KLIK LA YE

April 24, 2011

Aku dan Perancangan Hidup:)

Hye, sebenarnya dah lama aku nak post satu entry dengan menggunakan "saya" tapi tak kesampaian sebab selama ni aku rasa macam poyo pulak bersaya-saya ni.  tapi hari ni aku macam seronok pulak menaip menggunakan "saya"..hehe...macam sweet and such a good girl pulak.. kikiki..  act, aku tengah prepare soalan untuk student-student sekolah rendah aku untuk soalan selama 2 minggu coz im not going to teach them for two weeks.  sebab aku ingin terbang..  terbang ke awan biru..hehe..  ahh mesti aku akan rindu mereka, even aku tidak dibayar untuk mengajar mereka tapi aku ikhlas sebab mereka budak kampung aku sendiri, kalau bukan aku dan rakan-rakan yang jadi volunteer sapa lagi nak tolong mereka kan.  lagipon mereka sangat adorable dan rajin belajar. i loikee okay:)

jom baca entry saya dan pilihan masa depan.  dont mock ok..hehe..:p
Lets start:-

Kalau saya diberi peluang untuk pilih jalan hidup dan diberi peluang untuk terus melaksanakannya tanpa ada apa-apa halangan.....  saya pilih untuk bina hidup saya dan keluarga saya kelak dekat luar negara.  tempat yang paling tepat untuk saya didik anak-anak saya kelak, saya rasa mungkin negara Cina, Jepun atau Australia...  saya perlukan seorang lelaki yang ada foundation in faith sudah semestinya.  seorang yang boleh membimbing saya dan anak-anak dengan all basics yang perlu ada in life..  Mak ada cakap, "kejarlah dunia dengan bersungguh-sungguh, Tapi jangan tercicir Akhirat"...  mak sudah menjalankan tugas mendidik saya dengan sebaiknya, sampai saya sudah besar dan dewasa sekarang ni.  mak ajar saya memasak, buat kerja rumah, baking, menjahit dan paling penting mak yang didik saya dengan ilmu agama sebaiknya.  mak gunakan paksa tanpa rela pada kami adik beradik.  contoh, setiap hari Khamis malam jumaat, kena mengaji dan baca yassin.  WAJIB..  sebab mak cakap, kalau mak tak kerah dan jadikan routine dalam hidup anak-anak mak mesti anak-anak mak culas dalam melakukan perkara-perkara wajib.   tapi mak tak pernah paksa untuk baca Quran setiap hari, lainla waktu kecik kita pergi mengaji, tiap-tiap hari kena pergi  kelas agama.  even sabtu dan ahad.  penat woo kecik-kecik dulu.. hikhik..  tapi Betul la apa yang mak cakap tu.  alhamdulillah kalau saya pergi ke shopping complex(sebab saya suka gila bershopping) atau punya aktiviti yang menyekat keinginan saya untuk melewat-lewatkan solat, saya tetap bersolat.  sebab kita dah terdidik untuk menjalankan tanggungjawab kita as a muslim even its not good enough.  bila perkara tu dah jadi darah daging, kita akan rasa serba salah bila kita tinggalkan Dia kan??  macamtulah konsep yang mak saya ajar.  mula-mula kena gunakan kerah dan paksa lama-lama kita sendiri akan jadi ikhlas.  sama macam bulan puasa, kalau kita tidak berpuasa tanpa sebab yang munasabah pada bulan puasa, orang akan pandang serong sebab Puasa tu adalah routine.  routine tahunan kita.  kita perlu buat dan laksanakan.  ikhlas atau tidak itu antara kita dengan Allah.  semua ni terjadi sebab kita dah terdidik dengan cara hidup kita yang secara azalinya dalam cara hidup islam.  kita ada pegangan..  disebabkan pegangan ini saya merencanakan "plan" dalam hidup saya.  dan salah satu plannya saya ingin bina keluarga dan hidup di luar negara..  saya ingin tamatkan belajar saya kelak.  lepastu saya ingin bina kerjaya dan keluarga.  kalau diberi peluang saya ingin bekerja sendiri, sebab saya perlukan privacy dalam hidup even dalam bekerja, dan saya taknak terlepas pandang untuk lihat anak-anak saya membesar kelak.(bila saya sudah kahwin la kan):p

