KLIK LA YE

May 22, 2014

Patah Hati

Untuk kita yang patah hati,
Kita takkan mampu untuk memulai sesuatu yang baru
Dengan sempurna
Jika kita belum merelakan untuk tinggalkan yang lama
Sepenuhnya

Perasan yang paling sukar untuk dihadapi
bukanlah rasa patah hati itu sendiri
tapi kenyataan bahawa kau sedang menjalani
patah hati itu sendirian
Dan yang paling mendera perasaan
secara perlahan
adalah kenyataan bahawa kehilangan
begitu menyakitkan

Hidup seharusnya berjalan seperti biasa bukan?
Lalu,
aku mengembara
melihat dunia
aku membaca buku kesukaan ku
aku masak makanan kegemaran ku
aku lakukan perkara yang aku suka
dan aku menulis puisi tentang apa yang aku rasa
demi untuk melupakan kamu
wahai orang yang telah mematahkan hatiku.


-Mita Ari-








May 20, 2014

Murung

Aku punya rasa
kau dan aku langsung tidak punya 
"chemistry" yang aku idamkan
hati aku kau tak mengerti
hati kau juga tidak kau buka 

untuk aku fahami
Jadinya, pabila aku murung
kau juga tidak ketahui
apatah lagi untuk berkongsi

rasa perit di hati
aku takkan merayu
untuk kau mengerti
aku akan terus sepi
kerana aku yakin
jika kau peduli
kau akan cari.

-Mita Ari-

May 19, 2014

Strangers with Memories



Stranger,
Kau perlu tahu ini
Aku tidak pernah gigih membaca bait tulisan yang kau karang
di laman blog kegemaran ramai itu
sehingga aku perlu mencari kisah perihal kau
untuk aku fakta kan kerja penulisan ku
kerana "lady boss" sudah menunggal kepala ku
menunggu "submission" dari aku
perihal maklumat peribadi kau
untuk dihantar ke media yang meminta.

Aku juga bukan peminat tegar
yang membontoti perjalanan hidup kau
yang tekun menonton video-video ciptaan engkau
Ya,
pernah aku tonton
sekali
tapi cuma sampai separuh jalan
aku tekan butang pangkah
aku mengantuk
maaf.

Kau idola ramai gadis di luar sana
punya nama
punya tempat di hati mereka.

Aku gadis biasa
sederhana
tidak dikenali sesiapa
mana mungkin kita bersama?

kau dan aku
Asing
dua hari
untuk satu pertemuan
Manis
tapi aku tahu
kita ini Asing
atau dalam bahasa penjajahnya
"We are Strangers"
"Strangers" secara total.

terima kasih untuk dua hari
hujung minggu
dan saat-saat kita ketawa
dan untuk 'sembang-sembang' 
kita bersama.

ya, aku Gembira.





untuk tanggal 17 dan 18 Mei 2014
Dewan Anuwar Mahmud
UKM, Bangi
#proudofyourxfactor


Mita Ari

May 8, 2014

When you died, a part of my soul died with you.



I remember a time in youth
Brother-sister, best friends, together always.

Cycling, talking all day, laughing to death
oh those were the days.



I remember, together as teens
The fighting and arguing and all in between
The laughing and joking till tears filled our eyes.

Last 23 years,
I love to see your face when you are eating
Sister’s honor, Yes you are a good cook bro       
I love seeing your smile that makes my heart calm
I love talking to you on the phone with your crap talk.

But now, I am missing every single thing about you
Because I have no chance to see your smile
Nor listen to your voice just like when we spoke on the phone before
Your laughter that I can’t get rid out of my mind all this while.


I remember your phone call a day before you left
Obviously your last call, our last time together
But I refuse to answer, because I’m too tired
With the exam and classes
I received your text telling me you are really sick
But still, I reply lightly because I am so sleepy
Until the next morning
Received the phone call we've all come to fear
Still remember those words even after years.


I remember those times each day I wake
Not understanding God's choice in who to take
A brother, a best friend and a good man to all.

I remember you brother always so strong

I pray every day, I hope you forgive me
I thought I could help you, I guess I was wrong.

Happy Birthday to you (8 May)
My pray will always be with you
And my soul will always be part of yours
And our blood related will always be remembered.

I remember a time in youth
Brothers, best friends, together always.

Laughing, Joking, or even Wrestling
oh those were the days.



In loving memory of my late brother, Mohd Zawawi Mohd Isa, Al-Fatihah.
(8 May 1984 - 16 July 2013)
When you died, a part of my soul died with you.



Sarat dengan Rindu,
Mita Ari

May 3, 2014

Asing





Di tengah sesaknya kota raya
mata kita bertaut 
langkah kita terhenti
hati mula berdegup
kencang.

asing sungguh raut wajah itu
tidak pernah kita bertemu walau dalam mimpi
pandangan mata asing yang redup
membuatkan aku diam sepi

mungkin 
kau aku kenali
atau kau hanya sang arjuna asing
yang pernah hidup dalam memori aku
satu ketika dahulu.

akalku ligat berfikir
mencari-cari identiti wajah teduh itu
dapat aku rasakan
kau pernah menjadi sebahagian
daripada memori bahagiaku.

persoalan tidak pernah susut
akalku tidak pernah berhenti mengingati
tapi yang aku mampu 
hanya satu memori kabur 
tidak pasti.

lalu aku nekad tidak mencari
biar saja aku hidup dengan memori yang ada
kerana aku percaya
jika benar kau betul peduli
kau akan cari.




Mita Ari

Stranger

Dear you,
If you saw me on the street 
Would you stop and talk to me
Or would you look right past me
A stranger you never meet.

*wondering 





Mita Ari