Arwah cuma sempat merasa hidup dalam keadaan tidak begitu
menderita kesakitan untuk tempoh lebih kurang 3 minggu dimana seminggu selepas
aku menjemput arwah di hospital, arwah berehat dirumah dan selama 2 minggu lagi
adalah semasa arwah bekerja semula di Terengganu. Mungkin kerana aku begitu
yakin arwah sudah sembuh, menjadikan aku tidak aware dengan keadaan kesihatan
abang awie selepas itu. Aku leka dengan dunia aku sendiri, aku gagal
membaca hati dan keadaan arwah abang ketika itu. aku jauh daripada arwah,
aku lupa seketika perihal arwah ketika itu. Jujur, aku menyesal. Kerana
terlalu layankan masalah 'Stress" aku dengan Peperiksaan Akhir, aku ambil
mudah perihal arwah abang awie. Bahkan, sebagai adik, aku langsung tidak
menghubungi arwah untuk bertanya khabar sepanjang tempoh aku sedang berhempas
pulas dengan peperiksaan akhir, dan paling aku menyesal pada 1 Ramadhan aku
langsung tidak menghubungi arwah bagi mengucapkan "Selamat Berpuasa"
kepada arwah seperti yang aku biasa lakukan saban tahun, walau melalui pesanan
ringkas sekalipun aku lupa untuk menghantar kepada arwah. Aku yakin
sungguh aku akan berjumpa dengan arwah semasa bulan puasa dan ditambah dengan
aku begitu sebuk dengan projek akhir dan peperiksaan akhir menjadikan aku lupa
terus untuk mengambil tahu perihal arwah pada masa 3 minggu yang terakhir.
Tidak aku sangka, 3 hari selepas aku tamat peperiksaan akhir
dengan jayanya, semasa aku berada di rumah kakak di Bangi, pada pagi 16 Julai,
Hari Selasa bersamaan 7 Ramadhan aku menerima pesanan ringkas daripada kakak
sulungku yang sedang berada di pejabatnya bahawa arwah abang awie sedang sakit
tenat, dan kakak mengajak aku untuk pergi ke Terengganu petang itu juga.
Tika itu aku agar risau tetapi masih tenang dan ingin cepat pergi ke
Terengganu, tapi selang beberapa minit selepas itu, aku menerima panggilan
daripada kakak sulungku bahawa arwah sudah pun meninggal dunia. Ya Allah payah
benar untuk aku menerima berita tersebut, sukar benar untuk aku menelan
kenyataan yang begitu pahit ini, dan perit benar rasa hati untuk aku melepaskan
arwah pergi. Dalam hidup aku, sepanjang hayat arwah dan sepanjang tempoh
aku bergelar adik kepada arwah, ada 5 PERKARA yang benar-benar aku sesalkan dan
belum tentu aku dapat maafkan diri aku sendiri terhadap arwah.:
Pertamanya, semasa arwah
sedang terlantar sakit di IJN, aku jarang berada di samping arwah. Aku terlalu
pentingkan hal sendiri dimana aku terlalu sibuk dengan pelajaran dan assingment
yang menimbun banyaknya sehinggakan aku suka menangguh waktu bagi menjenguk
arwah di IJN. Kalau ikut kan perkiraan, semasa arwah terlantar di IJN aku hanya
sempat menjaga dan menemani arwah beberapa kali sahaja itupun semasa aku cuti
dan hujung minggu. Sungguh aku benar-benar terkilan kerana leka dengan dunia
tidak begitu menghiraukan keluarga.
Keduanya, semasa aku
sedang sibuk dengan peperiksaan akhir dimana beberapa minggu sahaja lagi
sebelum arwah menghembuskan nafasnya, aku langsung tidak menghubunginya untuk
bertanya khabar. Walaupun pada hari pertama Ramadhan, aku leka dan lalai dengan
urusan dunia, terlalu pentingkan diri sehingga aku langsung tidak menghubungi
arwah untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada arwah seperti saban
tahun aku lakukan. Kejam bukan? Sungguh aku menyesal, rasa terkilan di hati ini
sungguh berat tidak mampu dihindari. Sungguh aku gagal menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang adik.
