Hai. Lewat kebelakangan ni, aku dirundung kerinduan terhadap kehidupan bersama Warga Gading dulu. Tadi sambil tengah-tengah siapkan Question paper untuk student-student aku *(oppss, almaklum sekarang aku jadi sukarelawan as a teacher for free ajar subjek2 UPSR untuk kanak2 ribena darjah 6 kat kampong, saja nak menabur bakti sementara tengah cuti ni), okay sambung balik.. masa tengah siap2kan Q papers tadi, aku terpandangkan card-card yang aku dapat masa semester akhir aka tahun lepas dekat U dari clan-clan aku kat sana.. terpandangkan Kad Birthday yang Bestie2 aku buatkan untuk aku, birthday2 present yang sangat memorable and paling aku ingat hug and kiss bertemankan juraian air mata yang terlampau dari clan-clan aku masa aku dah nak fly balik ke kampong halaman tercinta masa cuty semester *(cuti aka industrial training paling lama aku berjauhan dengan cinta-cinta hati aku kat Kampus).huhuhu.. mai tolong nangis meraung bersama jap .
Masa awal-awal kami semua tercampak di U, semester 1 lebih tepat.. semua budget sombong n bagus nak mampos and taknak start dulu bila nak tegur-tegur ni. masing2 ego kepala batu. Last2, aku yang peramah ni jugak la yang mengUnitekan semua.. hehe.. bilik aku paling strategic, kat tengah2. Sebilik pulak dengan rumates yang brutal aka Paein dan Wani yang slumber yaya tahap blurr tapi gelaran ratu blurr masih aku yang pegang sampai sekarang. Sebelah bilik aku bilik Babat and Moon, depan bilik aku pulak bilik Aina n Nisa. Kalau dah boring lepak kat bilik sendiri misi menyepahkan bilik orang la pulak, n bilik2 yang selalu jadi mangsa bilik mereka2 ini lah.*(tapi dulu bilik aku la yang paling rajin beli PENYAPU tiap kali bukak semester baru)..hehe.. Sebenarnya minggu Orientasi la yang telah menyatukan kami. Kena kerah tenaga bangun pukul 3 pagi, solat subuh yang waktunya masuk lebih awal dari biasa.. kau gilaaa!!! Memang la gilaa.. tak biasaa dowhh… tapi kerana minggu Orientasi la titik permulaaan kepada segala suka dan duka kami!! YA!! KAMI SANGAT RAPAT, MACAM ADIK BERADIK..
Masa sem 1 adalah semester paling sukar bagi kami dengan ketidakfahaman budaya dan accent pada bahasa mereka yang agak sukar nak faham, ibarat macam kita masih cakap MELAYU tapi sorang cakap Kelantan sorang cakap Perak. Haaa.. KAU FAHAM TAK?? Macam tula.. susahnya, tambah bila nak buat tawar menawar dekat kedai. Aku cakap melayu diorang faham tapi bila diorang jawab balik aku tak faham..haha.. pelik2!! takes time la bagi kami nak menyesuaikan diri kat sana.. Bila dah masuk sem 2, kami masih rapat tapi adalah beberapa dari kami yang buat decision untuk tukar U and tukar Kampus. Moon aka cinta hati aku transfer to Aussie for 2 years. Wani slumber yaya pulak transfer to other campus. Tinggallah kami yang lain2 tersadai di bumi penuh budaya itu..hehe.. apa2 pon even moon dah dok kat Negara mat salleh, dia still lagi dok contact2 ktorang and ktorg selalu je ym n email2 ni..heee..SWEET WOO KTORG!!:p
Walaupon hilang sementara 2 geng kami, muncullah yang lain sebagai pengganti.. macam peribahasa patah tumbuh hilang berganti tuuu..ececehhh.. muncullah si Yana keding, Marabahaya, Aimi dekan, Eiyma bob, and Tehahaha dimana otomatiknya join geng2 kami.. mereka la clan-clan baru kami.. sekepala, sejiwa, dan sehempeduJ
Dulu, time nak makan atau nak cakap apa2 tapi malas nak face to face. Jerit je. Kalau Tehahaha n Babat tu, jerit ikut tingkap je sebab memang perangai diorang macam gitu. Lagipun bilik kitorang sebelah2 je. Kadang2 kalau dah lepak seharian kat bilik diorang sampai tak ingat nak balik bilik sendiri memang aku terus je “syahid underground” kat bilik diorang. Tapi for sure bilik aku la yang paling feymes.haha.. selalu dijadikan medan peperangan, perbincangan, pentiduran dan pemuas nafsu serakah perut2 buaya macam kami..*(makan okay..jgn piker lain):p
Time nak siap pergi kelas and bangun pagi2 pon kitorang la yang paling kecoh. Kami tak sampai pon 10 orang tapi kecoh dia macam sampai 100 orang.. haha.. tambah kalau dah terlewat bangun, kelam kabut la nak rebut toilet, nak mandi and bersiap2 kejadah semua tu. Disebabkan kolej kediaman kami standard cap ayam aka setinggan Class A, most of the toilet takda shower. Yang ada shower 2,3 kerat je. Yang lain2 tu udah rosak jahanam angkara manusia2 yang tidak pandai menghargai pemberian orang ni..huhu..
