KLIK LA YE

August 21, 2011

Penatnya bila punya 9 nafsu.....

hye Memberers~!

haa..aku dah tukar backgorund music blog aku ni..  best x?? macam biasa la ofcourse la mozart song kan.. dah nama aku ni one of mozart die hard fans!!  kali ni aku letak alunan piano dari pianist Japan iaitu Yiruma!!  Title dia Kiss the Rain..  Mozart song ni sangat2 menenangkan... and siapa xkenal Yiruma memang rugi!!  Dia Awesome2!!:))

ok, here we go!!
Biasa tak dengar perempuan punya 9 nafsu dan lelaki pulak mendominasi satu2nya nafsu yang ada disamping 9 nafsu yang menjadi juara carta hati kaum wanita.. haha..  benda ni Typical kan? yup, sememangnya benda ini sangat2 la common..  kita memang dah diberitahu secara umum bahawa perempuan sememangnya mempunyai 9 nafsu 1 akal dan lelaki cuma punya 1 nafsu tetapi 9 akal..  Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam PATHETIC gila orang perempuan ni.. Bila perempuan ni kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jer.. bila tengok perempuan tu suci dan lemah lembut, but eventually dia ada 9 nafsu.. Haha..lawak bukan?? tapi sebenarnya, kita sebagai perempuan ni tersangat2 la beruntung sebab diberi peluang untuk punya 9 nafsu~~ haha...

Tapi bila bercakap pasal nafsu ni, it can be broad..  nafsu ni boleh jadi macam2, nafsu makan, nafsu shopping, nafsu berak, nafsu sex dan sebagainya..  Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang macam2, so orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami... sukar untuk difahami dari segi segala2 nya...haha..  Secara umumnya, orang perempuan ni lebih punya sensitivity yang tinggi berbanding lelaki.. orang perempuan ni kalau time2 mood swing mereka datang, kita punya alasan yang kukuh untuk diberi bila lelaki tanya "apsal macam takda mood je ni??"  kita boleh senang je kasi alasan "aku period laa"  atau "aku datang bulan laa".. enough!! hanya statement yang simple macam tu sudah cukup untuk buat orang sekeliling korang diam dan tidak mengganggu pemikiran korang yang tengah serabut tu.. see?? awesome kann!!! haha...

Then, Perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap.. Tak stabil.. Ibarat macam ombak laut yang kadang2 boleh jadi sangat kuat dan kadang2 boleh jadi sangat menenangkan.. Hari ni kitorang orang perempuan ni kata lain, the next day kitorang akan kata lain.. Walaupun kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima apa yang kitorang cakap ni bulat-bulat.. Kalau tak boleh terima, kitorang akan marah. Haha! Cool bukan? Tak dengar cakap je kitorang boleh marah korang.. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back..  Boleh tak macam tu??haha..  Bersabarlah wahai kaum Adam:)

Next, kalau nafsu untuk kelihatan cantik tu datang, orang perempuan ni akan sanggup berhabis duit hanya untuk kelihatan cantik..  betul, tak tipu!!  aku lah salah seorang dari perempuan2 yang mempunyai nafsu buaya terhadap kecantikan..  perempuan dengan cantik ni memang tak boleh nak dipisahkan..  tapi, bagi aku cantik tu sangat2 la subjektif..  mungkin sesetengah perempuan tu, dia sebenarnya biasa2 je, tapi keyakinan diri dia dan cara penampilan dia tu yang menampakkan dia cantik..  atau mungkin perempuan tu sememangnya dilahirkan cantik dalam kaca mata hampir semua mata yang memandang, tapi mungkin the way dia bawa diri dia and the way dia tampilkan diri dia infront of other people membuatkan dia kelihatan biasa2 je..  see??  cantik tu sememangnya sangat2 subjektif..  subjektif kerana cantik tu dinilai dari pandangan mata orang yang melihat bukan dinilai dari cermin yang reflect diri kita sendiri...:))

