HYE GUYS!!!
1,2,3 goooo!!!:))
bersiap sedia..entry aku dan gambar-gambar tiada kena mengena..aku main aci redah je:))
1,2,3 goooo!!!:))
Sibling aku balance lelaki and perempuan semua cukup. so bila aku nak bergossip atau perlukan someone to talk to aku akan prefer untuk cari kakak-kakak aku. bila ade cerita macam "eh kau tau tak anak mak cik limah duduk taman perumahan sebelah dah dapat baby semalam", lepastu kakak aku lagi sorang menyampuk "bukan dia baru ke kahwin?? macam cepat je dapat anak" then adik aku dengan sifat2 ke-ustazah-an dia akan lectured kitorang dengan penerangan bahawa mengumpat tu tak elok.. tak baik cerita aib orang..hehe.. dan aku?? aku jenis lebih suka mendengar, paling cikai aku akan reply pon "erm", "yeke?", "okay"..haha.. aku memang boring, tu sebab adik aku cakap "kak, kau muka bukan takda rupa tapi apesal kau takda bf eyh?"...adik aku cakap aku adalah manusia yang membosankan in a certain way..okay macam harammm je....:p
Tapi bila turn nak bercakap pasal hal-hal "LELAKI" macam "weyh, malam ni korang jangan tengok tv, abg e dengan abg awie nak tengok bola" atau abah akan merungut " ishh harga minyak dah naik lagi, baru je kelmarin naik 20sen, sekarang naik lagi" dan bila abang aku bercakap pasal gadget, "tak patut beli gadget macam ni, macam tu tak elok, tak tahan lama".. tapi yang paling best time abang-abang aku dan abah menjerit sakan bila kami menonton bola sepak macam seratus orang yang menonton, haa time-time nak buat "huhaaa huhaaa" aku akan cari abang-abang aku.. heee... so, memang takdelah cerita dekat rumah macam perempuan-perempuan "kepochi"...haha.. itulah bezanya bila kita berada dengan kaum wanita dan kaum lelaki.. TAPI SERIOUSLY AKU LAGI PREFER KAWAN DENGAN KAUM ADAM.. tapi in certain things, aku tak nafikan aku perlukan "memberers" berjantina HAWA..
tapi dekat rumah aku takda la sangat diterapkan dengan perangai kewanitaan terlampau,coz kakak-kakak mostly dah besar-besar masa aku lahir, so aku rapat dengan abang-abang laa.. maka aku ni macam tiada perasaan sangat. ada a few memberers aku cakap aku ni HEARTLESS, TAK RETI NAK TOUCHING, errkkk... agakk laa.. hati kental babe!! Contoh, dulu, bila tengok baby ataupun budak kecik, aku seriously takde perasaan. Aku pon pelik jugak apa pasal orang pompuan kalau nampak baby, mesti dia buat bunyi seperti ini, "alololoooo comeynye die, bucuk2, cayangnye dieee"... haa lebih kurang sama laa.. macam know out of sudden ada nerve+adrenalin problem pulakk.. then, tak cukup setakat tu je, dia akan dukong dan tayang satu kampong yang dia pandai dukong and layan baby.. pastu, makcik-makcik akan jatuh suka laa dekat and puji, “baguihh kamu ni..pandai layan budakk, dah boleh kahwin ni...” so perempuan tadi tu akan tersipu-sipu malu laa bila makcik-makcik ni puji diaa.. kot-kot ade luck makcik-makcik ni nak ambik dia jadi menantu… perrgghhh sumpah tak boleh blah situasi macam ni.. haramjadah betul.. aku seriously menyampah kot dengan keadaan2 macam ni… aku rasa benda ni macam sungguh HIPOKRIT!! Faham x??
plus, orang2 tua ni kan jenis cepat terpengaruh dengan surrounding, judgement diorang based on apa yang diorang nampak.. contoh lain macam kau memang pergi kenduri kat rumah makcik ni, then kau pon dengan rasa rajin ya amatt tolong la kenduri kendara tu.. pastu confirm punya makcik-makcik kat kenduri tu akan cakap “ bagus budak ni, rajin je tolong kenduri2 macam ni, lemah lembut pulak tu, sopan santun lagi”…huhh, HIPOKRIT teramat kau paham tak.. sebab kat rumah dia sendiri belum tentu lagi dia rajin kepalang tolong mak dia kemas umah..haha..:p
Tapi itu dulu.kalau ada perempuan-perempuan remaja yang aku jumpa macam perangai overboard semacam, aku memang judge diorang hipokrit dan gedikss laa.. Tapi sekarang ni, makin lama aku rasa aku makin ada sifat motherly pulakk. Ya know something that comes from within. Something yang aku sebelum ni kalau nampak babies aku semacam takde perasaan ape2.. macam erkk’ baby je pon… perluke buat bunyi yang sangat2 annoying tu..haha.. things change, people change too kan. Macam sekarang baru aku faham perasaan perempuan-perempuan tu.. lagipon aku cukup sukaaa cium bau babies, diorang ada satu bau yang innocent "bau minyak Yu Yee" dengan "bedak Johnson Baby"..hehe...wangi doee!! chewahh, so conclusionnya sekarang kalau ade minah2 yang berprasangka macam aku dulu bila tengok aku tiba2 annoying aku akan jawab, “eelleehh kau, kau mane faham ape aku rasa.. aku ade sifat motherly kot.. kau hado??hado??” hahaha..:))
tapi INDAH kan jadi wanita ni... bila ada sifat motherly macam ayuuu jee gituuu..hikhik^_<
K bai.
hee...aku post pasal sifat motherly ni kt fb, then "memberers" aku cakap, "ahh kau dah gatei nak kawen la tue"...
ciss korang macam hampehhh je bahan aku kan!!!:p
Schubert Serenade ($_$)