semenjak few months ni aku sangat2 malas Blogwalking.. kenapa?? jangan tanya.. aku memang MALAS.. if aku jengah blog orang lain pon cukup sekadar membaca, tapi untuk tinggalkan jejak atau komen, jemari aku OTOMATIK jadi malas untuk menaip.. MAAF ye kawan2 sekalian.. and disebabkan syndrom kemalasan aku ni, komen2 dari blogwalkers yang lain pon makin kurang.. yup aku faham tu, lagipon this is my personal blog.. bukan untuk ditayang bagi tatapan umum kan.. so IT'S OKAY!! once aku dah rajin untuk blogwalking, aku akan rajinkan jugak jemari aku untuk tinggalkan komen ye.. but at the moment, aku senang dengan blog aku bila tidak ramai blogwalkers kunjung atau ziarah.. mungkin kerana apa yang aku spill kan dalam blog aku lebih bersifat personal and i just don't want the whole world to know apa yang aku throw and spill kan..:))
btw, Hows Life?? Hows u guys punya Ramadhan?? must be Great right??
Preparation Raya mesti dah siap kan?? when we talked about Raya, apa yang korang excited sangat nak raya ni sebenarnya?? another 2weeks kita akan celebrate raya, excited takk?? mestilah excited kan.. yup, aku pon excited jugakk..hohoho.. tapi aku pon sedih jugak bila ramadhan makin dekat untuk hilang..... rasa macam sekejap sangat Ramadhan datang untuk temani kita kan...so, appreciate la hari - hari sebelum Ramadhan tahun ni betul2 hilang...:)
Okay, here we go!! bila bercakap mengenai puasa masa zaman kanak2!! suasana puasa dan raya bila kita berada dekat kampung dengan dekat bandar sangat tidak sama.. dan suasana puasa zaman kebelakang sikit dari zaman kemajuan sekarang sangat2 berbeza.. berbeza dari segi pemahaman kita bila kita terima bulan puasa dan sambutan hari raya ni. seingat aku masa aku kecik2, time masih bergelar kanak2 ribena, bulan puasa dan raya aku sangat2 meriah.. dulu mana ada terpampang tajuk utama kes mercun memakan diri dekat newspaper setiap hari macam sekarang ni, kalau ada pon sangat2 sedikit. zaman2 sebelum terciptanya mercun2 yang terlalu ekstream sekarang, bila main meriam buluh pon, seingat aku susah kita nak dengar meriam buluh meletup sampai cederakan orang, sekarang ni je yang dok kecoh sana, kecoh sini sampai mercun semua diharamkan.. eeii TAK BESTNYA!! bagi aku main mercun, bunga api, pasang pelita, atau lebih tepat benda2 macam ni la yang akan menjadikan raya bagi zaman kanak2 tu lagi meriah.. tapi tu dulu bukannya sekarang, aku sedih bila tiba2 je mercun diharamkan untuk bermain, salah siapa?? yang pasti bukan salah kanak2 yang punya keinginan untuk merasai kemeriahan raya tu sendiri... mungkin mercun sekarang tak macam mercun dulu2 kot.. siapala yang bodoh sangat dok pergi cipta mercun bahaya tahap cipanzi tu entahlaa.. kesian kot dekat budak2 zaman sekarang yang xdapat rasa meriahnya untuk sambut raya macam aku dulu..
