KLIK LA YE

July 23, 2013

Rindu.


Angin yang membuai sayu,
Tiap hati yang menunduk lesu,
Mereka yang ditusuk rasa rindu,
Aku puisikan untuk kamu yang sedang dilanda pilu.

Wahai jasad yang aku rindu,
adakah kau tahu?
Hati ini ibarat ditusuk rasa ngilu,
Ditinggalkan jiwa yang terbang jauh,
Tinggalkan sekeping hati yang tidak mampu tersenyum.

Burung-burung mula berlagu rindu di langit nan biru,
Sama seperti hatiku yang sentiasa resah sayu,
Jangan bimbang wahai bintang dalam jiwaku,
Aksaraku tidak akan beku demi kamu.

Tiap nafas yang aku hembuskan,
adalah untuk kamu,
Tiap kegembiraan dan senyumku,
adalah demi kamu,
Kerana aku punya rasa yang utuh,
Bahawa kau inginkan aku bahagia,
Walau tiadanya kamu,
Menemani aku yang semakin rapuh,
Dibuai kenangan lalu.





Rasa rindu pada arwah abang yang amat aku sayangi semakin mencengkam hebat di dalam hati.
Al-Fatihah untuk arwah..

Ikhlas : Adikmu. :)

Mita Ari