Ketiganya, pada 14 July
bersamaan 5 Ramadhan, dua hari sebelum arwah pergi meninggalkan kami, ketika
itu baru sahaja selesai peperiksaan akhir. Arwah ada menghubungi aku
dengan panggilan ketika jam 3.24petang. tapi seribu kali sayang, aku
tidak menjawab panggilan tersebut. bukan kerana aku tidak mahu
menjawabnya, tetapi aku tidak perasan akan panggilan daripada arwah. Dan yang
paling aku sesalkan, aku tidak pula menelefonnya kembali. Kejam sungguh aku
ini. Jujur aku mengaku, aku tidak pernah menyangka bahawa itu adalah panggilan
terakhir daripada arwah sebelum arwah meninggalkan kami untuk selamanya.
Keempatnya, pada petang 14 July
tersebut juga, kami sekeluarga dikhabarkan arwah telah dihantar ke Hospital
Dungun untuk mendapatkan rawatan kerana arwa tiba-tiba sesak nafas dan sakit
semula. Benar kami sekeluarga sangat lah risau, tetapi mengenangkan Terengganu
begitu jauh tempatnya, dan pada pemikiran kami arwah mungkin warded seperti
biasa, kami tidak turutkan hati untuk pergi ke Terengganu pada malam itu kerana
esoknya adalah hari bekerja dan hampir semua ahli keluarga kami perlu bekerja
dan tidak dapat mengambil cuti. Jadi kami relakan arwah ditahan di hospital
Dungun. Tetapi pada petang hari Isnin nya pula, kami telah diberitakan
oleh sahabat arwah bahawa arwah telah dibawa ke Hospital Kuala Terengganu
kerana memerlukan rawatan yang lebih rapi. Ketika itu kami sungguh resah, jadi
sudah kami putuskan untuk pergi melawat arwah pada keesokan harinya.
Namun begitu, pada pagi Selasa yang penuh barakah, kami menerima
panggilan telefon daripada pihak hospital memberitahu bahawa arwah sedang nazak
dan meminta saudara terdekat untuk hadir disisinya. Jujur aku katakan, kami
tidak punya keluarga di Terengganu, selain mengharapkan sahabat-sahabat arwah
yang setia disinya. Dengan rasa sedih teramat, tidak sempat untuk kami
rencanakan perjalanan kami untuk pergi menemani arwah di saat-saat akhirnya,
Jam 7.55 pagi selang beberapa minit selepas menerima panggilan pertama tadi,
panggilan kedua menyusul daripada pihak hospital mengkhabarkan berita yang
cukup menyesakkan jiwa kami yang dilanda resah dan sedih, Arwah telah pun
menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa derita atau nazak begitu lama. Kami
dikhabarkan bahawa amat mudah dan tenang pemergian arwah kepada Penciptanya.
Terkilan sungguh rasa hati aku dan keluarga kerana tidak dapat
bersama-sama disisi arwah semasa saat-saat akhirnya, ketika arwah benar-benar
memerlukan kami. Rasa bersalah yang teramat sangat menyelubungi diri, kerana di
pemikiran kami arwah cuma ditahan seperti sebelum ini dan mungkin sempat untuk
kami berjumpanya lagi memandangkan arwah sangat manja orang nya, kami inginkan
arwah berdikari sendiri di Terengganu sana. Tidak sangka pula Allah swt begitu
sayangkan arwah dan menjemputnya tanpa sempat arwah menatap wajah kami satu
persatu. Dikhabarkan oleh sahabat arwah, bahawa pada masa-masa terakhirnya
arwah kerap menyebut inginkan "emak" berada disisinya. Tidak
kesampaian niat arwah mahu pergi dalam dakapan kami sekeluarga, malahan arwah
pergi dalam keadaan keseorang di katil hospital tanpa kami di sisi. Jujur Aku
begitu dihimpit rasa bersalah yang teramat dalam!!
