KLIK LA YE

March 5, 2015

WANITA



Di saat pelukan si isteri semakin utuh 
seperti seakan tidak mahu melepaskan sang suami,

Ehsan berusaha keras menahan tangis
seakan kuat segagah si ayah,
Untuk Izzah yang berdukacita  
mata dipejam menahan rasa kecewanya,
Dan Ilham, Hana dan Huna sudah berlinang air mata yang tidak mampu ditahan esaknya,

Pelukan si isteri mencengkam utuh
Walau hatinya sememangnya sudah rapuh 
Tetapi tetap teguh, ditinggalkan suami
Yang sekali lagi akan pergi.

Dan Wan Azizah sekali lagi
akan berjalan seorang diri
Walaupun diri seakan mahu rebah
wanita ini tetap tabah. 

-Mita Ari-