gaduh takda keta nak keluar. Ni pon Crisis jugak. Haha..bila time weekend je, otak masing2 pikir enjoy!! *almaklumla dah penat dok ngadap buku 5 hari seminggu.. so time2 weekend macam ni la nak keluar berpoya2. Bagi kawan2 yang memang asal usul dari situ, memang la ade kereta sendiri kan. Tapi bagi kami yang dok ulang alik pejabat kewangan negeri mintak bantuan untuk beli tiket flight nak ulang alik balik cuti sem ni piker 10x la kalau nak memiliki atau menyewa kereta kat sana..haha..tapi, disebabkan kami adalah geng yang terlebih peramah dan sangat pandai bermain kata dengan abang2 kereta sewa aka van sapu atau dekat sini dikenali sebagai van prebet, satu keuntungan bagi kami untuk dapatkan sewa yang lebih murah dari biasa.hehe.. Zaman student kan bajet, seboleh-bolehnya xnak sewa kereta besar sebab sewa lagi mahal and minyak lagi banyak kena isi, save minyak dowh… haha.. tapi, once dapat kereta ingat keseronokan sampai tak ingat benda lain dah.. tau nak enjoy je. Berpoya2 dekat Bandar. Selalunya aku la yang jadi driver sebab aku sorang je yang ada lesen tapi berani mengdriftkan diri kat jalan raya. Yang lain?? Takat tolong startkan enjin kereta boleh laa..haha..:p
and bila dah bercakar2 gaduh nak cari kereta sewa, time nak keluar pon boleh gaduh2 manja lagi sebab tak tahu nak pakai baju apa. Haha.. disebabkan clan-clan kami juga adalah fashion Freak dan Beauty addicted, semua akan mengalami masalah yang sama iaitu tak tau nak pakai baju apa, nak pkai kasut mana satu, nak makeup n dandan diri macam mana and macam2 lagi laa.. kami memang dah dibiasakan pada budaya pinjam meminjam dan tolong menolong,especially bila nak pinjam baju2 n tudung2 cakap je then pandai2 la ambik sendiri dalam wardrobe memasing okay..oowwhh Goshh, rindunya Campus Life!!
Paling tak boleh bla, bila time class atau kuliyyah habis, ataupun kami malas nak pg kuliyyah so ponteng la..apa lagi..* bagi kami budak skematik elektronik je yang suka pergi kuliyyah dengar lecturer tu membebel.. aku tak suka okay.. aku lebih suka masuk kelas tuto..haha.. port2 yang kitorang selalu lepak bila time senggang begini adalah Cafeteria kami yang paling besttt!!!..hehe.. pilih table paling besor, then lepak reramai sambil bergelak ketawa gelakkan orang sampai bunyi macam NATES pun keluar memecahkan keskemaan café tersebut..kikiki.. dan juga rindu pada habit kesukaan terlampau seorang sahabat aku yang berasal dari Sabah yang sangat menggilai bontot ayam..haha.. gila kau nak cari bontot ayam kat sana, memang gila laa…heaven dowh!! Dia lebih rela makan bontot ayam daripada makan nasi..kiki.. LELAKI pulak tu. Macam lawak je bila lelaki suka makan bontot ayam..ngehngeh.. and bila dah lepak sambil mencapap ramai2 kat tengah2 café tu, mula lah sang kumbang mencari sang bunga n sang bunga tergedik2 mencari sang kumbang. Ooppss!! Maksud aku, kami suka kacau orang2 yang lalu lalang expecially kalau lelaki atau perempuan tu budget Hawt n Berlagak nak mampos!! Kitorang memang suka la kasi sindiran dan drama pedas2 kat diorang ni. *Haaa memang nak kena penampor sulong aku la kalau nak budget2 sangat ni.. padahal kita masing2 manusia okay. Setakat budget sebab korang “load” dengan duit mak bapak, baik tak payah!!TAK PAYAH okay!!! I don’t give a cent langsung okay!!huhuhu…:D
Kahkah…bila ingat2 balik macam childish gilaa kami ni..tapi kami enjoy.. kami tak susahkan orang pon..sekadar sakitkan hati orang je..ngehngeh.. tapi kami takda niat pun. NO offence YE KAWAN-KAWAN!!!:))
Rindulah.. Rindu..Rindu teramat….:))
bye...
Schubert Serenade ($_$)