KLIK LA YE

May 3, 2014

Asing





Di tengah sesaknya kota raya
mata kita bertaut 
langkah kita terhenti
hati mula berdegup
kencang.

asing sungguh raut wajah itu
tidak pernah kita bertemu walau dalam mimpi
pandangan mata asing yang redup
membuatkan aku diam sepi

mungkin 
kau aku kenali
atau kau hanya sang arjuna asing
yang pernah hidup dalam memori aku
satu ketika dahulu.

akalku ligat berfikir
mencari-cari identiti wajah teduh itu
dapat aku rasakan
kau pernah menjadi sebahagian
daripada memori bahagiaku.

persoalan tidak pernah susut
akalku tidak pernah berhenti mengingati
tapi yang aku mampu 
hanya satu memori kabur 
tidak pasti.

lalu aku nekad tidak mencari
biar saja aku hidup dengan memori yang ada
kerana aku percaya
jika benar kau betul peduli
kau akan cari.




Mita Ari