Kau gembira dalam teriakmu,
Teriak yang memperlekehkan aku.
Ya, mungkin ada benarnya juga,
Pekikan yang kau banggakan itu,
Bahawa aku ini bukan siapa-siapa,
Tidak berkepentingan di mana-mana.
Mahu mengaku orang bangsawan,
aku tidak mampu,
Mahu mengaku diri ini Seniman,
Gusar orang memperlekehkan kata-kata ku.
Ya benar, aku ini memang bukan siapa-siapa,
Hanya satu daripada helaian kanvas,
Yang kau carik kerana salah penulisannya,
Kau ronyok dan buang tanpa tilik nilai sentimennya.
Ya benar juga, Aku ini tidak perlu diprioritikan,
Sekadar kucing liar yang minta dibelai manja,
Aku serba tiada,
maka jangan harapkan apa-apa.
Jika benar aku ini tidak berkepentingan dalam sisi hidup kamu;
Abaikan aku.
Pinggirkan aku.
Ranapkan aku.
Dalam ignoran kamu.
Adanya aku,
Seperti tiada.
Wujudnya aku,
Seperti mati.
-Mita Ari-