KLIK LA YE

April 25, 2011

Quick Update Dari Aku!!

HYE!!

Quick Update dari aku.  nak "pergi" holiday yang aku maksudkan dalam entry before ni adalah pergi balik campus sambil holiday..haha..boleh x??  alaaa, alang-alang balik campus untuk hantar report dan presentation bukannya ambil masa lama.  dalam 2 hari settle la semua.  then, boleh la berpoya-poya gitu..hee..:D

Okay...
Australia Junior Masterchef dah tamat!!  Semalam dah diisyhtiharkan who is the 1st Junior Masterchef in Australia.  the winner goes to Isabella, a 12 years old kid.  she's is really awesome.  she's a good cook, she can cook well, and the way she puts her feeling on her cooking was so sincere.  aww, i love u Isabella..hehe..  Congratulation to u.  and all the best and have a blast in future..:))

then,  Thanks to Ben Ashaari sebab follow this blog.  unbelievable and unpredictable yang Beliau akan follow this blog sebab aku pernah comment blog dia adalah beberapa kali, itupon bila aku rasa entry dia bagus.haha.  boleh dikira dengan jari tangan je, sebab xpernah sampai 10 kali pon. haha..  but apa-apa pon, big thanks to you Mr Ben Ashaari.  and, maybe lepas ni aku akan selalu la jenguk blog dia dan tinggalkan comment.. Insyaallah:)

Harini agak bz sebab barang-barang belum packing lagi, aku nak pergi for 2 weeks je tapi aku nak bawak barang macam nak pergi setahun. Mak cakap,  "selagi mau barang kakak nak hangkut, dah tak nak balik sini dah ke??"  haa, amek kau..kena perli makan dalam dari mak. hehe.  bukan apa, aku memang tak pandai packing barang.  sebab aku jenis yang tak boleh nak tinggalkan barang-barang aku.  kalau boleh aku nak bawak je semua. even at the end aku tahu barang tu bukan semua aku guna. haha.  tapi aku jenis yang susah hati kalau tinggalkan barang-barang aku.  so how??  dari semalam da 3 kali aku punggah and kemas balik barang-barang aku.  NAYA-NAYA!!

pagi-pagi lagi aku dah bangun hari ni sebab nak pergi pasar.  nak beli daging.  plan nak masak rendang daging and sambal tumis petang nanti untuk bawak balik Campus, sebab member aku kat campus teringin nak makan rendang dengan sambal.  kat sana susah sikit nak masak-masak ni.  sebab kami duduk kat kolej kediaman which is ada bilik je, takda keperluan macam kat rumah.  so bila nak masak-masak agak susah laa.  masak petang sikit sebab flight pagi esok so kalau masak malam ni pon sempat je lagi kan..kikiki..  erm korang nak tau tak, aku tengah belajar baking sekarang.  plan nak lawan  aina gorgeous my bff yang memang hebat dalam cooking and baking.  owwhh ya bila time semester break je banyak gila tempahan cupcake yang dia dapat okay..  and her cupcake was so sugary, smooth and "SODAAPPP" ..hehe..  so untuk membuat dessert and cupcake yang sedap dan mampu mecairkan ramai anak tekak dan perut manusia yang suka makan, i;m trying hard and give the best as i can to produce a very lovely dessert and cupcake. makan je koje aku, mana tak gemoknya..adooi.. :p

erm, yup Report for my Industrial Training  has been completed. Well done Husna!!haha..  but my presentation slide show still in the progress sebab aku MALAS nak buat. haha..  tapi kena siapkan jugak, coz i got presentation on 28 ni.  hopefully, everything goes smoothly.  do pray for me coz this is my last semester before i graduate. hehe.  yang penting 2minggu aku kat sana tujuan utama nak berpoya-poya dan berlibur dengan member-member tersayang..  Rindu Teramat ni..hehe..;p

Sadly, i can't go to Pesta Buku this year.  sangat sedih sebab pesta buku jatuh pada tarikh dan jangkamasa yang tidak sesuai even aku dah try untuk selitkan "pergi pesta buku" dalam schedule planning aku...  tapi TAK DAPAT!!!isk..isk..  tahun depan jela pergi ya.  baru plan nak cari a few books yang aku dah list kan.  tapi takpa, mungkin bukan rezeki..  And, I really need to go for shopping.  i desperately need a therapy now.  nak pergi massage kat spa, facial, shopping, beli buku baru, and macam-macam la.  haha.  tapi nafsu perlu dikawal sebab sekarang tengah banyak pakai duit.  nak sambung study lg end of this year.  kena saving lagi.  adoii...Dugaan:))