bila masuk bab shopping..  ni juga merupakan salah satu virus yang semakin menular dalam kalangan perempuan2 terutamanya remaja macam kita..  kita hidup dalam arus permodenan yang sangat2 tinggi,so kita sebagai perempuan akan lebih cenderung untuk cepat terpengaruh dengan permodenan dalam berfashion jugak.. i mean like really CEPAT terpengaruh ok.. contoh paling dekat, sekarang ni tengah Hott dengan Fashion yang Vintage dan olSchool..  so kita sebagai perempuan akan cepat2 pergi cari mana2 boutique yang menjual barangan Vintange..  macam sekarang sangat famous dengan fashion shawl lilit yang macam2 style, just name it la, "Hana Tajima wrap", Yuna Style, Turban Style and what so ever, orang perempuan ni akan tetap nak try semua style and nak jugak beli kalau boleh exactly the same shawl macam idol diorang pakai..  tak kira la muka kau tu sesuai ke tak pakai segala fashion lilit2 tu..haha..  Sanggup kan orang perempuan ni??hee... aku adalah salah seorang daripada perempuan2 jenis macam ni.. aku sekarang takda dah nak pakai Tudung2 bawal kejadah macam dulu, sebab that is Sooo 1990!! haha.. padahal dulu time sekolah2 tudung bawal jugak la yang menampakkan muka aku COMEL and INNOCENT.. chewahh...haha..

lepastu, bila ada sale sehingga 70 atau 80 peratus, kita orang perempuan ni akan jadi barisan2 utama yang berebut2 untuk pergi memenuhkan mall2 yang buat sale tu..  Sanggup berhimpit2 dalam kesesakan limpahan jutaan orang hanya untuk puaskan nafsu shopping!! Teruk kan??huhu..  Then, bila tengok orang pakai makeup yang tebal2, fake lashes bagai, kita pon nak jugak walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je make up tu sebab segan and menyusahkan sebenarnya..dulu aku pon sibuk jugak nak pakai makeup bila jumpa atau keluar dengan kawan-kawan, konon-konon taknak rasa macam being left out la kan.. Semua orang pakai makeup takkan kau sorang je datang dengan muka PLAIN SUCI? Nanti nampak macam you are not belong to that group(That's what I used to think before)... So aku ni pon sibukla nak pakai make up bagai, lepas tu bila nak solat dah susah.. Kena pakai remover and all untuk bersihkan makeup tu.. Lepas da solat kena make up balik coz nak nampak outstanding tu punya pasal.. Benda yang supposed boleh settle dalam 15minit dah jadi 30minit. Tak cerita lagi part lilit shawl bagai..  kadang kalau mood shawl tu xelok, masa yang akan diambil untuk lilit shawl tu kasi elok balik sangat2 la lama ok..  so, semua ni dah jadi satu pembaziran masa pulak.. These are the commonest examples that I could think of.. Aku taw pon sebab aku pon PEREMPUAN..  Aku dah penat merasa penangan 9 nafsu ni.. Serius aku penat layan nafsu2 yang ada ni, penat dari segi emosi dan fizikal ok..

Lately, benda ni buatkan aku terfikir.. APA YANG AKU NAK KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa dan tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tak pernah rasa puas pon..  Bila aku buat semua ni aku rasa aku pulak yang dah jadi mangsa untuk dikorbankan dalam arus permodenan fashion ni..chewahh..  Bagi aku, kita semua xkan pernah puas kalau korang keep comparing yourself with others ok..  Bagi aku sifat yang suka compare diri sendiri dengan orang lain ni sangat la tidak sehat..  apa je yang orang lain ada, kau pon mesti nak jugak..  sampai bila kau nak bersaing benda2 tak berfaedah cenggini??hurmmm, masalah100x!!

Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things.. Dulu aku okay je, but now aku rasa rimas dan benda ni sangat menyusahkan diri aku sendiri.. Well benda ni depends kat diri masing2sebenarnya.. Kalau kau rasa benda tu macam tak bagi benefit kat kau, then don't do it.. Kalau kau rasa kau buat semua benda ni sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem.. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan.. Korang macam bersaing-saing  siapa pakai baju lagi cantik, kasut lagi unik, and all stuff la walaupun secara amnya korang adalah goodfriends.. Jangan tipu cakap korang TAK macam ni ok, at least korang mesti ada jugak sedikit jealousy.. Perempuan kan memang suka envy.. Thats the fact Babe..
 So, sekarang ni aku latih diri aku untuk terima diri aku seadanya, aku pon manusia biasa TAK PERFECT mana pon..  aku ajar diri aku untuk jadi apa yang diri aku mahukan..  yup, like betul la aku memang suka bershopping dan kelihatan cantik. tapi berpada2 la..  aku pakai ikut apa yang aku selesa..  sometimes, aku redah je pakai Tshirt dengan tudung bawal bila keluar makan dengan kekawan..  aku dah xkesah, i left my shawl behind da sekarang.. janji aku selesa..   tapi walau macam mana pon, SHAWL tetap dihati laa..haha..and yang paling penting sekarang, aku dah boleh control wang ringgit aku sedikit demi sedikit..  aku dah xmembazir macam dulu sangat..  sekarang more to beli keperluan bukan kemahuan!!  CONGRATS dekat diri sendiri cepat...:D

And, ofcourse la yang paling penting adalah CONFIDENT!!  kau kena confident dengan diri kau, dengan apa yang kau pakai.. Sebab, bila kau ada confident kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' ..  lepas tu akan rasa yang diri kau tu sangat2 la Cool and Awesome ok... Hati kau akan jadi tenang, duit pon dapat saving dan yang penting, kau  belajar untuk kawal nafsu buaya kau tu... Its a good thing right??  So, kita sama2 la belajar dari pengalaman..  dah kata pengalaman mematangkan kita..  so aku, kau dan kamu semua, sama2 la kita stay Cantik dan Amazing inside and outside..  cantik dari segi segalanya adalah aset yang paling berharga!!  bak kata Loreal "Kerana dirimu begitu Berharga"..:))

aku yang pakai skirt kuning tu ok!!
aku dengan bestie aku..



gambar2 dekat atas ni masa aku tengah addicted dengan fashion..
but now, aku planning untuk be moderate.. and aku lebih prefer untuk pakai macam ni je sekarang...  lagi pon Less is More kan..  simple tu penting:)

  gambar2 muka PLAIN aku time2 aku pergi CLASS..  tanpa make up..and act pakai baju kurung sangat2 la selesa ok..
SIMPLE!!
ni pulak motif nak tunjuk baju kurung, tapi lebih kepada Freaky face aku je..hohoho:D

k bai..
Stay Amazing Memberers..
"Schubert Serenade"





August 17, 2011

Puasa masa zaman kanak2 tu paling Indahhh!!

salam Nuzul Quran Memberers...

semenjak few months ni aku sangat2 malas Blogwalking.. kenapa?? jangan tanya..  aku memang MALAS..  if aku jengah blog orang lain pon cukup sekadar membaca, tapi untuk tinggalkan jejak atau komen, jemari aku OTOMATIK jadi malas untuk menaip.. MAAF ye kawan2 sekalian..  and disebabkan syndrom kemalasan aku ni, komen2 dari blogwalkers yang lain pon makin kurang..  yup aku faham tu, lagipon this is my personal blog.. bukan untuk ditayang bagi tatapan umum kan..  so IT'S OKAY!!  once aku dah rajin untuk blogwalking, aku akan rajinkan jugak jemari aku untuk tinggalkan komen ye..  but at the moment, aku senang dengan blog aku bila tidak ramai blogwalkers kunjung atau ziarah..  mungkin kerana apa yang aku spill kan dalam blog aku lebih bersifat personal and i just don't want the whole world to know apa yang aku throw and spill kan..:))

btw, Hows Life??  Hows u guys punya Ramadhan??  must be Great right??
Preparation Raya mesti dah siap kan?? when we talked about Raya,  apa yang korang excited sangat nak raya ni sebenarnya??  another 2weeks kita akan celebrate raya,  excited takk?? mestilah excited kan.. yup, aku pon excited jugakk..hohoho.. tapi aku pon sedih jugak bila ramadhan makin dekat untuk hilang.....  rasa macam sekejap sangat Ramadhan datang untuk temani kita kan...so, appreciate la  hari - hari sebelum Ramadhan tahun ni betul2 hilang...:)

