KLIK LA YE

December 8, 2013

Untitled. (Kalian definisikan tajuk puisinya)








Aku kira:
Beginilah nanti jadinya
kita semua mengembara
membawa pengalaman dan kenangan bersama
kau, kau dan engkau
terbang mengelilingi dunia
kamu, kamu dan kamu
bahagia membina keluarga
aku, aku dan aku
terus mengorak langkah
menuju masa hadapan yang rahsia

setiap tawa, teriak dan senyum kita
aku simpan rapi dalam uncangnya
aku tutup jilid buku kita bersama
bukan bermakna aku mahu menamatkan
persahabatan kita
tapi aku kira
aku perlukan jilid buku yang baru
buat kenangan yang bakal kita ciptakan bersama
kerana aku punya rasa percaya
persahabatan kita untuk selamanya

Kenangan aku bersama kalian
tidak mampu aku umpamakan
dalam bait kata mahupun bait coretan
setiap daripada kamu
yang aku kenal dari hari pertama
tiga tahun yang lalu
sehingga ke saat ini
setiap daripada kamu
membaca puisi yang aku coretkan
ketahuilah
tidak pernah ada penyesalan
dalam perjalanan hidupku
mengenali setiap daripada kamu
yang aku anggap kawan
kawan yang aku sayang

kawan
hiduplah dengan baiknya
jalanilah kehidupan kalian
tanpa ada rasa patah hati mahupun duka
tidak perlu paterikan aku dalam ingatan kalian
cukup kalian punya rasa bahagia bersama
 mengenali sesama kita
maafkan setiap khilaf
daripada kita
tamatkan sengketa bagi yang masih berbaki 
antara kita
mulakan dari jilid satu
coretkan dengan warna indah bukannya duka
ikhlaskan hati
terima setiap kurangnya kita
hargai setiap lebihnya kita
persahabatan ini mungkin bukan perkara paling indah 
yang berlaku dalam hidup kita
tapi kalian adalah satu diantara keindahan yang ada
dalam hidup aku
 semangat yang sentiasa
berada disamping aku
sampai bila-bila

perjalanan kita seterusnya
adalah rahsia
tidak aku ketahui dimana penghujungnya
kalaupun takdir kita tidak bertemu lagi
selepas semua pergi membawa haluan sendiri
kalau takdirnya kita hanya bersahabat sampai saat ini
tidak perlu mencari
kerana aku yakin
kenangan kita tidak akan mati
tapi
kalau sampai waktu ku dulu
aku tidak mahu seorang pun merayu
tidak juga kamu
kerana persahabatan kita
tidak ada noktahnya
dan aku
tidak perlukan sedu sedan itu
sayangnya aku pada setiap kamu
biar aku simpan sampai mati.

...................................................................................................................................................................
untuk sahabat-sahabat perjalanan ijazah ku, kalian tahu siapa diri kalian, terima kasih terima aku menjadi sebahagian daripada hidup kalian, puisi ini aku baitkan khas untuk persahabatan kita, semoga kalian gembira sampai bila-bila. hiduplah sebaik-baiknya.:)


Mita Ari
Ini adalah link video : Hadiah daripada Faizol