Mimpi itu bermain lagi. Dalam tidur semalam. Hari-hari sebelumnya juga. Kau dan aku, kita sama-sama terbang ke Syurga. Menggapai bahagia. Senyuman terukir penuh suka. Bom pemangsa bertukar rupa. menjadi bunga api yang bertebaran sini sana. Kita duduk bersama, di suatu sudut yang sunyi tanpa suara. Kita mula bertukar cerita, kita kongsi gembira, kita luah derita.
Derita itu, hanya antara kita..
Aku sandar di bahu kau, menangis kerana sedih. Engkau sebak menahan sakit penuh pedih. Kau dakap aku, kau usap belakang dadaku, kau elus lembut juraian rambut ku. Kau mengharap agar dakapan dan usapan itu boleh menenangkan lara di hati aku. Aku bisu tanpa kata. Kau mula menarik nafas lega untuk seketika. sebelum sangkaan tadi meleset jauh. Kau mula rasa gundah, bila esakan sebak yang semakin rancak. memecah ruang dan menusuk cuping telinga. Kita tidak cukup petah untuk menahan sengsara, menjadi mangsa perang dunia, yang tak pernah sudah. Walau keturunan sudah dimamah usia.
Derita itu hanya kita yang rasa..
Sampai bila?? Semoga doa kita didengari yang maha Esa. Membalas segala kejahatan sang durjana. yang ingin merobek maruah Islam di dunia. Aku terus menahan derita, ditemani doa dan air mata, tapi semangat aku semakin membara, untuk membebaskan maruah kita yang tercalar, daripada keadaan dunia, yang tidak lagi bahagia. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala. untuk mereka yang sedang bergolak derita, menjadi mangsa Israel laknatulah dunia.
Allahuakbar!!
~schubert serenade~