KLIK LA YE

August 3, 2011

Just a Spill...:(

Hye!!  and Assalamualaikum..

lama dah xupdate blog.  busy dengan hidup..
entry kali ni aku just nak throw and spill.. pasal siapa?? of course la pasal aku..  takkan pasal korang pulak kan..these few weeks aku agak messy sikit..  entah..  aku rasa heartless..  aku rasa kosong..  aku rasa nothing.. ZERO!!

and, the worst aku rasa penat..
penat dengan hidup..  penat dengan sifat aku yang kadang2 suka merungut..  Ya Allah, teruknya aku ni..
penat dengan masalah HATI yang xpernah ada kesudahannya..

"Masalah yang paling sukar and payah untuk direncanakan adalah masalah berkaitan Hati"...

percaya tak dengan statement kat atas ni??  kalau korang rasa xnak percaya, it's okay then.  Terserah la..
tapi, pada diri aku, yup, this is the biggest problem yang paling sukar untuk punya jalan penyelesaian..
kenapa??  sebab akal dan diri yang mengongkong hati..  sebab kita which is diri kita sendiri yang control the way hati berfungsi..  bila kita marah, kecewa, sedih, gembira, gundah gulana, tersentuh, semuanya bermula daripada hati..  and tak lepas jugak dari masalah berkaitan Cinta yang saling berkait dengan hati.  kan??

to be honest and malas nak meleret...  aku punya masalah berkaitan hati aku sendiri..  tentang satu feeling yang aku xmintak untuk dia wujud dalam hati, tapi feeling tu staystill jugak dalam hati..  satu feeling yang sebetulnya aku xpernah terfikir pon untuk alami even benda ni common sebenarnya.  kalau korang kenal aku, sebetulnya aku bukanlah orang yang mudah punya perasaan suka yang serious pada orang lain atau lebih tepat kaum berlainan jantina..haha..  tapi kali ni, aku jatuh.  aku kalah dengan feeling aku sendiri.  yup, "I'M IN LOVE!!"  macam kurang sopan statement ni, so aku tukar "YUP, I FALL FOR SOMEONE"!!

like serious, korang ingat tak entry worst ni??  pasal a so not called a confession dari aku terhadap sorang mamat yang aku pon tak tahu macam  mana aku boleh punya feeling into him... berbelit kan ayat aku??haha...:p
like serious, consequence kepada entry tu adalah, aku nak bagitaw yang aku dengan dia masih berkawan..  and yup, aku masih punya feeling pada dia...  kenapa?? jangan tanya...  aku takda jawapan tu sebab aku pon tak taw macam mana aku boleh suka dia...  and adakah dia pon suka dekat aku??wohoo...  tu pon jangan tanya..  aku xpernah nak tahu pon apa jawapan dia..  sebab kalau aku tanya dia, once he says yang dia xpernah suka dekat aku,  apa akan jadi??  ofcourse aku kecewa and frust..  so untuk mengelakkan aku dari rasa feeling kecewa and frust tu aku pilih untuk tidak bertanya.. and aku taknak tahu pon apa jawapan dia.  hoho.  disebabkan aku tidak pernah punya apa2 relationship dengan mana2 spesis berlainan jantina before, so aku semacam tak berapa reti sangat nak handle situasi macam ni.  aku xreti nak jiwang2 sangat.  and disebabkan sifat aku yang terlalu berterus terang, aku lebih suka berlaku jujur dengan diri aku.  yup, before ni aku dah je confess dekat mamat tu yang aku suka dia, tapi dia buat macam xkesah je.  so aku senyap. malas nak provoke atau ungkit lagi.  maybe dia betul tak suka aku.  sebab "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi"..  aku pon punya ego dan maruah.  aku rasa aku dah cukup sporting pergi approach and confess dekat dia dulu.  so now, apa nak jadi aku malas nak ambil tahu da.  aku selesa dengan keadaan sekarang.  masih berkawan, tapi aku xterlalu memanjakan diri aku dengan tggu sesuatu dari dia.  mcm aku tunggu dia on9, so that aku boleh chat dengan dia..(memandangkan satu2nya medium untuk aku contact dia hanya thru skype and Fb)..  ok tu dulu.  sekarang aku dah redha. pasrah je.  once dia rasa dia perlukan aku, so dia akan cari.  aku dah xnak jadi macam "perigi mencari timba"..haha..  just aku harap sangat feeling aku sekarang pada dia ada satu solution yang boleh aku ambil..  macam how to avoid daripada hati aku rasa this kind of feeling?  susahnya..to be honest, I'm slowly giving up..:((

