Aku teriakkan kata-kata,
berbaur neraka,
untuk kau yang berpura-pura,
berbalah tanpa arah.
dengan rasa tekad dalam jiwa,
aku genggam erat senjata,
disusuli tembakan rakus,
bertubi-tubi penuh amarah.
peluru laju menembusi kepala,
yang sudah berderai pecah,
tanpa sekelumit resah,
aku biar kau merana,
sebelum kau mati berlumuran darah.
maafkan aku
kerana aku yang terlajak,
punya rasa yang durjana,
rasa yang bisa membawa dosa,
bukan aku mahu derhaka,
cuma mahu dianggap manusia.
###
"kata-kata ini untuk semua yang merasakan mereka teraniaya'
Mita Ari