Kelimanya, hati mana yang
tidak punya sesalan jika orang tersayang pergi meninggalkan diri tanpa sebarang
peninggalan pengganti di sisi. Sesal aku tidak berbelah bagi kerana tidak
sempat aku kucup tangan arwah dan meminta maaf kepadanya, tidak sempat aku
peluk rapat arwah dalam dakapan aku, dan tidak sempat aku kucup dahi arwah
untuk yang terakhir kalinya. Sungguh aku begitu Terkilan sehingga rasa ini
merobek jiwa! Gagalkah aku menjalankan tanggungjawab sebagai adik kandung
kepada arwah?? Jujur, aku begitu sedih...
Begitulah dalamnya penyesalan di hati aku ini. Rasa sesal ini
tidak aku khabarkan kepada sesiapa, rapi aku simpan dalam hati sehingga kini
aku membuat keputusan mahu meluahkan dalam bentuk penulisan di blog usang aku
ini. Aku sungguh sedih dan pilu ketika aku karangkan bait-bait kata dalam
tulisan ini, sungguh aku menyesal tidak ada disamping arwah ketika arwah
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jujur aku marah pada diri sendiri kerana
gagal membaca perubahan pada diri arwah abang awie sebelum arwah pergi
meninggalkan kami semua. Tapi aku pasrah dan redha di atas segala ketentuan
dari Nya.
Walaubagaimanapun, aku bersyukur arwah dijemput oleh Allah dalam
bulan yang barakah. Menurut sahabat-sahabat arwah di Terengganu yang membantu
menguruskan jenazah, kami diberitahu bahawa urusan mengurus jenazahnya cukup
mudah. Segala urusan laporan polis, proses menuntut jenazah, mandi dan
mengkafan dan tempahan van jenazah cukup pantas. Tiada kekangan langsung dan
segalanya berjalan dengan lancar termasuklah Perjalanan menghantar pulang
jenazah arwah ke kampung kami di Malim Nawar, Perak melalui Grik berjalan
dengan begitu lancar. Mereka bertolak dari Kuala Terengganu jam 1.45pm dan
selamat tiba di rumahnya jam 8.30pm. Dan urusan pengkebumian arwah pula selesai
kira-kira jam 9.45 malam. Sungguh terharu dan bersyukur kami panjatkan ke
hadrat Ilahi kerana dikurniakan insan-insan yang begitu begitu budiman
pekertinya, yang sanggup bersusah payah menguruskan jenazah arwah semasa di
Terengganu walaupun mereka semua hanya bergelar sahabat kepada arwah dan tidak
mempunyai sebarang pertalian darah. Tenang roh arwah disana jika arwah
mengetahuinya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua wahai
insan-insan budiman.
Apa yang lebih mengharukan kami, semasa arwah telah sampai di
perkarangan rumah, Subhanallah, begitu ramai kenalan-kenalan, jiran tetangga,
sahabat-sahabat arwah yang datang bagi membantu menguruskan pengkebumian arwah.
Arwah disembahyangkan sekali lagi beramai-ramai di surau berdekatan rumah
kami, kelihatan surau begitu sesak dengan limpahan manusia yang mahu turut sama
menyembahyangkan jenazah. Terharu sungguh rasa hati kami sekeluarga kerana
arwah mendapat kenalan-kenalan yang begitu baik dan menyayanginya. Selain
itu jenazah arwah juga dikatakan agak ringan memandangkan arwah semakin kurus
akibat sakit. Dan segala urusan semasa pengkebumian arwah berjalan lancar
tanpa sebarang masalah dan halangan. Syukur Alhamdulillah! Kata-kata terakhir yang aku bisikkan pada sekujur tubuh yang sudah pon dikafankan hanyalah kata-kata yang ingin sekali aku ucapkan semasa hayatnya tetapi aku hanya mampu luahkan semasa arwah sudah tiada. Kata-kata yang punya sejuta makna menjadi kosong tanpa secebis rasa.... Hanya ini yang mampu aku bisikkan dalam esak tangis ketika bibir ini mengucup dahi jenazah arwah sebelum aku mengikat semula kain kafan di bahagian wajah arwah..
