Benarlah,
menjadi perempuan itu
bukan pilihan
menjadi perempuan itu
adalah ketentuan
tapi kita dibenar
memilih
mahu menjadi perempuan
mulia atau sebaliknya
hinanya perempuan terhina dimata Pencipta
kerana perempuan yang memilih
untuk teruskan
terhina tanpa kasih dari yang maha Esa
mulianya perempuan semulia Maryam dalam
redhaNya
kerana beliau perempuan yang terpilih
untuk meneruskan
galasan tanggungjawab dan amanah
memartabatkan mulianya perempuan di sisi
tuhanNya
tapi,
aku perempuan yang tidak
punya RANKING
aku tiada pilihan
selain meneruskan
berjuang dalam sedar dan
mimpi
menjadi perempuan yang
diterima Maha Esa
seadanya
perempuan kini dipandang asing
seolah tidak punya harga diri
akibat hidup di zaman ini
zaman yang mengikut nafsu dan kata hati
hati yang dicela noda dan titik hitam
meliputi
kerana
ketentuan yang nyata
kita perempuan zaman ini
yang masih kaku enggan
membuat pilihan
dan terus hidup dalam
nodanya
tiada noktah.
###
untuk perempuan, dan
perempuan-perempuan lain.
malam itu, perempuan
itu.
:)
Mita Ari
aku; pagi yang hening, tahun itu.