Meet my nephew, my love one; Humam Thaqif.
Aku rindu pada masa kecil,
semua begitu sederhana,
bersama-sama teman aku ketawa riang,
tiada duka mahupun sengketa,
tidak mengerti akan rasa sengsara,
hanya tahu bersuka ria,
walau menangis kerana dimarah,
sedih duka ku hanya sementara,
tidak menyimpan rasa duka durjana yang lama.
Aku ingat momen masa kecil ku,
saat aku terjatuh,
hanya lututku yang terluka berdarah,
dikuti esak tangis takut dimarah,
dan ditemani rasa sakit akibat tidak mendengar kata,
kata emak dan abah hendaknya...
Tapi luka yang berdarah,
pada masa kecil ku,
boleh diubati dan tidak meninggalkan parut yang lama,
tidak seperti hati yang terluka apabila sudah dewasa,
sekali terluka,
aku derita,
juga merana.
Ya, aku begitu rindukan masa kecil ku yang sederhana.
Mita Ari
#I am all grown up to a beautiful young lady now..hikhik..:p
Love : A young and passionate girl. :)