"Abang awie, Na minta maaf sangat-sangat. Na sayang sangat kat abang awie. Abang awie abang terbaik yang na pernah ada, Sayang abang Awie dunia akhirat"
Aku penuh pengharapan mengharap agar arwah mendengar bisikan aku yang jujur aku katakan, aku ikhlas ketika itu. Aku mahu arwah mendengar, tapi aku tahu semua itu mustahil kerana arwah sudah bahagia di alam sana. Akan aku sampaikan rindu dan kasihku terhadap arwah dalam doa-doa ku yang luhur. InsyaAllah.
Ikhlas daripada kami sekeluarga, ribuan terima kasih aku kirimkan kepada semua saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga serta semua yang telah hadir dan membantu menyelesaikan urusan pengebumian arwah. Kami juga ingin memohon maaf bagi pihak arwah andai ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang hayatnya.. Mohon semua dapat memaafkan segala kesalahannya serta halal kan segala makan minumnya. Doakan moga arwah abang Awie dtempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Moga Allah merahmatinya... Sesungguhnya ini yang sudah tertulis untuk arwah dan arwah tetap di hati kami walaupun ianya sukar untuk kami sekeluarga. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah tenang di alam sana, kerana aku yakin bahawa Kematian itu bukan Pengakhiran, kerana setiap yang bernyawa pasti akan dijemput menghadap Allah yang maha Esa satu ketika nanti.
"Abang awie, Na minta maaf sangat-sangat. Na sayang sangat kat abang awie. Abang awie abang terbaik yang na pernah ada, Sayang abang Awie dunia akhirat"
Aku penuh pengharapan mengharap agar arwah mendengar bisikan aku yang jujur aku katakan, aku ikhlas ketika itu. Aku mahu arwah mendengar, tapi aku tahu semua itu mustahil kerana arwah sudah bahagia di alam sana. Akan aku sampaikan rindu dan kasihku terhadap arwah dalam doa-doa ku yang luhur. InsyaAllah.
Ikhlas daripada kami sekeluarga, ribuan terima kasih aku kirimkan kepada semua saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga serta semua yang telah hadir dan membantu menyelesaikan urusan pengebumian arwah. Kami juga ingin memohon maaf bagi pihak arwah andai ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang hayatnya.. Mohon semua dapat memaafkan segala kesalahannya serta halal kan segala makan minumnya. Doakan moga arwah abang Awie dtempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Moga Allah merahmatinya... Sesungguhnya ini yang sudah tertulis untuk arwah dan arwah tetap di hati kami walaupun ianya sukar untuk kami sekeluarga. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah tenang di alam sana, kerana aku yakin bahawa Kematian itu bukan Pengakhiran, kerana setiap yang bernyawa pasti akan dijemput menghadap Allah yang maha Esa satu ketika nanti.
Untuk kamu yang membaca, pinjamkan bahumu walau sesaat, bantu
aku kurangkan beban yang berat ini.
Untuk arwah, hanya doa dan bacaan ayat suci Al'Quran dapat
kukirimkan sebagai peneman mu di sana. InsyaAllah satu hari nanti kita
pasti bertemu jua, Sabar menanti aku yang mengira waktu ingin bertemu kamu.
Kasih sayang aku terhadap arwah yang berkongsi darah dalam bersaudara akan
terus menggunung dan tidak akan berkurang walau sebesar zarah.
Khas untuk Arwah Mohd Zawawi Mohd Isa,
daripada adik mu, Jannatul Husna Mohd Isa.