Okay, here we go!!  bila bercakap mengenai puasa masa zaman kanak2!!  suasana puasa dan raya bila kita berada dekat kampung dengan dekat bandar sangat tidak sama..  dan suasana puasa zaman kebelakang sikit dari zaman kemajuan sekarang sangat2 berbeza..  berbeza dari segi pemahaman kita bila kita terima bulan puasa dan sambutan hari raya ni.  seingat aku masa aku kecik2, time masih bergelar kanak2 ribena, bulan puasa dan raya aku sangat2 meriah..  dulu mana ada terpampang tajuk utama kes mercun memakan diri dekat newspaper setiap hari macam sekarang ni, kalau ada pon sangat2 sedikit.  zaman2 sebelum terciptanya mercun2 yang terlalu ekstream sekarang, bila main meriam buluh pon, seingat aku susah kita nak dengar meriam buluh meletup sampai cederakan orang, sekarang ni je yang dok kecoh sana, kecoh sini sampai mercun semua diharamkan.. eeii TAK BESTNYA!!  bagi aku main mercun, bunga api, pasang pelita, atau lebih tepat benda2 macam ni la yang akan menjadikan raya bagi zaman kanak2 tu lagi meriah..  tapi tu dulu bukannya sekarang, aku sedih bila tiba2 je mercun diharamkan untuk bermain, salah siapa??  yang pasti bukan salah kanak2 yang punya keinginan untuk merasai kemeriahan raya tu sendiri...  mungkin mercun sekarang tak macam mercun dulu2 kot..  siapala yang bodoh sangat dok pergi cipta mercun bahaya tahap cipanzi tu entahlaa..  kesian kot dekat budak2 zaman sekarang yang xdapat rasa meriahnya untuk sambut raya macam aku dulu..

 contoh paling dekat, anak2 buah aku sendiri, boringnya zaman puasa diorang..kalau masa aku kecik2 dulu,  even bulan puasa sekalipon, time petang2 lepas pergi mengaji,  aku terus dok ikut abang2 aku kayuh besikal dok round satu kampung, main aci kejar, penggal kasut, police entry, main tembak penutup tin, lastik melastik, dok pergi lepak2 dengan geng2 abang2 aku, dok rayau2 kat bazaar ramadhan..haha..  hebat kan?? maaflah dalam keluarga, aku paling la tak diterapkan dengan nilai kewanitaan terlampau.. disebabkan kakak2 aku time aku kecik2 diorang dah semacam matang, so, aku penuhkan masa terluang zaman kanak2 aku dengan abang2 aku jelaa..  abang aku dok main police entry, aku pon main, main panjat pokok aku main jugak, main bola aku main jugak, main pistol2 aku pon main jugakkk ok... erm, main masak2 tu aku adalah jugak main, tapi tak selalu laa...hohoho.. and paling best bila aku join abang2 aku time lepas teraweh,  sesi nak hias kampung siapa paling cantik, pasang pelita, main meriam buluh, main mercun, main bunga api, perghh BESTT KOTT!! banyak benda yang aku buat bila bulan puasa,  ape je aku xbuat entah,  dan berpuasa itu bukan penghalang untuk aku terhadkan zaman keseronokan aku.. haha..  and aku mula berpuasa penuh masa umur 7tahun..  kira okay la kan, dari langsung tak puasa.. (-_-)

Tapi kanak2 zaman sekarang, bila puasa je diorang seolah2 terlalu memanjakan diri diorang sendiri, sampai tak larat untuk berbuat apa2 pon.. PATHETIC BUKAN?? budak2 zaman sekarang, bila bulan puasa je tiada lagi sesi main aci kejar, dok pong pang sana, pong pang sini, dok terlompat sana terlompat sini, kecuali kalau diorang tak puasa la kan.. then time2 lepas teraweh pon tiada lagi sesi kita lawan main mercun, dok rayau2 dekat kampung, dok main permainan kampung macam aku dulu, pasang pelita, dok lawan hiasan kampung paling cantik untuk sambutan raya, Semua tu takda da ok..  sekarang semuanya dok mengadap depan tv bila lepas teraweh, main playstation, main game dekat lappy..  eeii BORINGNYAAA!!  bila aku tengok the same thing happened setiap tahun, aku rasa macam rindu sangat2 zaman aku kecik2..dan, budak2 zaman sekarang seolah2 macam terlepas satu pengalaman yang berharga yang xmacam kita rasai dulu..  yup, I MISSED THOSE CHILDHOOD DAYS laaa!!!



