menang,
tapi bukan rezeki aku untuk julang kemenangan, pasti aku akan kecewa sedih dan berduka,
tetapi kekecewaan yang aku lalui akan pudar apabila orang yang aku sayang sentiasa berada di sisi, 
sikit pun tidak aku kesal, kerana kegagalan itu berganti dengan kasih sayang.

Yang pasti, Bagi aku,
asal bersama tak ada ruang untuk sedikit pun negativity.

Bagi aku, quality itu lebih penting dan positivity itu lah persekitaran yang patut ada sepanjang masa.
mana mungkin wujud istilah buang masa,
kalau setiap susah yang kau tempuh, dia ada bersama,
tatkala kau jatuh layu, kau bangun dan orang yang pertama kau nampak adalah dia,
dia lah orang yang kau sayang, yang kau pilih sampai akhirat.

Bagi aku, kau takkan pilih untuk tempuh dunia yang penuh naik turun dengan dia, kalau kau rasa hidup dengan dia adalah buang masa.

Benar bukan?



Kesedaran untuk rasa yang kita sering rasa tapi kita kerap abaikan rasa yang ada.


Mita Ari