Stranger,
Kau perlu tahu ini
Aku tidak pernah gigih membaca bait tulisan yang kau karang
di laman blog kegemaran ramai itu
sehingga aku perlu mencari kisah perihal kau
untuk aku fakta kan kerja penulisan ku
kerana "lady boss" sudah menunggal kepala ku
menunggu "submission" dari aku
perihal maklumat peribadi kau
untuk dihantar ke media yang meminta.
Aku juga bukan peminat tegar
yang membontoti perjalanan hidup kau
yang tekun menonton video-video ciptaan engkau
Ya,
pernah aku tonton
sekali
tapi cuma sampai separuh jalan
aku tekan butang pangkah
aku mengantuk
maaf.
Kau idola ramai gadis di luar sana
punya nama
punya tempat di hati mereka.
Aku gadis biasa
sederhana
tidak dikenali sesiapa
mana mungkin kita bersama?
kau dan aku
Asing
dua hari
untuk satu pertemuan
Manis
tapi aku tahu
kita ini Asing
atau dalam bahasa penjajahnya
"We are Strangers"
"Strangers" secara total.
terima kasih untuk dua hari
hujung minggu
dan saat-saat kita ketawa
dan untuk 'sembang-sembang'
kita bersama.
ya, aku Gembira.
untuk tanggal 17 dan 18 Mei 2014
Dewan Anuwar Mahmud
UKM, Bangi
#proudofyourxfactor
Dewan Anuwar Mahmud
UKM, Bangi
#proudofyourxfactor
Mita Ari