KLIK LA YE

August 12, 2011

Budaya Ramadhan Orang Kita...

Musim Ramadhan dekat malaysia ni sangat2 meriah and  seronok..  macam2 ada..  kita orang melayu ni kalau bulan puasa datang je, bukan main lagi excited and enjoy nak sambut bulan ramadhan..  tapi, selama aku hidup dan dapat berfikir dengan realisticnya, aku tengok dekat Malaysia ni bulan Bulan Ramadhan yang kita sambut bukan sebab kita gembira dengan rahmat yang kita akan dapat masa Ramadhan tapi bulan Ramadhan ni dah jadi satu Budaya pulak dalam kalangan orang-orang kita...


budaya dari segi cara kita menghargai ramadhan..  erm, this few days aku adalah tanya memberers aku apa yang menyebabkan diorang suka sangat bila bulan ramadhan. .  macam biasa, Typical answers yang akan keluar dari mulut2 mereka ialah :


"aku suka kot bulan Ramadhan.  boleh p bazarr ramadhan..  time cenggini la macam2 juadah yang susah nak dapat jadi senang nak dapat"


"aku pulak suka ramadhan coz bulan ni bulan baik, so time2 camni boleh la aku up sikit ibadah2 aku.. p teraweh semua..  tapi awal2 jela aku rajin p teraweh pon..  ujung2 nanti udah dekat raya, xde maknenye aku nak p...dok umah main mercun, mkn biskut raya awal2 lg best kot.."


"aku suka ramadhan sebab boleh main mercun...pong pang sana, pong pang sini.. tapi, aku xsabar nak raya sebenarnya, nak pergi shopping raya, beli baju raya, sale melambak2 sampai 70 percent discount, nak kumpul rebate banyak2, attend majlis berbuka puasa, semua2 la bagai.. !! haha.."


See!~??
korang pergi la ceruk mana pon, bebudak zaman sekarang majority nya semua tak tau nak appreciate these 30 days of Ramadhan.  like Serious ok!!  AKU?? haaa... aku pon lebih kurang sama jugak laa macam budak2 majority ni tapi aku masih punya kesedaran.  macam bila ramadhan datang aku akan excited tapi excited aku sebab aku sangat2 menghargai bulan ni.  dulu masa aku tengah tolol2, jahil2 sikit, seingat aku masa zaman sekolah, aku pon sama je.  bila time puasa bagi aku puasa tu wajib, so aku mesti buat.  sekadar berpuasa untuk tahan nafsu makan je and buat solat fardhu yang wajib tu..  tapi yang lain?? huh, jahil kot aku ni.  nafsu2 buaya yang lain aku redah jugak..  dulu time2 puasa asal bosan je aku keluar, pg dok window shopping, tengok wayang, lepaking sampai la petang, kadang2 lepas je solat asar terus cabut pergi bazaaar, dok rayau2 kat bazar tu dekat nak sejam, dah membazir duit dok labur kat nafsu perut buaya ni baru la ingat nak balik. sampai2 rumah terus pergi dapur tggu nak berbuka..  then, lepas berbuka solat maghrib semua, then lepak2 tengok tv, main mercun dengan bunga api bersama2 anak2 buah tersayang..  lepas tu dah penat, lepak2 lagi on9 smpai 2,3 pagi..baru aku tidur..  everyday tu semuanya Routine.  


sampai umur aku 18 tahun, bila aku kena campak study jauh, which setahun aku cuma dapat balik twice je.  masa tu aku kenal dengan kawan2 yang sangat baik2..  since dari situ bila ramadhan je masa aku terisi dengan banyak benda2 berfaedah macam, teraweh yang full selama aku berpuasa, Qiyam tengah2 malam, Tadarus ramai2, turun dengar tazkirah dekat masjid university, Moreh yang kami bergotong royong masak ramai2 dekat university, main bunga api dengan mercun pon hanya sekali sekala..  and paling penting kami jarang sangat keluar terlalu kerap..  disebabkan kami semua ni boleh tahan kaki rayap jugak, tapi demi bulan ramadhan yang hanya datang sekali setahun, kami cuba manfaatkan...  kami bukanla student yang alim ulamak, bertudung labuh, tapi kami active dalam activity masjid University, activity2 amal, dan kami masih lagi mengekalkan ciri2 gadis2 muslimah..  apa guna belajar tinggi2 tapi tolol bab agama..betul x??  cuma aku agak sedih dan malu dengan segelintir atau minority kaum hawa yang Islam pada Ic tapi buta Agamanya..  sebagai contoh, yup aku tau Kau tu perempuan, kalau tak puasa pon bersebab tapi, perluke kau dok tayang yang kau tu tak puasa depan orang ramai..  makan depan public tu sopan ke??  sekolah dulu kau xbelajar sivic ye??  PATHETIC!!


ok, aku bukan apa, cuma memperkatakan sesuatu kebenaran yang aku sendiri pernah alami and berada dalam situasi cenggini..  kita ni manusia biasa, tend untuk buat silap..  tapi untuk aku yang terpelajar dan sudah tahu berfikir dengan waras, makan di khalayak ramai time ramadhan tu bukan la sesuatu yang sopan and elok dipandang kan..  Behave la..  awak tu perempuan, kita ni ada maruah yang perlu dijaga..  bukan maruah diri sendiri tapi maruah agama kita sendiri jugak..  am i right??  no offences ye kawan2..:))


aku bukan nak tunjuk baik dengan post hadith dalam entry aku ni, tapi tak salah rasanya kalau kita nak kongsi apa yang orang lain kongsi dengan aku.  hadith ni salah seorang sahabat aku yang bagi, so aku decide untuk kongsi dengan korang semua..  beruntung kita semua ni dapat sambut ramadhan, banyak ganjaran dan faedah yang kita dapat...enjoy reading this:

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih jugamembawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.


Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:

'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .


(^_<)


Act, aku rasa Ramadhan tu bukan diertikan dengan Bazaar Ramadhan, bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita, bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung, bukan diertikan dengan tunjuk hebat main mercun dengan kawan2, bukan diertikan dengan membazir untuk berbuka puasa dekat hotel2 tiap2 hari, bukan juga diertikan dengan rancangan gempak2 bulan puasa yang ditayangkan dekat Tv.  tapi, benda2 macam ni la yang dah jadi Budaya dan dan sebati dengan KITA bila sambut bulan Ramadhan dekat Malaysia ni..  dan, aku juga tak terkecuali berada dalam budaya ni...  sigh... (-_-)


Sama2 lah kita appreciate these 30 days of ramadhan ok..  dimana sekarang cuma tinggal 18 hari saja lagi kita akan hilang Ramadhan ni..so, tenangkan hati, buat penghijrahan walaupon sikit, atleast korang buat..  dan aku pon buat..  even penghijrahan itu bukanla bersifat kekal dan hanya untuk menghayati ramadhan, tapi atleast korang ada effort.. betul tak??  ini hanya sekadar satu perkongsian bukannya nasihat atau niat untuk mengajar sesiapa...  do take care, and Live Well..:))


Schubert Serenade (^-^)