KLIK LA YE

May 22, 2014

Patah Hati

Untuk kita yang patah hati,
Kita takkan mampu untuk memulai sesuatu yang baru
Dengan sempurna
Jika kita belum merelakan untuk tinggalkan yang lama
Sepenuhnya

Perasan yang paling sukar untuk dihadapi
bukanlah rasa patah hati itu sendiri
tapi kenyataan bahawa kau sedang menjalani
patah hati itu sendirian
Dan yang paling mendera perasaan
secara perlahan
adalah kenyataan bahawa kehilangan
begitu menyakitkan

Hidup seharusnya berjalan seperti biasa bukan?
Lalu,
aku mengembara
melihat dunia
aku membaca buku kesukaan ku
aku masak makanan kegemaran ku
aku lakukan perkara yang aku suka
dan aku menulis puisi tentang apa yang aku rasa
demi untuk melupakan kamu
wahai orang yang telah mematahkan hatiku.


-Mita Ari-