owwhh ya, Japan sekarang dah beransur pulih.  alhamdulillah.  Japan adalah tempat yang aku mesti pergi one day!! MESTI!! jelous dengan kakak and her family yang dah pergi kat sana a few times.  huwaarrrgghh.. Dengki dengan anak-anak buah aku yang still kecik tapi berpeluang pergi travel sana sini.  kikiki..  erm, harap Japan terus tabah dalam teruskan hidup in future.  owwhh ya, Korang boleh lagi terus menyumbang if tak silap aku.  before ni aku ada buat entry pasal this crisis, boleh tengok dekat entry Please and if nak menyumbang boleh buat sumbangan thru entry aku yang ini, Anda masih Punya Belas Kasihan..hehe..  Tak sure boleh terus menyumbang ke tak, but if still boleh Sumbang la ya...Kalau bukan kita yang nak tolong mereka siapa lagi.  kita kan bersaudara semuanya. hee...:)

and, Good news,  i got an interview on this 30th April..  interview untuk sambung belajor lagiiii..haha..  luckily tempat interview kat U aku sekarang ni jugak.. so conclusionnya aku balik campus ni untuk tujuan hantar report,presentation, and sambil bercuti-cuti terus pergi interview laa...  2 minggu je kat sana..kejapnya rasa.:((
 Wish me gudluck and doakan aku yaaa!!

hee..  ini aku masa zaman-zaman pergi kelas.. haha.. pakai baju kurung pergi kelas memang pilihan bijak sebab senang nak bergerak dan selesa, tak payah nak susah-susah.  lagipon pergi kelas je, tak payah nak cantik-cantik sangat.  make-up pon kalau boleh tak payah pakai!!Senang!!ngee:p

 kat belakang kelas  ni..  lect tengah lecture aku pergi ngadap kamera buat aksi "retatded" macam ni..:p
Skema je kami pergi kuliyyah!! saya dan Tehahaha:p
ini candid yang paling aku suka.  captured by kawan saya bernama 
Merleeni Bulan..  Unik kan nama orang sana??hee..:))

oklah, till here...with love!!
see u in next entry soon...  nak pergi settlekan everything that i have started:)
and Please RINDU AKU yaaa!!
Bye..


live your life to the fullest!!  : Schubert Serenade($_$)

April 24, 2011

Aku dan Perancangan Hidup:)

Hye, sebenarnya dah lama aku nak post satu entry dengan menggunakan "saya" tapi tak kesampaian sebab selama ni aku rasa macam poyo pulak bersaya-saya ni.  tapi hari ni aku macam seronok pulak menaip menggunakan "saya"..hehe...macam sweet and such a good girl pulak.. kikiki..  act, aku tengah prepare soalan untuk student-student sekolah rendah aku untuk soalan selama 2 minggu coz im not going to teach them for two weeks.  sebab aku ingin terbang..  terbang ke awan biru..hehe..  ahh mesti aku akan rindu mereka, even aku tidak dibayar untuk mengajar mereka tapi aku ikhlas sebab mereka budak kampung aku sendiri, kalau bukan aku dan rakan-rakan yang jadi volunteer sapa lagi nak tolong mereka kan.  lagipon mereka sangat adorable dan rajin belajar. i loikee okay:)

jom baca entry saya dan pilihan masa depan.  dont mock ok..hehe..:p
Lets start:-

Kalau saya diberi peluang untuk pilih jalan hidup dan diberi peluang untuk terus melaksanakannya tanpa ada apa-apa halangan.....  saya pilih untuk bina hidup saya dan keluarga saya kelak dekat luar negara.  tempat yang paling tepat untuk saya didik anak-anak saya kelak, saya rasa mungkin negara Cina, Jepun atau Australia...  saya perlukan seorang lelaki yang ada foundation in faith sudah semestinya.  seorang yang boleh membimbing saya dan anak-anak dengan all basics yang perlu ada in life..  Mak ada cakap, "kejarlah dunia dengan bersungguh-sungguh, Tapi jangan tercicir Akhirat"...  mak sudah menjalankan tugas mendidik saya dengan sebaiknya, sampai saya sudah besar dan dewasa sekarang ni.  mak ajar saya memasak, buat kerja rumah, baking, menjahit dan paling penting mak yang didik saya dengan ilmu agama sebaiknya.  mak gunakan paksa tanpa rela pada kami adik beradik.  contoh, setiap hari Khamis malam jumaat, kena mengaji dan baca yassin.  WAJIB..  sebab mak cakap, kalau mak tak kerah dan jadikan routine dalam hidup anak-anak mak mesti anak-anak mak culas dalam melakukan perkara-perkara wajib.   tapi mak tak pernah paksa untuk baca Quran setiap hari, lainla waktu kecik kita pergi mengaji, tiap-tiap hari kena pergi  kelas agama.  even sabtu dan ahad.  penat woo kecik-kecik dulu.. hikhik..  tapi Betul la apa yang mak cakap tu.  alhamdulillah kalau saya pergi ke shopping complex(sebab saya suka gila bershopping) atau punya aktiviti yang menyekat keinginan saya untuk melewat-lewatkan solat, saya tetap bersolat.  sebab kita dah terdidik untuk menjalankan tanggungjawab kita as a muslim even its not good enough.  bila perkara tu dah jadi darah daging, kita akan rasa serba salah bila kita tinggalkan Dia kan??  macamtulah konsep yang mak saya ajar.  mula-mula kena gunakan kerah dan paksa lama-lama kita sendiri akan jadi ikhlas.  sama macam bulan puasa, kalau kita tidak berpuasa tanpa sebab yang munasabah pada bulan puasa, orang akan pandang serong sebab Puasa tu adalah routine.  routine tahunan kita.  kita perlu buat dan laksanakan.  ikhlas atau tidak itu antara kita dengan Allah.  semua ni terjadi sebab kita dah terdidik dengan cara hidup kita yang secara azalinya dalam cara hidup islam.  kita ada pegangan..  disebabkan pegangan ini saya merencanakan "plan" dalam hidup saya.  dan salah satu plannya saya ingin bina keluarga dan hidup di luar negara..  saya ingin tamatkan belajar saya kelak.  lepastu saya ingin bina kerjaya dan keluarga.  kalau diberi peluang saya ingin bekerja sendiri, sebab saya perlukan privacy dalam hidup even dalam bekerja, dan saya taknak terlepas pandang untuk lihat anak-anak saya membesar kelak.(bila saya sudah kahwin la kan):p

