KLIK LA YE

April 13, 2013

Tunggul Bernyawa.



Tanah tidak bertuan itu sangat sedih visualnya,
Negara tidak berkepala itu lebih parah bunyinya,
tapi itu yang kita rasakan pada masa ini,
hidup tanpa kepala mahupun ketua.

Tapi jika punya kepala yang dianggap ketua,
kita tetap juga dianggap tunggul semata,
tunggul yang bernyawa,
punya rasa dan jiwa,
cuma tidak diberi peluang untuk bersuara.

Mereka tidak perasan akan wujud dan hadirnya kita,
kerana kita cuma dianggap tunggul,
yang kaku dalam kalangan mereka,
hidup di bawah naungan mereka.

Kita tidak cukup agresif atau mereka yang tidak cukup peka?,
Mungkin kita lebih memilih untuk diam tanpa bicara,
kerana kita takut dianggap derhaka,
atau sekadar hormat mereka yang lebih tua.

Tapi sampai bila?,
kita memilih menjadi tunggul yang tidak ampuh,
tidak bersuara walau punya hak yang utuh,
atau kita sememangnya selesa,
dengan rasa yang dikawal pergerakannya.

Realitinya,
kita sendiri yang membenarkan,
diri kita diam walaupun bernyawa,
kerana mahu berdiri pun tidak punya daya.

Benar bukan?

#tanya pada diri apa tujuannya kita hidup dengan nyawa yang Allah beri. :)



Mita Ari