saya dalam proses untuk jadi seorang wanita yang dapat membantu suami saya kelak dan jugak dapat menjadi seorang isteri yang boleh melakukan semua kerja dan tanggungjawab.  saya punya cita-cita juga.  and i need to be one of the multitasking person. macam kakak dan abg ipar saya, owh ya abang ipar saya berasal dari keluarga yang tiada agama.  kakak saya berjaya menjadikan abang saya seorang yang beragama islam kini.  seorang lelaki yang pada azalinya tidak punyai pegangan tetapi sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk pergi menuntut ilmu dekat sekolah pondok even masa tu abang ipar saya sudah berusia 27tahun dan bergelar seorang pensyarah pada ketika itu. tetapi, dia gigih dan tidak malu pada persekitaran, sekarang dia sudah boleh mengimamkan solat dan sudah selayaknya mengajar anak-anak mereka mengaji dan perihal agama..  alhamdulillah, dan sekarang mereka hidup bahagia....:)
Kenapa saya pilih untuk bermaustatin dekat negara luar?? maksud bermaustatin saya bukanla untuk selamanya tapi mungkin untuk satu period yang sampai pada satu tahap saya rasa puas hati dengan kehidupan saya.  saya mahu anak-anak saya terdidik dalam kondisi keluarga islam di luar kerana rata-rata penduduk negara luar bukan beragama islam (kecuali negara-negara islam), jadi saya rasa ianya adalah lebih mudah dan senang untuk saya dan "suami" saya kelak untuk didik anak-anak kami kerana andai anak-anak saya terlebih bijak dan petah berbicara dan bisa mengeluarkan soalan-soalan maut berkaitan untuk saya dan "suami saya kelak", saya punya jawapan dan contoh jelas di depan mata.  sebagai contoh kalau anak saya bertanya "  kenapa kita kena pakai tudung dan orang :putih" tu tak payah pakai tudung??"  saya boleh terus bagi perbezaan bahawa kita berlainan agama dan agama kita adalah yang sebenar-benarnya.  dan itu yang membuktikan kita dan mereka yang masih berada dalam zaman Tudor..hehe..  no offences, hanya sekadar contoh.  jadi bila anak-anak saya sudah dewasa, mereka sudah terbiasa dengan didikan perbezaan ketara diantara islam dengan agama lain, dan mereka sudah jadikan routine as a muslim tu sebagai darah daging.  itu menjadikan mereka punya foudation in faith yang kukuh kelak.  bila mereka sudah boleh berfikir baik dan buruk untuk diri mereka, once mereka lihat orang islam tapi berperangai seperti orang bukan islam, mereka sudah boleh fikir dan judge sendiri.  jadi saya tidak perlu risaukan mereka bila saya sudah buat keputusan untuk kembali ke negara sendiri.  ini kerana saya sendiri tidak mungkin mampu untuk didik anak-anak saya dengan sebaiknya kalau saya memilih perancangan hidup dalam negara sendiri.  bukan kerana orang-orang tidak bagus, tapi kerana saya sendiri yang tidak cukup bagus.:)

tapi, kita kan hanya mampu merancang, Allah yang tentukan semua.  Everything is fated kan, and kita sebagai manusia tidaklah perfect mana dan akan ada satu tahap nanti kita akan rasa satu feeling dimana you wanna get rid all of the nonsense.  dan kita nak penuhkan hidup dengan all good things and basics in life.  macam kita letakkan kan dua gelas berisi air, satu air yang penuh lagi satu air separuh.  saya berada dalam keadaan air yang separuh tu. dan say perlu cari lagi separuh untuk lengkapkan diri saya.  betul tak??  cuma cara kita menerima hidayah dan petunjuk Allah tu je yang masih belum sampai sepenuhnya.  saya baru berusia 21 tahun dan masih jauh lagi perjalan hidup jika diizinkanNya.  masih banyak yang saya belum explore dalam hidup.  jadi saya mahu pergi merantau ke banyak negara, mahu timba pengalaman dan rasai kehidupan yang bebeza.  saya mahu live my life to the fullest sebab life is just perfectly wonderful dan beautiful...  kan?? so, apa lagi go and get your life!!  hargai setiap masa dalam hidup sehabis baik...  jangan sia-siakan tiap-tiap masa yang kita ada.  beranikan diri untuk pelbagai perkara dalam hidup dan beranikan diri untuk kenali  berbagai ragam manusia selagi kita mampu.:)

~tamat untuk "saya"~

tiada apa-apa sangat pon yang aku nak tulis kali ni.  macam biasa masih cerita tentang aku.  oowwhh ya, i really wanted to post this kind of entry before tapi tidak kesampaian.  sekarang sudah selamat dipostkan. hehe..
these are some quotes untuk tatapan anda okay!!  ingat no offences ye:)













please enjoy reading this ok.  jom ikut aku pergi holiday for two weeks!!  aku akan berjauhan dengan blog untuk 2 minggu tapi akan aku jengah juga.  flight aku untuk "pergi" hari selasa ni, so jangan rindu-rindu aku ya..!!:))..nanti aku share gambar cuti-cuti cuci mata aku dengan korang semua okay!!
  


people change, and things change too.. Schubert Serenade:)