yup, biasa laa, sekarang ni bukan macam dulu2 lagi..  kita berubah ikut peredaran zaman..  kita berubah bila kemajuan makin meliputi kehidupan.. kita berubah dari satu stanza yang mundur kepada yang lebih baik.. tapi kadang2, kemajuan teknologi menjadikan kita LEMBIK, MALAS, dan SEMAKIN MANJA... hohoho..  betul tak?? nak salahkan teknologi pon xboleh, sebab hidup kita sekarang almost keseluruhannya bergantung pada teknologi..  so nak salahkan siapa?? mungkin cara penerimaan budak2 zaman sekarang dengan zaman kanak2 kita dulu berbeza, kalau dulu bila kita dok perah2 otak pikir nak nak main apa bila ada masa terluang, kita akan lebih cenderung untuk main segala macam permainan kampung.. permainan Tradisional lebih tepat, tapi sekarang budak2 lebih cenderung untuk main permainan fantasi..  which is Game!!  masakan tidak, budak berusia 9tahun boleh punya lappy, handphone,  dan gadjet2 yang sebetulnya tidak layak bila kanak2 untuk punya teknologi sedemikian..  bagi aku, biarlah kita bagi peluang anak2 kita rasa susah dahulu, biarlah kita bagi anak2 peluang untuk rasa berusaha bagi mendapatkan sesuatu, dan biarlah kita ajar anak2 untuk tidak terlalu bergantung dengan teknologi semata..  bagi mereka peluang untuk rasa keseronokan zaman kanak2 macam yang emak dan abah kita rasa dulu...  mungkin dengan cara itu, kanak2 zaman sekarang akan lebih menghargai hidup... dan manja kan anak tu biarla bertempat ok!! :))



macam biasa, sekadar satu pandangan dari aku.. ok, kalau aku punya peluang aku ingin kembali ke zaman diri aku berusia tujuh tahun...  aku nak start over everything.. aku nak ajar diri aku untuk menghargai zaman kanak2 aku yang sememangnya INDAHH dulu...(-_-)



Take care and Live well Memberers:))
schubert serenade (*_*)

August 13, 2011

13 August - Dear me, Happy Left-handers Day(-_-)

hye MEMBERERS!!

entry kali ni bukan nak merapu panjang berjela, cuma nak wish kepada semua manusia di dunia ni yang menggunakan tangan dan kaki kiri sebagai fungsi utama diantara kedua2 belah tangan dan kaki kita, "Selamat hari Kidal Sedunia" which is hari kidal sedunia ni jatuh pada hari ini 13August pada setiap tahun...haha...Siapa dekat sini Kidal?? please raised up ur hand!! :)


harini aku dapat banyak jugak wish selamat hari kidal ni dari sahabat2 aku..  yelahh diantara kami, aku je la yang lefthanded..  which is aku ni lebih cenderung untuk menggunakan tangan kidal lebih kerap berbanding tangan kanan..  since dari aku dilahirkan, mak aku cakap aku memang kidal..  everything yang aku buat aku mesti guna tangan kidal even masa kecik2 dulu pon, aku makan pon menggunakan tangan kidal..hehe..  GILAA TERUKK KAN??  tapi once aku dah masuk tadika masa umur 4tahun, dekat tadika aku belajar makan guna tangan kanan, and cuba belajar untuk balancekan penggunaan tangan kidal dan kanan mengikut kesesuaian...hehehe...  cuma sampai sekarang i still can't write by using right hand...  kenapa?? entah..aku dah pernah cuba but i just can't..  kalau menulis guna tangan kanan, MAKK aiiii BURUK GILAAA handwriting aku ok!!!  so, at the end aku give up and till now aku memang kalau menulis, melukis, melakar, mewarna, mengcolour atau seangkatan dengannya mesti menggunakan tangan kanan...hehe..  tapi to be honest, AKU MEMANG TAK PANDAI MELUKIS!! wakaka...  melukis tu aku boleh laa, tapi tak EXPERT!!  Kalau lukis Scenery, atau object aku boleh lukis dengan baik, tapi kalau lukis potret, OWHH MAYYY GODDD, HODOH NAK MAMPOIHH!!!hahaha... and kaki pon aku lebih cenderung untuk menggunakan sesuatu langkah menggunakan kaki kiri..  sama jugak bila aku main futsal, kaki kiri aku lebih aktif untuk bergerak dari kaki kanan, even nak sepak bola pon mesti kaki kiri yang paling hebatt laa..hee...:D