 mak aku pernah cakap, perasaan yang macam ni, which is bila kita rasa kita betul2 suka pada dia kadang2 bukannya betul2 kita rasa suka pon.  sometimes, perasaan ni hanya mainan hati dan nafsu yang sering ditokok tambah dan diprovoke oleh iblis.  so aku xpasti dengan perasaan ni.  walaupun hati aku kuat kata yang aku betul2 suka dia.  tapi aku takut kalau itu bukan yang sebetulnya.  aku baru 21, belum cukup matang untuk memahami perasaan2 macam ni..haha..  and aku tau jalan terbaik adalah dengan buat solat istikharah, tapi aku just xbersedia lagi.  so aku abaikan dulu, biar Allah yang tentukan semua.  aku cuma mampu buat setakat ni je.  the rest biarla aku follow the flow..haha...okay??  doakan aku ok untuk kuat facing masalah hati ni, coz it's kinda killing me inside ok, tapi somehow it makes me more stronger..:))

yup, untuk pengetahuan korang, mamat tu dah pon quit part time dia sekarang.  dia dah xkerja da..  dia memang plan untuk quit end of july, even kalau ikutkan semester break ktorang semua masih ada lagi sebulan before start new sem which is after raya kan.  fyi, last day dia kerja on 27 july aritu, and he came to see me before he left.  and, dia bagi aku a box of chocolate.  ok aku suka..like yes!!  aku suka..suka..suka..  even aku faham dia bagi pon just untuk repay balik pada aku kot, coz  a day before dia bagi aku chocolate tu aku bagi dia big apple doughnut.. haha..  sweet tak??huwawawa...  and at that time aku mmg ikhlas sebenarnya, and at first bila aku tau dia nak quit aku memang dah niat nak bagi dia sumtin.  at the end aku bagi je big apple..  senang citer. walaupun, aku nak pikir ape nak bagi dia time tu punya la susah..haha..  aku tibe2 nervous kan. tapi ok la..  act, ade cerita disebalik situasi balas membalas hadiah ni.. haha..  1st on last weekend, dia ada bagi aku ice cream..  starting dari situ la aku pulak repay dengan bagi dia big apple, then dia balas balik dengan a box of choc.. then, he left.  till today, we are not seeing or contact each other pon. aku rasa better macam ni kot.  so xdelah makin parah feeling aku dekat dia nanti...  boleh la aku heal sikit by sikit kan..  tapi, somehow i just can feel the pain bila aku xcontact dia langsung...  rasa pain yang aku tak tau macam mana nak explain.  it's just there...  sakit.. hati kot yang rasa sakit.. entahla..  xtaw which part of organ dalam tubuh badan aku ni yang punya rasa sakit.  tapi yang pasti hati aku sakit tanpa luka...








and now, dah masuk fasting month, so aku nak fokus dengan kerja part time aku sekarang..  aku akan quit on 26 aug which is 3 days before raya..  then aku akan balik kg, jumpa Puan Salmah Dahari yang dirindu and the rest of my family.  then aku akan balik semua ke s.alam on 7 aug untuk balik campus and mulalah my campus life, AGAIN!! okay?? tulah planning yang aku kena settle kan dalam masa terdekat ni.  so aku akan busykan diri sebaik mungkin..  sampai satu tahap kalau aku perlukan explanation then aku akan tanya pada mamat tu.  if tak, biar jela..  remain silence tu bagus jugak kadang2..  okay, hopefully ramadhan kali ni membawa berjuta erti dalam hidup aku dan mampu meninggalkan kesan yang deep dalam diri aku sendiri..InsyaAllah..

"To You,(Mr. Guardian) : Please Live Well.  do take care, and thanks for let me be part of ur life even it's for a while.."

ok bai..  Schubert Serenade(-_-)  

*yes!! ramadhan yang indah bakal tiba, perghh hope terawih, qiyam  and tadarus aku serta perkara2 wajib yg aku biasa buat masih konsisten dengan tahun2 sebelum ni!!:))