Mata si dia terpanah,
pada gambar segak engkau,
dari sekeping gambar,
pada Blackberry seorang teman.
dia tekad dengan kata dia suka kau,
tapi kau tidak izin walau sekelumit rasa,
mengisi ruang hati dengan cinta,
kau diam dan kaku tanpa kata,
dia terus mengharap dalam doanya,
kerana luahan nyata dari hati,
kau biarkan tanpa sebarang nota.
Aku pula tiada bentengan apa-apa,
Aku maklum akan rasa suka,
tapi rasa itu bukan pada kau,
Aku mengharap juga bukan dari kau.
tapi, seketika berlalu,
Kau selinap ruang jiwaku dengan rasa,
rasa yang membara,
sekarang aku pula yang tekad,
membenarkan degupan jantung ku,
punya rasa yang luar biasa,
pada kau yang aku puja.
tapi,
Aku dan dia punya hubungan teristimewa,
Kasih kami diikat kuat,
menjadi darah daging dalam bersaudara,
Bagaimana?
aku diselubungi rasa,
seperti pesalah jenayah,
menunggu masa jasad terputus dari nyawa.
Kenyataan pahit,
dia tidak tahu,
akan rasa aku sama seperti dia,
terhadap kau yang di puja.
dan kau!
kau si lelaki bertuah,
yang punya dua nyawa memberi rasa,
walau secara nyata,
hanya rasa si dia yang kau notakan,
kerana aku akan terus memendam rasa,
tanpa kata sehingga terputus nyawa,
kerana kasih dan cintaku dalam bersaudara,
mengatasi rasa cinta kau yang teristimewa.
"Hidup memang palat jika kau yang membenarkan hidup kau dipalat."
Mita Ari