Entry kali ini adalah nukilan buat diri aku sendiri dan hati "memberers-memberers" aku yang masih terpenjara,pernah terpenjara dan sudah keluar dari penjara..sama seperti aku, satu ketika dahulu.. aku juga pernah terpenjara dalam sangkar kehidupan aku sendiri... cuma masa tu aku masih belum sedar yang aku boleh buat dan aku boleh merdeka!!! cuma mungkin aku belum merdeka sepenuh tapi atleast aku ada inisiatif untuk rasa erti merdeka tu.. (^__^)
Seumur hidup korang mesti korang pernah pergi melawat zoo kan?Kalau tak pernah pun,mesti la pernah bela haiwan di dalam sangkar.Kalau tak pernah juga,mesti korang pernah melihat haiwan-haiwan yang dikurung di dalam sangkar.. jangan nak "BULAK" cakap tak pernah!! memang mintak kena sekeh laa kalau korang jawab "tak pernah".. Fikirkan... macam mana keadaan haiwan-haiwan yang dikurung ini?Apa wajah-wajah burung di dalam sangkar,ikan di dalam akuarium atau haiwan-haiwan sarkas yang dikurung dan dikerah tenaga, gembirakah mereka dikerah dan dikurung sebegitu rupa?? Sebagai manusia, rakyat malaysia tak dinafikan yang kita telah pon merdeka selama berpuluh tahun lamanya.. tapi kita hanya merdeka pada nama bukan pada jiwa..:))
Secara fitrahnya, sebagai makhluk confirm la kita nak sebuah kehidupan yang merdeka. Tiada satu makhluk pun yang suka dirantai,dikurung dan diikat. Buktinya?Kalau kita mengail,ketika umpan di makan ikan, tak ada maknanya Ikan tu nak rilek-rilex berserah diri je macam "tangkap la aku, aku kan ikan memang untuk manusia tangkap pon, tangkap laa,tangkaplaa,tangkaplaaa!!".. HARAMJADAH laaa ikan nak cakap macam ni.. For sure Ikan tu akan meronta-ronta dan try untuk melepaskan diri.. Kita sendiri,kalau tiba-tiba kita bangun tidur dalam keadaan terikat,tergantung.. mesti kita akan mencari jalan untuk menyelamatkan dan membebaskan diri,kan? takkan laa korang bijak bebenor nak serah diri kena hukum gantung tanpa sebab.. betul tak?? (erkk tiba2 teringat cerita Saw..huhu)
budak ni memang rasa tenang dengan memandikan kuda-kuda-an...hehe..:p
Senang cerita la, korang pon taw kan jiwa yang merdeka dan hati yang tenang hanya datang dari Dia.. so, kalau korang terpenjara dalam kehidupan sendri, mestilah korang nak keluar dari kehiduoan durjana macam tu kan. Sebab apa? sebab kehidupan di dalam sangkar bukan kehidupan sebenar. Sebagai manusia, pasti ke yang korang betul-betul dah merasai kebebasan atau masih banyak lagi masalah dan perkara yang membelenggu diri? Secara zahirnya kita tak nampak terpenjara tapi masih ramai dalam kalangan kita yang terpenjara dengan jiwa dia sendiri atau oleh jiwa-jiwa yang lain.. Just sedar atau tak sedar je.. Jom kita terjah....(^__*)
Rasulullah mengajar doa ni kepada kita di mana mafhumnya :
"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu drpd rasa keluh kesah dan kesedihan,dan aku berlindung kepada-Mu drpd rasa lemah diri dan kemalasan,dan aku berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan kebakhilan dan aku berlindung kepada-Mu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang." --->( Al-Mathurat pun ada doa ni kalau aku tak silap laa, aku pon new learner lg kot.. tengah terkial2 baca hadith dan buku ketenangan hidup.. kalau dulu, memang HARAM laa aku nak baca.. Dunia2!! huh.)
Act, kalau korang nak taw inilah sangkar-sangkar yang membelenggu kehidupan kita tanpa kita sedari. Cuba reflek balik bila korang dalam keadaan sedih,sayu,pilu,resah,gelisah.. Seluruh kehidupan mesti korang rasa gloomy and penuh negatif.. Seluruh saraf dan nadi korang rasakan tidak bermaya... Ibarat macam dah takda arah dalam hidup daa dan ia membawa kepada satu sifat yang Allah memang tak suka.. sifat PUTUS ASA atau dalam bahasa omputihnya, Give Up...heee:)
So, tugas kita adalah kita kena bebaskan diri kita daripada perasaan-perasaan cenggini.. Kita perlu bangunkan jiwa yang positif, kawal perasaan2 negatif yang merosakkan hati, jiwa dan sanubari..chewahh...:p
jgn kasi hidup korang gloomy and sunyi macam ni..tp macam cantik pulak view ni kan..ahahaha:p
Kalau kita masih terduduk berteleku melayan perasaan, menda ni tidak akan membawa kita ke mana2 kecuali kelemahan,kemerosotan harga diri,kehilangan jati diri dan keyakinan serta kita akan tewas kepada diri sendiri sebelum berjuang dalam kehidupan. So,mintalah kepada Allah agar membantu kita bijak dan berupaya mengawal emosi serta tidak membiarkan emosi tersebut yang menguasai diri dan kehidupan kita.. faham?? kalau tak faham jugak aku pon dah tak tau nak buat ayat rupe mane da nak bg kome paham..haha:p
Sebagai manusia yang sempurna, erk tak tepat pulak perkataan sempurna tu, i mean sebagai manusia yang almost perfect, sewajarnya kita menyempurnakan juga rohani dan emosi kita. Jangan pulak korang hanya sempurna panca indera,anggota badan tapi jiwa kucar kacir dan sikap pulak malas teramat.. confirm2 la korang automatik akan menjadi lemah juga dalam berjuang untuk kehidupan. Try kita ambik ibrah insan-insan yang kurang sempurna/OKU yang mempunyai jiwa yang kuat,azam yang tinggi,cita-cita tinggi melangit serta usaha dan semangat juang yang gigih dan mantap.. See, mereka berjaya dalam kehidupan. Allah Maha Adil..Dia memberikan hasil mengikut usaha kita setakat mana.. bukan macam sesetengah orang, tau cakap je meloba-loba, tapi usaha takda..hasil lagi laa TARAAKK!!
