KLIK LA YE

May 22, 2014

Patah Hati

Untuk kita yang patah hati,
Kita takkan mampu untuk memulai sesuatu yang baru
Dengan sempurna
Jika kita belum merelakan untuk tinggalkan yang lama
Sepenuhnya

Perasan yang paling sukar untuk dihadapi
bukanlah rasa patah hati itu sendiri
tapi kenyataan bahawa kau sedang menjalani
patah hati itu sendirian
Dan yang paling mendera perasaan
secara perlahan
adalah kenyataan bahawa kehilangan
begitu menyakitkan

Hidup seharusnya berjalan seperti biasa bukan?
Lalu,
aku mengembara
melihat dunia
aku membaca buku kesukaan ku
aku masak makanan kegemaran ku
aku lakukan perkara yang aku suka
dan aku menulis puisi tentang apa yang aku rasa
demi untuk melupakan kamu
wahai orang yang telah mematahkan hatiku.


-Mita Ari-








May 20, 2014

Murung

Aku punya rasa
kau dan aku langsung tidak punya 
"chemistry" yang aku idamkan
hati aku kau tak mengerti
hati kau juga tidak kau buka 

untuk aku fahami
Jadinya, pabila aku murung
kau juga tidak ketahui
apatah lagi untuk berkongsi

rasa perit di hati
aku takkan merayu
untuk kau mengerti
aku akan terus sepi
kerana aku yakin
jika kau peduli
kau akan cari.

-Mita Ari-

May 19, 2014

Strangers with Memories



Stranger,
Kau perlu tahu ini
Aku tidak pernah gigih membaca bait tulisan yang kau karang
di laman blog kegemaran ramai itu
sehingga aku perlu mencari kisah perihal kau
untuk aku fakta kan kerja penulisan ku
kerana "lady boss" sudah menunggal kepala ku
menunggu "submission" dari aku
perihal maklumat peribadi kau
untuk dihantar ke media yang meminta.

Aku juga bukan peminat tegar
yang membontoti perjalanan hidup kau
yang tekun menonton video-video ciptaan engkau
Ya,
pernah aku tonton
sekali
tapi cuma sampai separuh jalan
aku tekan butang pangkah
aku mengantuk
maaf.

Kau idola ramai gadis di luar sana
punya nama
punya tempat di hati mereka.

Aku gadis biasa
sederhana
tidak dikenali sesiapa
mana mungkin kita bersama?

kau dan aku
Asing
dua hari
untuk satu pertemuan
Manis
tapi aku tahu
kita ini Asing
atau dalam bahasa penjajahnya
"We are Strangers"
"Strangers" secara total.

terima kasih untuk dua hari
hujung minggu
dan saat-saat kita ketawa
dan untuk 'sembang-sembang' 
kita bersama.

ya, aku Gembira.





untuk tanggal 17 dan 18 Mei 2014
Dewan Anuwar Mahmud
UKM, Bangi
#proudofyourxfactor


Mita Ari

May 8, 2014

When you died, a part of my soul died with you.



I remember a time in youth
Brother-sister, best friends, together always.

Cycling, talking all day, laughing to death
oh those were the days.



I remember, together as teens
The fighting and arguing and all in between
The laughing and joking till tears filled our eyes.

Last 23 years,
I love to see your face when you are eating
Sister’s honor, Yes you are a good cook bro       
I love seeing your smile that makes my heart calm
I love talking to you on the phone with your crap talk.

But now, I am missing every single thing about you
Because I have no chance to see your smile
Nor listen to your voice just like when we spoke on the phone before
Your laughter that I can’t get rid out of my mind all this while.


I remember your phone call a day before you left
Obviously your last call, our last time together
But I refuse to answer, because I’m too tired
With the exam and classes
I received your text telling me you are really sick
But still, I reply lightly because I am so sleepy
Until the next morning
Received the phone call we've all come to fear
Still remember those words even after years.


I remember those times each day I wake
Not understanding God's choice in who to take
A brother, a best friend and a good man to all.

I remember you brother always so strong

I pray every day, I hope you forgive me
I thought I could help you, I guess I was wrong.

Happy Birthday to you (8 May)
My pray will always be with you
And my soul will always be part of yours
And our blood related will always be remembered.

I remember a time in youth
Brothers, best friends, together always.

Laughing, Joking, or even Wrestling
oh those were the days.