saya dalam proses untuk jadi seorang wanita yang dapat membantu suami saya kelak dan jugak dapat menjadi seorang isteri yang boleh melakukan semua kerja dan tanggungjawab.  saya punya cita-cita juga.  and i need to be one of the multitasking person. macam kakak dan abg ipar saya, owh ya abang ipar saya berasal dari keluarga yang tiada agama.  kakak saya berjaya menjadikan abang saya seorang yang beragama islam kini.  seorang lelaki yang pada azalinya tidak punyai pegangan tetapi sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk pergi menuntut ilmu dekat sekolah pondok even masa tu abang ipar saya sudah berusia 27tahun dan bergelar seorang pensyarah pada ketika itu. tetapi, dia gigih dan tidak malu pada persekitaran, sekarang dia sudah boleh mengimamkan solat dan sudah selayaknya mengajar anak-anak mereka mengaji dan perihal agama..  alhamdulillah, dan sekarang mereka hidup bahagia....:)
Kenapa saya pilih untuk bermaustatin dekat negara luar?? maksud bermaustatin saya bukanla untuk selamanya tapi mungkin untuk satu period yang sampai pada satu tahap saya rasa puas hati dengan kehidupan saya.  saya mahu anak-anak saya terdidik dalam kondisi keluarga islam di luar kerana rata-rata penduduk negara luar bukan beragama islam (kecuali negara-negara islam), jadi saya rasa ianya adalah lebih mudah dan senang untuk saya dan "suami" saya kelak untuk didik anak-anak kami kerana andai anak-anak saya terlebih bijak dan petah berbicara dan bisa mengeluarkan soalan-soalan maut berkaitan untuk saya dan "suami saya kelak", saya punya jawapan dan contoh jelas di depan mata.  sebagai contoh kalau anak saya bertanya "  kenapa kita kena pakai tudung dan orang :putih" tu tak payah pakai tudung??"  saya boleh terus bagi perbezaan bahawa kita berlainan agama dan agama kita adalah yang sebenar-benarnya.  dan itu yang membuktikan kita dan mereka yang masih berada dalam zaman Tudor..hehe..  no offences, hanya sekadar contoh.  jadi bila anak-anak saya sudah dewasa, mereka sudah terbiasa dengan didikan perbezaan ketara diantara islam dengan agama lain, dan mereka sudah jadikan routine as a muslim tu sebagai darah daging.  itu menjadikan mereka punya foudation in faith yang kukuh kelak.  bila mereka sudah boleh berfikir baik dan buruk untuk diri mereka, once mereka lihat orang islam tapi berperangai seperti orang bukan islam, mereka sudah boleh fikir dan judge sendiri.  jadi saya tidak perlu risaukan mereka bila saya sudah buat keputusan untuk kembali ke negara sendiri.  ini kerana saya sendiri tidak mungkin mampu untuk didik anak-anak saya dengan sebaiknya kalau saya memilih perancangan hidup dalam negara sendiri.  bukan kerana orang-orang tidak bagus, tapi kerana saya sendiri yang tidak cukup bagus.:)