contoh paling dekat, anak2 buah aku sendiri, boringnya zaman puasa diorang..kalau masa aku kecik2 dulu, even bulan puasa sekalipon, time petang2 lepas pergi mengaji, aku terus dok ikut abang2 aku kayuh besikal dok round satu kampung, main aci kejar, penggal kasut, police entry, main tembak penutup tin, lastik melastik, dok pergi lepak2 dengan geng2 abang2 aku, dok rayau2 kat bazaar ramadhan..haha.. hebat kan?? maaflah dalam keluarga, aku paling la tak diterapkan dengan nilai kewanitaan terlampau.. disebabkan kakak2 aku time aku kecik2 diorang dah semacam matang, so, aku penuhkan masa terluang zaman kanak2 aku dengan abang2 aku jelaa.. abang aku dok main police entry, aku pon main, main panjat pokok aku main jugak, main bola aku main jugak, main pistol2 aku pon main jugakkk ok... erm, main masak2 tu aku adalah jugak main, tapi tak selalu laa...hohoho.. and paling best bila aku join abang2 aku time lepas teraweh, sesi nak hias kampung siapa paling cantik, pasang pelita, main meriam buluh, main mercun, main bunga api, perghh BESTT KOTT!! banyak benda yang aku buat bila bulan puasa, ape je aku xbuat entah, dan berpuasa itu bukan penghalang untuk aku terhadkan zaman keseronokan aku.. haha.. and aku mula berpuasa penuh masa umur 7tahun.. kira okay la kan, dari langsung tak puasa.. (-_-)
Tapi kanak2 zaman sekarang, bila puasa je diorang seolah2 terlalu memanjakan diri diorang sendiri, sampai tak larat untuk berbuat apa2 pon.. PATHETIC BUKAN?? budak2 zaman sekarang, bila bulan puasa je tiada lagi sesi main aci kejar, dok pong pang sana, pong pang sini, dok terlompat sana terlompat sini, kecuali kalau diorang tak puasa la kan.. then time2 lepas teraweh pon tiada lagi sesi kita lawan main mercun, dok rayau2 dekat kampung, dok main permainan kampung macam aku dulu, pasang pelita, dok lawan hiasan kampung paling cantik untuk sambutan raya, Semua tu takda da ok.. sekarang semuanya dok mengadap depan tv bila lepas teraweh, main playstation, main game dekat lappy.. eeii BORINGNYAAA!! bila aku tengok the same thing happened setiap tahun, aku rasa macam rindu sangat2 zaman aku kecik2..dan, budak2 zaman sekarang seolah2 macam terlepas satu pengalaman yang berharga yang xmacam kita rasai dulu.. yup, I MISSED THOSE CHILDHOOD DAYS laaa!!!
yup, biasa laa, sekarang ni bukan macam dulu2 lagi.. kita berubah ikut peredaran zaman.. kita berubah bila kemajuan makin meliputi kehidupan.. kita berubah dari satu stanza yang mundur kepada yang lebih baik.. tapi kadang2, kemajuan teknologi menjadikan kita LEMBIK, MALAS, dan SEMAKIN MANJA... hohoho.. betul tak?? nak salahkan teknologi pon xboleh, sebab hidup kita sekarang almost keseluruhannya bergantung pada teknologi.. so nak salahkan siapa?? mungkin cara penerimaan budak2 zaman sekarang dengan zaman kanak2 kita dulu berbeza, kalau dulu bila kita dok perah2 otak pikir nak nak main apa bila ada masa terluang, kita akan lebih cenderung untuk main segala macam permainan kampung.. permainan Tradisional lebih tepat, tapi sekarang budak2 lebih cenderung untuk main permainan fantasi.. which is Game!! masakan tidak, budak berusia 9tahun boleh punya lappy, handphone, dan gadjet2 yang sebetulnya tidak layak bila kanak2 untuk punya teknologi sedemikian.. bagi aku, biarlah kita bagi peluang anak2 kita rasa susah dahulu, biarlah kita bagi anak2 peluang untuk rasa berusaha bagi mendapatkan sesuatu, dan biarlah kita ajar anak2 untuk tidak terlalu bergantung dengan teknologi semata.. bagi mereka peluang untuk rasa keseronokan zaman kanak2 macam yang emak dan abah kita rasa dulu... mungkin dengan cara itu, kanak2 zaman sekarang akan lebih menghargai hidup... dan manja kan anak tu biarla bertempat ok!! :))
Take care and Live well Memberers:))
schubert serenade (*_*)