KLIK LA YE

January 12, 2013

Tandus.



Aku ingin tandus dalam pasir yang menyelut,
Aku ingin hilang dalam pekatnya malam,
Aku ingin lari menembusi ruang masa,
Agar bisa aku berdiri tanpa usungan sesiapa.

Hingarnya dunia tidak dapat aku bendung,
Manusia bertelagah kata sesama mereka,
Anjing kurap kelihatan beradu seperti raja,
dan mereka di hujung sana,
Masih gagah membebani sang kota raya.

Ingin sekali aku teriakkan,
Kata-kata puitis di cuping telinga,
insan-insan yang jiwanya sedang bergelora,
agar bisa menenangkan seketika,
lajunya warna hitam melitupi hati mereka,
membenarkan dunia senyap tanpa kata.






~Sedang berimaginasi dengan permainan politic..Esok ada final exam paper untuk subject Government and Politic.. Mohon doakan aku~



Mita Ari


January 8, 2013

Kapitalisma Hidup.




Erti hidup tu ada dimana-mana,
walau dibawah jambatan di tengah hiruk pikuk kota Jakarta,
walau dalam diri  si anak kecil di seberang sana,
yang mengemis di jalanan bagi meneruskan hukum karma,
demi mencari erti kehidupan.

dunia mereka masih sama seperti kehidupan kita,
cuma masih punya beza yang ketara,
Kapitalist di sana lebih berleluasa,
negara kita pun apa kurangnya.

golongan yang di atas semakin hidup berlimpah emas dan permata,
tetapi golongan kita yang lelah mengerah tenaga,
mengejar sisa-sisa si Kapitalist dunia dengan bermodalkan tulang empat kerat,
agar perut terisi dan keperluan dapat disedia pabila mata terbuka,
saban hari sehingga menjadi rutin yang parah..

Sampai bila harus begini??
yang kaya raya semakin mengecapi kemewahan yang tiada sudahnya,
yang dibawah  terus-terusan dianggap bebanan,
sehingga punya label gelandangan,
 seperti pelarian yang menggendong anaknya.

negara kita bukan seperti Indonesia pada mulanya,
Sungguh negara kita juga bukanlah sekaya Amerika,
tetapi sekarang semuanya tampak sama,
kita dan Indonesia sudah tiada beza,
Kapitalist punca utama,
sehingga kini masih bermaharajalela..

Mahu mencari Erti Hidup??
Jakarta la tempat terbaik bagi kita,
tidak percaya??
mereka punya nilai yang sangat berbeza dengan kita,
kerana mereka punya kehidupan yang lengkap dalam sistem piramid manusia.

jelajahlah ke seluruh dunia,
bagi mencari erti hidup yang sebenar,
mulakan dengan Jakarta,
kota yang penuh dengan Drama,
mulai dengan kehidupan sekecil-kecil kehidupan yang terpinggir,
sehingga sebesar-besar pangkat dan darjat manusia.

Jakarta sama seperti ibu kota kita,
penggabungan manusia seluruh pelusuk dalam negara,
tapi mereka punya lebih nilai dan ragam yang terpelihara,
yang mampu beri kesedaran pada kita..

Ingat, mencari erti hidup bukan dengan pergi jelajah ke seluruh dunia,
membabi buta,
dimana mata hanya dibawa menjamah kehidupan Kota,
yang penuh kaya raya,
membeli belah di deretan kedai ternama,
Bukan...

pergi la ke pinggiran kotanya,
disana kehidupan lebih bermakna,
Sesudah di Jakarta, jelajah sampai ke negara Cina,
pasti anda punya erti hidup yang sebenar..



khatam satu lagi buku yang bernyawa Jakarta..
luahan rasa usai membaca konspirasi dunia..
Live, Life, Learn..:)

Mita Ari

Mohon tiada Plagiarisma:)


Aku.


Kita terimbau kembali zaman itu,
Bangun pagi dengan senyuman di bibir,
Kau duduk mendagu di meja menunggu kopi pekat dari aku,
Kau suka kopi yang aku bancuh,
Aku gembira.

Petang itu kita bermain layang-layang,
Seperti biasa di taman lapang kesukaan kita,
Kita berlari gembira mengejar sang lelayang,
Yang terbang tinggi meninggalkan sang pemuja.

Kita sama-sama sarung “tight” warna hitam,
Baju kotak-kotak merah hitam,
Menuju tempat pertama kali mata bertentang,
Muzik underground, “live band” dekat Serdang.

Malam itu, kita sedondon lagi,
Aku senyum penuh bahagia.


Tapi itu dulu.
Kini, Kopi yang aku bancuh,
Kau kata tawar tiada rasa,
Layang-layang yang biasa kita terbangkan dulu,
Kini hanya tinggal bayang-bayang,
Muzik rancak yang bisa semarakkan jiwa kita dulu,
Kau kata bosan tanpa punya erti apa-apa.

Tanpa aku,
Kau masih teguh seperti kau adanya aku dahulu,
Cuma aku, yang sudah rapuh, berdiri pun tidak mampu,
Kerana aku yang membenarkan diri aku,
Lemas dalam kenangan dulu.

~Aku : Sekarang~



Mita Ari



January 3, 2013

Mengharapkan ianya satu Mimpi.

Mimpi itu bermain lagi. Dalam tidur semalam. Hari-hari sebelumnya juga. Kau dan aku, kita sama-sama terbang ke Syurga. Menggapai bahagia. Senyuman terukir penuh suka. Bom pemangsa bertukar rupa. menjadi bunga api yang bertebaran sini sana. Kita duduk bersama, di suatu sudut yang sunyi tanpa suara. Kita mula bertukar cerita, kita kongsi gembira, kita luah derita. 

Derita itu, hanya antara kita..

Aku sandar di bahu kau, menangis kerana sedih. Engkau sebak menahan sakit penuh pedih. Kau dakap aku, kau usap belakang dadaku, kau elus lembut juraian rambut ku. Kau mengharap agar dakapan dan usapan itu boleh menenangkan lara di hati aku. Aku bisu tanpa kata. Kau mula menarik nafas lega untuk seketika.  sebelum sangkaan tadi meleset jauh. Kau mula rasa gundah, bila esakan sebak  yang semakin rancak. memecah ruang dan menusuk cuping telinga. Kita tidak cukup petah untuk menahan sengsara, menjadi mangsa perang dunia, yang tak pernah sudah. Walau  keturunan sudah dimamah usia.

Derita itu hanya kita yang rasa..

Sampai bila?? Semoga doa kita didengari yang maha Esa. Membalas segala kejahatan sang durjana. yang ingin merobek maruah Islam di dunia. Aku terus menahan derita, ditemani doa dan air mata, tapi semangat aku semakin membara, untuk membebaskan maruah kita yang tercalar, daripada keadaan dunia, yang tidak lagi bahagia. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala. untuk mereka yang sedang bergolak derita, menjadi mangsa Israel laknatulah dunia.

Allahuakbar!!



~schubert serenade~