tapi, kita kan hanya mampu merancang, Allah yang tentukan semua.  Everything is fated kan, and kita sebagai manusia tidaklah perfect mana dan akan ada satu tahap nanti kita akan rasa satu feeling dimana you wanna get rid all of the nonsense.  dan kita nak penuhkan hidup dengan all good things and basics in life.  macam kita letakkan kan dua gelas berisi air, satu air yang penuh lagi satu air separuh.  saya berada dalam keadaan air yang separuh tu. dan say perlu cari lagi separuh untuk lengkapkan diri saya.  betul tak??  cuma cara kita menerima hidayah dan petunjuk Allah tu je yang masih belum sampai sepenuhnya.  saya baru berusia 21 tahun dan masih jauh lagi perjalan hidup jika diizinkanNya.  masih banyak yang saya belum explore dalam hidup.  jadi saya mahu pergi merantau ke banyak negara, mahu timba pengalaman dan rasai kehidupan yang bebeza.  saya mahu live my life to the fullest sebab life is just perfectly wonderful dan beautiful...  kan?? so, apa lagi go and get your life!!  hargai setiap masa dalam hidup sehabis baik...  jangan sia-siakan tiap-tiap masa yang kita ada.  beranikan diri untuk pelbagai perkara dalam hidup dan beranikan diri untuk kenali  berbagai ragam manusia selagi kita mampu.:)

~tamat untuk "saya"~

tiada apa-apa sangat pon yang aku nak tulis kali ni.  macam biasa masih cerita tentang aku.  oowwhh ya, i really wanted to post this kind of entry before tapi tidak kesampaian.  sekarang sudah selamat dipostkan. hehe..
these are some quotes untuk tatapan anda okay!!  ingat no offences ye:)













please enjoy reading this ok.  jom ikut aku pergi holiday for two weeks!!  aku akan berjauhan dengan blog untuk 2 minggu tapi akan aku jengah juga.  flight aku untuk "pergi" hari selasa ni, so jangan rindu-rindu aku ya..!!:))..nanti aku share gambar cuti-cuti cuci mata aku dengan korang semua okay!!
  


people change, and things change too.. Schubert Serenade:)

Tiba-Tiba aku mengambil Tindakan..haha..(*_*)

Hye!!
Boleh tak korang anggap entry kali ni as a letter.  Macam satu surat yang korang terjumpa dalam botol yang dah digulung cantik.  Satu luahan yang ikhlas.  Boleh tak??hehe.. macam novel “Message in a Bottle” karya Nicholas Spark tu.  awww, I love Nicholas Spark.. hehe..  ~tiba2 je..:)

Okay.  Lets start :-
Isi surat dia berbunyi…..:-

Tujuan aku berblog sebenarnya bukan untuk jadi famous atau peroleh ramai follower..  aku suka berblog sebab aku anggap ianya macam diari peribadi dimana dalam blog ni aku lebih bercerita pasal diri aku je.  Jarang sangat aku nak bercakap pasal orang lain kecuali benda tu betul dan aku rasa aku takkan menyinggung banyak pihak.  Aku masuk dalam dunia blog ni sebab blogging sangat-sangat membantu untuk kita throw and spill everything yang kita rasa dalam cara yang hanya kita yang faham.  Aku tak mintak untuk orang faham aku, aku jugak tak mintak orang untuk follow dan komen blog aku.  Honestly, aku suka sangat baca blog-blog orang lain, tapi aku jarang komen, atau lebih tepat aku hanya komen bila rasa perlu.  And aku memang tak suka follow blog orang yang aku taw at the end aku takkan jengah and baca pon.  Blog yang aku follow sikit je.  Tapi aku jengah and baca blog-blog mereka ni.  semua orang mampu menulis, menzahirkan idea dengan baik and pendapat-pendapat mereka semuanya bernas.  Bijak pandai betul orang-orang kita ni kan?? Tapi sedih, sebab cara mereka menegur tu bagi aku kurang sesuai.. aku jarang comment tapi bila aku comment aku akan fikirkan semua.  Yup semua-muanya.  Dari segala aspect emosi dan rohani gitu..kiki..   Aku pergi komen blog orang bukan dengan harapan untuk orang datang komen balik kat blog aku atau follow balik blog aku ye.  Aku tak mintak system barter..hehe.. tapi pada yang sudi komen,terima kasih.  Saya menghargainya.  Harap korang ikhlasJ

Erm tadi, aku on9 Fb macam biasa.  2 minggu lepas kalau tak salah aku, aku like a few pages yang aku rasa agak bagus and agak menyeronokkan untuk tambah member-member kan.  Best bila bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea ni, sambil eratkan ukhuwah persahabatan gitu.  Erm, owh ye aku cuma join dua laman social je iaitu Fb and Blogger..   dua sahaja dari dulu sampai sekarang.  Aku tak reti punya banyak laman social, aku xreti nk handle.  Maksud aku aku jenis yang focus pada satu-satu dahulu.  Ramai kawan-kawan aku cakap aku LAME sebab tiada tweeter, tapi its okay, LAME je pon.  Bukannya menyusahkan diri kan?? Agak-agak aku sudah boring dengan fb nanti aku bla la kepada tweeter pulak ok..  owhh yup, balik pada topic.  Antara pages yang aku likes tu adalah:

1.       >> Kakibahan,Kaki Like,Kaki Surau, Kaki Bola dan semua adik beradik kaki laa..
2.       >> GengAkalTunjang (^_^)
3.       >> Anti Page Pencarian Perempuan Hot & Lelaki Stylo, Page Pencarian Perempuan Hot & Lelaki Stylo,  Page Pencarian lelaki Sweet dan Awek Bertudung.(okay, 3 pages ni yang aku tak tau kenapa aku like..takda motif…saje suka-suka..)
4.      >>  Pengelike Tegar, Tangan Like…  semua page laaa aku like senang cerita..(^_^)

1
Ini diantaranya.  Erm, okay straight to the point.  Pada mulanya, ok aku rasa seronok dengan page-page ni sebab bila boring, boleh bertukar pendapat yang bernas dengan diorang.. Memang best.  Tapi tu mula-mula dulu jela..  Tapi tadi dengan rasminya aku dah unlike balik a few pages sebab cara mereka komen, post status, sangat-sangat la Skeptical dan bersifat Judgemental.. tapi a few jela..  banyak lagi yang masih dalam simpan “LIKES” aku.. macam kaki surau, kaki bola and yang lain-lain, they are still standing on the right track..  aku rasa la..  mungkin sebab mereka lebih enjoy dalam berFB dan tak terlalu tegang dalam bersuara even mereka adik beradik je dengan semua pages yang "Kaki" ni..  So I just love them.  hehe..  lagipon semua status dan komen-komen kat page-page yang aku like ni aku baca dan hanya jadi silent reader. Kadang-kadang komen la kan, tapi bila perlu dan bila topic mereka light dan easy…  Tapi entahla makin lama aku rasa makin hambar je semua pages ni.  mereka sangat outspoken,  mereka mahu tegur orang tapi cara mereka salah..  biarkanla mereka dengan cara mereka,  aku tak layak nak tegur orang. .  Cuma aku rasa sedih, sedih bagi pihak orang yang dibahan sebegitu rupa.  Walaupun benar mereka sebegitu rupa.  Tapi banyak lagi cara lain nak tegur kan.  Entahla.  Kita masih berdiri kukuh dalam hidup ni even kita tau yang Life is unfair.  Erm, Sekarang aku lega, sebab tak perlu baca status-status dan komen-komen mereka yang tidak menjaga maruah orang lain.  Sedih untuk tinggalkan page-page tu sebab mereka sangat fun, tapi nak buat macam mana, aku ni manusia biasa.  manusia yang tak lari dari bersifat judgemental.  So taknak la menjebakkan diri pada perkara-perkara macam tu.  nanti aku judge orang, aku kutuk orang, aku yang berdosa kan.  So better I leave those groups.  Sama la macam situasi rasuah, kerja dekat BPR. Tapi niat kita nak tolong basmi rasuah, tapi at the end kita dituduh ambil rasuah padahal tak pernah terlintas nak ambik pon.  So better berhenti kerja, pilih jalan kerja yang lain.  Biarla orang nak cakap kita pengecut tapi kadang-kadang berdiam diri dan tidak menjawab atau menghentam tu lagi baik mungkin…sigh… 
Tapi tanpa manusia yang berbagai ragam ni kita takkan dapat experienced life yang sooo much fun and kita takkan berani untuk explore perkara-perkara baru.  Kalau mereka-mereka yang berani bersuara ni tiada, dunia ni kucar kacir and hidup kita akan jadi Boring la kan.  So, positive side dia, kita semua saling memerlukan.  Untuk melengkapi kitaran hidup.  Cuma cara kita lalui dan terima semua keadaan dalam hidup ni yang berbeza..  betul tak??hehe…entahla!!:D
  
Semua ni hanya sekadar throw and spill dari aku.  Sekarang, I just live my life to the fullest.  And you guys too..  Please take care and live well..  Pada yang aku terkasar bahasa dan terlanjur kata, Aku minta maaf ya...  No offences ye(^_^)



ppsstt..kita UNLIKE dekat FB je...dekat Blog kita sukaa...big huge FANS awak semua ye Blogger-Blogger:)
Surat TamatJ

I’m not good as a Human yet, neither as a Muslim thou… :  Schubert Serenade ($_$)

April 22, 2011

Kalau Korang Bosan atau SAKIT HATI, Korang Buat apa???