Tapi walaumacam mana perfect pon korang, yang paling utama ialah kemerdekaan jiwa yang sebenar sebagai hamba Allah. Iaitu apabila kita bebas daripada belenggu kufur dan kesesatan dan menjadi mukmin yang sejati. Melihat diri dan insan-insan di sekeliling,berfikirlah.. Merdeka kah AKU dengan laungan merdeka sebanyak 7x, pesta muda mudi yang berakhir dengan zina, konsert yang melalaikan, perhimpunan merdeka yang membiarkan lelaki dan perempuan bukan muhrim berpeleseran tanpa batasan, aurat terbuka di merata2, hiburan menjadi raja kehidupan, keseronokan menjadi keutamaan hidup, budaya barat diagung-agungkan, pembunuhan melata-lata ibarat macam nyawa tu ada gantinya, penyelewengan dalam pentadbiran, ketidakjujuran dalam perhubungan, rasuah dalam penghakiman, contoh orang salah bebas merdeka orang baik disebalik besi penjara..merdekakah aku??? or merdeka kah kita??
maaf, aku memang tidak berhak untuk pergi tanya dekat orang-orang sekeliling " merdeka ke kau??" kalau nak mintak penampor dah lama dah aku pergi tanya. lagipon aku pon masih insan yang mula mengenali apa itu hidup, yang masih terkial-kial mencari arah, yang masih merangkak memulakan kehidupan yang lebih hakiki.. even aku belum lagi berubah sepenuhnya tapi aku telah memulakan step demi step untuk aku rasa erti hidup yang bukan semua orang dapat rasai....... kalau korang dah rasa korang baik sangat, dan dah rasa macam korang bahagia sangat, tolong fikirkan semula ye. tak semestinya kalau korang cukup solat 5 kali sehari, puasa cukup tak pernah tinggal, tak buat benda zahir yang haram tu means korang dahh cukup baik.. fikir..fikir...dan fikir...okay?? :)
jgn tangkap dolphin lagi..sian dolphin tak dapat nak merasa kemerdekaan..hikhik..:p
Sesungguhnya kehidupan hanya akan jadi bermakna dan bahagia apabila kita bebas daripada sistem-sistem ciptaan manusia dan kembali kepada sistem dan fitrah Ilahi. Tak percaya? Cuba try test dulu.. confirm once korang dah rasa hidup dibawah fitrah yang allah dah tetapkan korang tak akan pilih yang lain (Iklan Pantene) sebab kau dah rasa satu kehidupan yang penuh ketenangan dan korang akan rasa hidup tu amat berharga.. ala2 iklan Loreal, Kerana dirimu begitu berharga..(^_<)
Ruba'i bin Amir melafazkan dengan penuh izzah,keberanian dan jiwa merdeka ketika berhadapan dengan Rustum (panglima tentera Parsi) :
"Kami datang untuk memerdekakan manusia daripada menjadi hamba kepada sesama manusia agar menjadi hamba kepada Allah. Dan kami datang membawa keindahan dan keadilan Islam sebagai ganti kepada kesesatan agama-agama dan penindasan sistem yang lain."
*Kita?Adakah kita hamba Allah atau hamba manusia?hamba cinta?hamba duit?hamba dadah?hamba rokok?hamba makanan?hamba barang-barang berjenama? HAMBA BERFASHION??
(errkk..macam untuk aku je..hehe).. Hamba...hamba..hamba semua kejadah laa.. fikir-fikirkan dan selamat beramal... (aku pon tiap2 hari fikir kejadah semua ni.. addooii..terlalu leka dengan dunia...hurm...) PEACE=)
(errkk..macam untuk aku je..hehe).. Hamba...hamba..hamba semua kejadah laa.. fikir-fikirkan dan selamat beramal... (aku pon tiap2 hari fikir kejadah semua ni.. addooii..terlalu leka dengan dunia...hurm...) PEACE=)
K Bai...