KLIK LA YE

November 14, 2012

Belated birthday Aina!!


Aina,
nama si pemilik mata penuh cerita,
kau, dia atau mereka,
tidak kenal siapa Aina.

Aina itu Aina aku,
teman sejiwa,
teman sedarjah,
umur kami sama,
zodiak kami pon sama,
Aina punya tempat yang istimewa,
dalam hati aku yang sederhana.

empat tahun kami bersama,
bergaduh bermanja suda menjadi biasa,
6 November ulang tahun kelahiran Aina,
angka 22 tahun sudah jadi nyata,
pelengkap biodata,
selama setahun yang akan luput,
bila-bila masa saja.

Sanah Helwa Aina,
lagu ulang tahun aku teriakkan,
pada telinga Aina,
disusuli ucapan penuh doa,
aku lengkapkan dengan sekotak hadiah,
senyuman gembira penuh makna.

hari lahir adalah tanda,
bahawa kita makin dekat dengan sang Pencipta,
doaku agar Aina bahagia,
hingga ke syurga,
semoga persahabatan kita,
masih ada sisa di dunia sana,
kerana itu janji yang maha Esa,
Buat kita semua.


* puisi ni aku create special utk best friend aku, Aina Binti Hisam.. Sanah Helwa yang ke 22 tahun Aina, untuk tahun ini:)