KLIK LA YE

April 28, 2013

Perempuan Menggapai RedhaNya


Benarlah,
menjadi perempuan itu bukan pilihan
menjadi perempuan itu adalah ketentuan
tapi kita dibenar memilih
mahu menjadi perempuan mulia atau sebaliknya

hinanya perempuan terhina dimata Pencipta
kerana perempuan yang memilih 
untuk teruskan
terhina tanpa kasih dari yang maha Esa

mulianya perempuan semulia Maryam dalam redhaNya
kerana beliau perempuan yang terpilih
untuk meneruskan
galasan tanggungjawab dan amanah 
memartabatkan mulianya perempuan di sisi tuhanNya

tapi,
aku perempuan yang tidak punya RANKING
aku tiada pilihan
selain meneruskan
berjuang dalam sedar dan mimpi
menjadi perempuan yang diterima Maha Esa
seadanya

perempuan kini dipandang asing
seolah tidak punya harga diri
akibat hidup di zaman ini
zaman yang mengikut nafsu dan kata hati
hati yang dicela noda dan titik hitam meliputi

kerana ketentuan yang nyata
kita perempuan zaman ini
yang masih kaku enggan membuat pilihan 
dan terus hidup dalam nodanya
tiada noktah.


###

untuk perempuan, dan perempuan-perempuan lain.
malam itu, perempuan itu.
:)




Mita Ari
aku; pagi yang hening, tahun itu.