Kita terimbau
kembali zaman itu,
Bangun pagi dengan senyuman di bibir,
Kau duduk
mendagu di meja menunggu kopi pekat dari aku,
Kau suka kopi
yang aku bancuh,
Aku gembira.
Petang itu
kita bermain layang-layang,
Seperti biasa di
taman lapang kesukaan kita,
Kita berlari
gembira mengejar sang lelayang,
Yang terbang tinggi
meninggalkan sang pemuja.
Kita sama-sama
sarung “tight” warna hitam,
Baju kotak-kotak
merah hitam,
Menuju tempat
pertama kali mata bertentang,
Muzik underground,
“live band” dekat Serdang.
Malam itu, kita sedondon lagi,
Aku senyum penuh bahagia.
Tapi itu
dulu.
Kini, Kopi yang
aku bancuh,
Kau kata
tawar tiada rasa,
Layang-layang
yang biasa kita terbangkan dulu,
Kini hanya
tinggal bayang-bayang,
Muzik rancak yang bisa semarakkan jiwa kita dulu,
Kau kata
bosan tanpa punya erti apa-apa.
Tanpa aku,
Kau masih
teguh seperti kau adanya aku dahulu,
Cuma aku,
yang sudah rapuh, berdiri pun tidak mampu,
Kerana aku
yang membenarkan diri aku,
Lemas dalam
kenangan dulu.