kalau korang susah hati, sakit hati, touching lebih, punya masalah, hati remuk atau seangkatan dengannya, KORANG BUAT APA???  aku??  1st aku akan call emak, menangis dekat mak.  cerita semua sebab emak orang paling rapat dengan aku...lagipon aku kalau terasa hati atau ada probs, aku suka diam.  diam sambil kerut2 dahi,  haa maksudnya aku ada prob la tu.. haha.. 2nd, kalau rajin lepas solat yang wajib mak selalu pesan buat solat sunat.  mengadu and minta pada Allah tenangkan hati kita.  lagi pon doa tu kan WIRELESS..  Allah faham doa kita tak kira dalam apa cara sekalipon.hee... erm, lagi satu cara nak recover hati yang sakit ialah dengan MENANGIS..  menangis sambil tutup muka dengan bantal sebelum tido, nangis slow2 and telinga sumbat dengan earphone dok layan lagu sentimental....haa jiwang tak GUA??  jiwang kan...  elehh budget korang xjiwang...  xpayah la nak tipu..  semua orang at a certain time akan ada time nak jiwang2 lovey dovey ni kan?? LELAKI juga tak terkecuali...hehe..:p

haa..  itu salah satu options dia la..  tapi MENANGIS sangat2 jarang aku lakukan..kiki..  aku lebih prefer pergi melantak banyak2 sambil dok tengok tv atau movie yang aku penat dok download selama ni..  kalau agak2 aku dah kenyang pon time tu, aku tetap melantak jugak..  paling2 cikai aku makan ice-cream banyak2.  sebab bila aku dah kenyang aku akan tidoo.. haha.. bila tido aku lupa kejap prob aku, tapi bila bangun tido aku dok susah hati balikk..hehe..  options lain aku suka ialah menjerit, terpekik melalak dalam air... cara dia, masukkan kepala korang dalam satu bekas air yang besor, pastu jerit la..  ini option yg aku buat kalau xhujan.  kalau hujan lebat aku mandi hujan je, pastu aku jerit la macam orang gila dalam hujan..serious!!  aku buat benda ni.. KORANG PERNAH BUAT??haha...try laa..make sure jangan lemas okay!!  or last options aku suka freaky face depan camera, dok posing macam orang gilaa... posing la segala bagai pastu gelak sorang2 tengok balik pic2 yang dah diambil tadi.  tapi selalunya bila bosan baru aku buat macam ni.  kalau sedih MEMANG TAK la nak pergi rakam MUKA TOYA tengah sedih tu kan..  BUROKKK dowhh MUKA NANGIS.. haha.. tapi Last2 agak2 dah sakit hati sangat aku nangis je, meraung2..haha.. 

erm, tapi benda alah kejadah semua ni aku xdalah buat depan orang even family aku.  its happened without a trace la gitu..hehe..  semua orang ada cara sendiri sebab manusia ni berbeza.  kita manusia ni UNIK bukannya PELIK..  Lagi satu cara yang memang terbukti mujarab, berkongsilah masalah korang tu dengan sahabat korang.  member2 adalah tempat terbaik untuk beri pandangan sebenarnya.  sebab member2 la yang paling bersifat judgemental.  so baik buruk kita dia dapat concludekan dengan cara yang mudah untuk kita terima..  okay?? thats it..  how bout  you guys?? i wanna know yours jugakk.. meh share apa yang korang buat bila ada probs..ada yang akan drive kereta laju2 tanpa arah bila tengah ada probs atau sakit hati.  ada jugak yang akan pergi cari sumtin yang boleh dipukul dan sepak terajang untuk lepas geram..macam2 kan!!hehe..  so, ce crite kome punye...:))

haa..godek2 folder album yang ada kat lappy tadi, then jumpa folder webcam yang aku dok posing sorang2 masa aku tengah not really in good mood pastu aku bosan nak mampus time ni..so, lebih kurang sama macam ni la situasi aku bila aku rasa nak berwebcam..haha..
 starting mestila pic yang ala2 sweet gitu...:p


Gloomy!!

 RETARDED
member aku cakap aku cacat...haha..YE KE??
muka Scary nak mampos!!macam Clown ok!!haha..

lokasi:  Airport sebelum masuk flight..^_*.
situation:  time ni flight aku delay 2 jam..bosan gila..yela aku bukan main excited overboard nak balik tanah tumpah darah tercinta time semester break, flight schedule pulak buat hal pulakkk!!huwaaa...
ppsstt:  semua org sekeliling macam kasi pandangan Sarkastik.. nak tuduh aku Gilaa la tu... member aku si Tehahaha pon ada together dengan aku time ni, tapi dia tengah busy on call.. huhu..  
tapi aku peduli apa..janji aku bahagia!!haha^_*
nasib baik abang-abang stewards sangat handsome then!!hehe...:))


kegilaan terlampau:  Schubert Serenade($_$)

April 21, 2011

Appreciate Your Love...Your Woman...:)



While you SCREAM at your woman, there's a

man wishing he could whisper softly in her ear... 
While you

HUMILIATE,

OFFEND and INSULT her, there's a man flirting 

with her and reminding

her how wonderful she is. While you HURT your 

woman, there's a man

wishing he could love her. While you make your 

women CRY there's a man.....

Stealing Smiles from her:)

loves are....



good boyfriends don't lie, cheat, hit, or hurt their girlfriends ♥
Trust takes years to build, seconds to break, forever to repair..

