KLIK LA YE

September 7, 2012

Terjemahan yang Indah :)



Terjemahan Al-Quran ni sangat berguna untuk aku.. aku beli beberapa bulan yang lalu dan aku bawa ia ke mana-mana aku pergi.  aku sudah usai baca beberapa juzuk beserta makna dan aku dapat rasakan makna-makna indah ayat Al-Quran ni meresap tajam dalam hati dan sanubari aku.  tentang orang-orang yang munafik, yahudi, nasrani, orang-orang yang tiada tempat langsung di sisi Allah.. Mereka adalah orang yang membenci, tidak percaya akan kuasa dan kebesaran Allah dan kufur dengan nikmat Allah. Astargfirullahalazim..  tidak lupa juga ditulis dalam Al-Quran tentang keindahan orang-orang yang beriman, orang-orang mukmin, orang-orang yang Allah sayang dan Allah tunjukkan hidayah untuk mereka.. Subhanallah..  walaupun belum usai sepenuhnya aku fahami lengkap satu kitab terjemahan Al-Quran ini, tapi apa yang aku sudah baca dan fahami sangat-sangat la indah tafsirannya.

terdapat beberapa ayat yang maksudnya sangat terkesan dalam hati dan diri aku.  so aku nak share dengan korang beberapa maksud ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah ni :


Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat Wusta (solat yang berada ditengah2 dan paling utama),  berdirilah kerana Allah dalam solatmu dengan kusyuk.  ~ayat 238~

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan, orang yang meminta-minta, dan memerdekan hamba sahaya, mendirikan solat dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan.  dan mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertakwa. ~ayat 177~

Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan(kekafiran) kepada cahaya (iman).  dan orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan(kekafiran).  mereka itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya. 
~ayat 257~

Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku, maka jawablah bahawasanya aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia dia memohon kepada ku, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintah ku dan hendaklah mereka beriman kepada ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ~ayat 186~

 Secara jujurnya, kita manusia sangat mudah alpa dan leka dengan kehidupan duniawi.  same goes with me.. aku sangat selesa dengan kehidupan berpaksikan agama yang asas tetapi kehidupan duniawi aku sangat la meriah.  walaupun aku tidak la bertabiat seperti orang-orang yang kafir, tetapi panduan dan paksi agama aku cuma kukuh pada yang asas dan bukanlah sempurna.  aku damba dan inginkan pelajaran agama yang sempurna demi masa depan aku sendiri.  aku bersyukur dilahirkan sebagai Islam agama dan pegangan hidupku, tapi aku sangat rendah hati dan malu kerana kehidupan aku yang berpaksikan pegangan agama Islam belum cukup sempurna untuk  dibanggakan..  aku sedang mencari sinar dan hidayah daripada Allah sekarang ni, aktiviti aku lebih berunsurkan aktiviti yang mendapat keredhaan Allah, dan yang pasti aku perlukan masa.  berilah aku masa agar aku mampu menjadi muslimah yang lebih baik in future.. InsyaAllah..

Aku teringat kata-kata Imam muda Naufal semasa aku hadir dalam satu majlis agama bersama-sama IM Naufal, IM Adan dan IM Jabbar.  kata-kata yang aku maksudkan lebih kurang macam ni, ""Andai kita ingin kembali kepada fitrah, kita perlu konsisten dan kembali kepada agama Islam yang satu.."
Subhanallah, aku rasa sangat tenang berada dalam majlis-majlis ilmu seperti itu.. Banyak yang aku pelajari dan dalami..  even aku baru lagi berjinak-jinak dalam aktiviti usrah sebegini dan aku belum lagi kukuh berdiri dengan sendiri diatas landasan yang benar, tapi aku yakin aku boleh. aku yakin yang kalau nak berubah perlukan masa,jihad dan tekad. Tiada jalan mudah, tapi punya jalan sukar yang dijanjikan ganjaran yang amat besar pada penghujungnya.. Slow-slow bukannya mendadak kan?? Bagi diri sendiri masa, hiraukan apa orang kata, fokus pada niat. insyaAllah aku boleh.. :)


till then, live well peeps. Doakan yang terbaik untuk kita semua umat islam yang masih hidup mahupun sudah tiada.. salam.