In loving memory of my late brother, Mohd Zawawi Mohd Isa, Al-Fatihah.
(8 May 1984 - 16 July 2013)
When you died, a part of my soul died with you.



Sarat dengan Rindu,
Mita Ari

May 3, 2014

Asing





Di tengah sesaknya kota raya
mata kita bertaut 
langkah kita terhenti
hati mula berdegup
kencang.

asing sungguh raut wajah itu
tidak pernah kita bertemu walau dalam mimpi
pandangan mata asing yang redup
membuatkan aku diam sepi

mungkin 
kau aku kenali
atau kau hanya sang arjuna asing
yang pernah hidup dalam memori aku
satu ketika dahulu.

akalku ligat berfikir
mencari-cari identiti wajah teduh itu
dapat aku rasakan
kau pernah menjadi sebahagian
daripada memori bahagiaku.

persoalan tidak pernah susut
akalku tidak pernah berhenti mengingati
tapi yang aku mampu 
hanya satu memori kabur 
tidak pasti.

lalu aku nekad tidak mencari
biar saja aku hidup dengan memori yang ada
kerana aku percaya
jika benar kau betul peduli
kau akan cari.




Mita Ari

Stranger

Dear you,
If you saw me on the street 
Would you stop and talk to me
Or would you look right past me
A stranger you never meet.

*wondering 





Mita Ari






April 23, 2014

Random



" Dengan Tuhan pun aku masih tergapai-gapai mencari cintanya, apatah lagi nak menjalinkan hubungan cinta dengan manusia. Aku belum layak sepenuhnya lagi. "


*Fikir Aminah sejurus solat subuh pagi tadi.



Mita Ari




March 16, 2014

Ruang dan Nyata



Di ruang angkasa
di sebalik kelabunya dunia
engkau berlegar
mencari arah
menuju tempat
yang bergelar rumah.

Di ruang nyata pula
aku melihat di suatu penjuru
sang anak yang menunggu bapanya
si isteri yang mengesat air matanya
sang suami yang tunduk sayu menahan esaknya
dan ibu tua yang tidak putus memanjatkan doa
memohon kepada yang Esa
untuk dikhabarkan berita gembira.

Untuk kita pendosa yang menadah tangan
meminta dikabulkan satu harapan
saat musibah menampakkan bayang bayang
harapan itu tidak mungkin akan hilang
kerana sesuatu yang bergelar harapan
akan diiringi sebuah jawapan
kepada pelbagai persoalan.

Yakinlah bahawa Doa itu
adalah payung yang paling teduh
bagi setiap insan yang bernyawa
dan sedarilah akan kuasa yang maha Esa
pencipta dunia yang sementara.

Maka aku tanpa lelah
terus berdoa
untuk mereka yang hilang
dari kaburnya pandangan mata.


#Pray4MH370
Mita Ari

February 23, 2014

Choices


The choice is yours
How you respond
How you react
To the world around
You're in control
At the end of the day
When you decide
The right words to say
You should not push
Resist, defend
But acknowledge your actions
In the end
That does not mean
You are to blame
Or it's your fault
For the role you played
In all events
The things you did
Should not drive you
To shame, regret
But rather give you
The power to see
Choices improve you
To be better or to be worst
Choices made you choose
To live well or to live hell
You choose.


Mita Ari
1.09 am

February 20, 2014

Bermula dan Berakhir

warna hitam menampakkan rupa
dalam hati yang dicemar oleh noda
kotor, jijik, ngeri kian aku rasa
mengingatkan kembali hati yang sudah tiada jernihnya

aku tersasar nanar
jauh dari landasan syariatnya
penuh resah ibarat hampir putus dari nyawa
sehingga aku terpaku dalam kalam pilu

sedarku pada dosa dan sesalku yang kini bersatu
menjadikan aku rindu
rindu pada sujudku
untuk kembali kepada sujud nasuha menghadapMu

hampir bertahun aku kehilangan arah
kini aku sudah kembali mencari maruah
sebagai Islam yang mujahaddah
untuk aku kembali merasa bahagia

Kini, terasa lapang hamparan hidup
dengus nafas tidak lagi gugup
tatkala terbit sinar difajar subuh hidupku
kembalikan asa yang kian rapuh.

Syukur alhamdulillah.

live, love and learn.

Mita Ari