You never really know what you've got till It's gone.


‎"NO MAN WOMAN CRY. 

NO WOMAN MAN DIE"

Pretending to smile even though it hurts inside : Schubert Serenade ($_$)

April 20, 2011

I hate it when my Fav song turned to be my Bad Memory.....

Listen to this Acoustic Song..Just the Way You Are..
this song is for all of you Guys....
well, Life is so stressed out!! :(( 


Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are....

aku sangat2 la pathetic sekarang ni....just like this picture...

You ruined my fav song and turned it as my bad memory when i listened to this song...
Thanks To You!!!! okay...bye..

Love is the person you think about during the sad song:  Schubert serenade :(( 

April 14, 2011

ME AND LIFE...AGAIN...(-__-)


hye!!!


















bye!!!

Reality bites and truth hurts : Schubert Serenade ($_$)



April 13, 2011

Aku pon Street Kid jugak!!!

hai...(^_^)

Skate ni tak salah tapi life yang comes with it tu yang out of the track.  Cuba fikir, most of the life bagi street kids ni betul-betul ke stay still on the right track??  Betul ke street kids ni dah cukup faoundation in faith??  Jangan tipu dengan cakap “ kami hanya main skate tapi kami tak buat big Crime”..  huh, yup memang benar ada segelintir yang hanya main untuk suka-suka, tapi most of them main sehingga obses with the life yang datang sekali dengan dunia skate ni, sampai boleh missed all the basics of life tu sendri...    korang semua pon tahu kan life most of the street kids ni macam mana..  tapi aku tak nafikan jugak masih ada segelintir remaja-remaja jalanan ini yang masih mempunyai foundation in faith yang boleh dikatakan kukuh.  Cuma mungkin kerana pencintaan mereka terhadap dunia street games atau kebanyakkannya tergolong dalam sukan Ekstream ini sangat la tinggi menjadikan mereka street kids yang berpijak pada bumi yang nyata.  Erm, maybe yang ini bagus, bagus kerana masih ingat asal usul dan berada di landasan yang sewajarnya.:))

erm, street games ni macam2, skateboarding, flatland, rollerblading, street dance, hip hop, B’Boys and B’Girls, even street musician pon dikira street games jugak..  tapi bukan semua activity ni yang salah, tapi orang yang terlalu obsess sehingga lupa akan semua basics yang perlu ada dalam seorang “Muslim” tu yang menjadikan mereka lari dari tanggungjawab. Bagi yang tahu menggunakan peluang dengan join skateboarding ni dan jadikan ianya sebagai salah satu sukan its good sebenarnya.  Ada je peluang untuk mereka yang cintakan dunia street games ni.  mereka boleh je join X-Games yang saban tahun diadakan di Malaysia and Asia.  Atleast dapat jugak benefit and kira worth it la korang patah riuk berhabis duit segala bagai kan.  Kalau korang tahu caranya dan again stay still on the right track, why not korang give it a try kan?? 

Erm, Pengalaman mendewasakan kan kita.  Percaya tak??  BETUL..  memang pengalaman sangat mendewasa dan mematangkan kita…contoh terdekat, Abang aku, abang E kami panggil dalam keluarga.. dulu dia jugak sekorang skater, rajin pergi main and ikut event2 kat Ipoh.  Masa dia muda remaja setahun jagung.  Sekarang dia dah tinggalkan dah semua tu.  usia makin dimamah waktu, sekarang dah berumur 32 tahun.  Tua sangat dah untuk main benda2 macam gini…  tapi Sukan dengan Abg E boleh dikatakan INSEPARABLE.  Tak boleh berpisah langsung.  Sekarang dia mengajar dekat UiTM Shah Alam, mengajar Sport Science.  Tapi sukan yang die lead sekarang Renang dan Bola Baling..  bukannya skateboarding. Haha..  masih ingat lagi dulu, abang E sanggup kumpul duit beli deck skateboard. Murah je. Yang standard cap ayam tu tapi tahan lama..  sempatla dia belajar main skate dari bertatih, merangkak sampai boleh terbang2 jugak laa.. tapi kejap je dia get serious dengan this street game, lepas dia dah mula bekerja dia tinggalkan semua. Tiada masa depan dia kata.  Abang kena focus untuk bina masa depan yang terjamin.  Sekarang anak dah tiga orang okay and dah ada business sendiri disamping kerja makan gaji,heee!! Alhamdulillah..*tumpang bangga untuk abang sendri:)

Act, aku sendiri pon suka tengok sukan2 macam X-Games ni.  Best!!  Salah satunya flatland dengan skateboarding.  BEST GILA bila tengok expert2 ni beraksi rasa macam PUAS GILAA!!  Tapi sampai sekarang aku belum lagi berpeluang pergi X-Games tengok live punya. Huhu..maybe soon aku akan pergi jugak.  One dayJ

