KLIK LA YE

December 30, 2013

Cerita Cinta


Kata Miller
yang sangat gemarkan puisi-puisi cinta
Cinta itu deep
deep bagaimana?
tidak juga aku ketahui perihal cinta
mungkin benar kata Miller,
yang cinta memang deep
cuma aku yang belum merasai 
bagaimana deepnya cinta

Tapi untuk punya rasa cinta
aku sering memasang angan
ingin berjumpa sang putera idaman
yang bisa mendamaikan jiwa
tatkala aku gusar dilandar resah
atau sang jejaka manis
yang sering membuat aku tertawa
dan menerima aku dalam halalnya agama

anganku lagi
untuk separuh nyawaku yang aku belum ketahui
aku ingin sekali mendodoikan kamu dengan puisi-puisi
yang aku karang baitnya
agar kamu bisa mimpikan aku dalam lena 
dan larut dalam bahagianya rasa
yang aku berikan setiap masa

untuk separuh nyawaku
aku tak mampu membawamu
ke hutan paling hijau
dan pantai paling sunyi
atau gunung-gunung berkabus kelabu


tapi aku akan selalu membawamu ke kedai buku
menyelak helaian kertas yang tak pernah habis 
membaca cerita-cerita yang kita suka
juga menonton musikal klasik yang mendamaikan jiwa
mahupun bergembira mendengar live band 
yang mendendangkan lagu-lagu cinta kita
 atau ke panggung dan tersenyum melihat kita dalam cerita-cerita mereka

Mahukah kamu wahai separuh nyawaku?
bersama-sama mengharungi hidup yang belum tentu bahagia
di pengakhirannya?
aku sentiasa mahu kamu
berada dekat disisi aku
tidak jemu memandang wajah aku yang sederhana
senyum mendengar aku bercerita
ketawa riang dalam bahagianya kita
dan sentiasa bersama membina keluarga

aku bukanlah perempuan pilihan mata dan hati kamu
tapi aku akan berusaha untuk menjadi satu
yang bisa kamu bergantung hidup tanpa derita
dan punya rasa cinta yang tidak akan pudar
sampai terpisahnya jasad dari nyawa.



Love:  
Mita Ari