Kalau ikutkan, feymes2 expertise dalam bidang skateboarding ni ramai sangat and bukan semua aku kenal, tapi adalah a few yang aku suka tengok bila diorang beraksi contoh dia, Tony Hawk, Rodney Mullen, Jereme Rogers, Omar Hassan and antara yang legend ofcourse la Bruce Walker kan…  tak lupa jugak legendary of Malaysian, Pa’din and Joe Ipoh.  Mestilah korang kenal diorang berdua ni kan??  Expertise kot!!  Aku xpernah lagi jumpa face to face tapi aku kenal muka diorang, cuma diorang je tak kenal muka aku. Haha..:p

 Omar Hassan kott!!(*_*)

ini takkan korang xkenal kan?
sumber dari homhom:))

 Bruce Walker..Long Lives Old'School Skater:)

deck yang dah raban nak mampos...
gambar hiasan...kikiki:p

Actually tak kesah sangat pon life apa yang korang pilih dan macam mana korang handle life korang as long as kita still lagi berdiri di atas landasan yang betul.  Masih sedar diri dan tidak terlalu obsess dengan sesuatu okay.  Masa kita tengah2 muda remaja ni memanglah kita rasakan hidup hanya untuk enjoy tapi nanti one day akan ada satu tahap dimana kita akan rasa nak get rid all of the nonsense.  Nak buang perkara2 tak berfaedah dalam hidup kita jauh2.  Nak start over untuk kehidupan yang lebih terjamin kedudukan di sisNya, betul tak??heeJ
Erm Take it easy Dude!!  Mai sini belajar dunia skateboarding.  Ni ada a few skate tricks yang aku tau n adalah belajar sikit2 Cuma tak pernah main je.  Setakat nak buat Ollie tu aku lepas la kot..hehe..

Act, Tricks untuk skateboarding ni ada banyak…banyak sangat2 and kalau tak merasa patah riuk berkorban masa dan wang ringgit memang susahlah korang nak khatam semua tricks2 dia ni.  Abang E aku dulu pon sekadar lepas all the basic tricks and adalah hard tricks ckit yang dia boleh buat.  Dia pon tak khatam lagi belajar.hee..  nah, aku dah categorizedkan jenis2 tricks yang ada dalam setiap category yang berbeza.:))

Ollie dan Flip Tricks

·         360 Ollie trick tips
·         Ollie South trick tips
·         Ollie To Manual trick tips
·         360 flip trick tips
·         Hardflip trick tips
·         Heelflip trick tips
·         Inward heelflip trick tips
·         Kickflip trick tips
·         Nosegrind trick tips


Backside tricks

·         Backside 5-0 trick tips
·         Backside 50-50 trick tips
·         Backside bigspin trick tips


Frontside Tricks

·         Forward flip trick tips
·         Frontside 180 trick tips
·         Frontside 5-0 trick tips
·         Frontside 50-50 trick tips


Special Tricks to the Max

·         Shove-it trick tips
·         Switch Ollie trick tips
·         Varial heelflip trick tips
·         Varial kickflip trick tips
·         Haslam Flip trick tip
·         Nightmare Flip trick tip
·         Twisted Flip trick tips
·         Flower Flip trick tips
·         Casper Flip trick tips
·         Nollie Laser Flip Trick Tips
·         Kickflip Underflip Trick Tip
·         Haslam Flip trick tip
·         Nightmare Flip trick tip
·         Twisted Flip trick tips
·         Flower Flip trick tips
·         Casper Flip trick tips
·         Nollie Laser Flip Trick Tips
·         Kickflip Underflip Trick Tip
·         Plasma Spin trick tip
·         Gazelle Spin trick tip
·         Pressure Flip trick tip
·         Semi flip trick tip
·         Finger Flip trick tip
·         Impossible Trick Tip
·         Melon grab trick tip
·         Benihana Trick Tip
·         Handstand skateboard
·         Rocket air skate
·         Judo air skateboard trick
·         Easy skateboard tricks



 Haaa… nilah diantara nama2 tricks yang ada dalam skate’s world.  Tapi aku pon tak confirm sangat, maybe ada yang tertinggal.  Kalau sesiapa tahu tolong la betulkan ya…  and next entry bila aku ada mood nak cerita pasal skateboarding lagi aku akan share dengan korang macam mana nak play skate pulak ok.  Erm in an imagination and explanation terms la.. *huh, memangla aku sukaaa, sentiasa je ada mood bila cakap pasal skateboarding..haha..:p
So, stay tuned..  pada Skateboarding Lovers, marilah kita bertukar-tukar cerita.  I wanna know yours jugak..  saya ni sekadar fan bukannya salah seorang player okayJ

Bye..No Offence ye(^_^)

Semua orang boleh Ollie deck, tak payah susah2 nak belajar..
 Schubert Serenade ($_$)