so, kepada memberers2 sekalian yang left-handed, tahniah diucapkan kerana anda semua tergolong dalam golongan yang istimewa dimana ISTIMEWA bukan dari segi OKU okay..  tapi kita semua memang ISTIMEWA... ISTIMEWA dari segi segala2nya..  dan kita yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kidal lebih kerap jugak merupakan orang2 yang KREATIF!!  KREATIF OK!! haha..ini sangat OHHSEMMM!!  1st time aku dapat tahu yang orang left-handed macam aku pon punya pengiktirafan dalam kalendar dunia..huwawawa...:))

so, Be cool semua warga2 tangan kidal.. jangan malu atau rasa rendah diri bila anda tergolong dalam golongan KIDAL...  KIDAL IS AWESOME OKAYYY!!  KITA YANG LEFT-HANDED NI SEMUA SAMA JE DENGAN ORANG YANG RIGHT-HANDED TAPI KITA LEBIH ISTIMEWA DARI MEREKA!!hahaha....






Being A left-hander is Bloody Awesome okay!! ~ Schubert Serenade (^_^)

August 12, 2011

Budaya Ramadhan Orang Kita...

Musim Ramadhan dekat malaysia ni sangat2 meriah and  seronok..  macam2 ada..  kita orang melayu ni kalau bulan puasa datang je, bukan main lagi excited and enjoy nak sambut bulan ramadhan..  tapi, selama aku hidup dan dapat berfikir dengan realisticnya, aku tengok dekat Malaysia ni bulan Bulan Ramadhan yang kita sambut bukan sebab kita gembira dengan rahmat yang kita akan dapat masa Ramadhan tapi bulan Ramadhan ni dah jadi satu Budaya pulak dalam kalangan orang-orang kita...


budaya dari segi cara kita menghargai ramadhan..  erm, this few days aku adalah tanya memberers aku apa yang menyebabkan diorang suka sangat bila bulan ramadhan. .  macam biasa, Typical answers yang akan keluar dari mulut2 mereka ialah :


"aku suka kot bulan Ramadhan.  boleh p bazarr ramadhan..  time cenggini la macam2 juadah yang susah nak dapat jadi senang nak dapat"


"aku pulak suka ramadhan coz bulan ni bulan baik, so time2 camni boleh la aku up sikit ibadah2 aku.. p teraweh semua..  tapi awal2 jela aku rajin p teraweh pon..  ujung2 nanti udah dekat raya, xde maknenye aku nak p...dok umah main mercun, mkn biskut raya awal2 lg best kot.."


"aku suka ramadhan sebab boleh main mercun...pong pang sana, pong pang sini.. tapi, aku xsabar nak raya sebenarnya, nak pergi shopping raya, beli baju raya, sale melambak2 sampai 70 percent discount, nak kumpul rebate banyak2, attend majlis berbuka puasa, semua2 la bagai.. !! haha.."


See!~??
korang pergi la ceruk mana pon, bebudak zaman sekarang majority nya semua tak tau nak appreciate these 30 days of Ramadhan.  like Serious ok!!  AKU?? haaa... aku pon lebih kurang sama jugak laa macam budak2 majority ni tapi aku masih punya kesedaran.  macam bila ramadhan datang aku akan excited tapi excited aku sebab aku sangat2 menghargai bulan ni.  dulu masa aku tengah tolol2, jahil2 sikit, seingat aku masa zaman sekolah, aku pon sama je.  bila time puasa bagi aku puasa tu wajib, so aku mesti buat.  sekadar berpuasa untuk tahan nafsu makan je and buat solat fardhu yang wajib tu..  tapi yang lain?? huh, jahil kot aku ni.  nafsu2 buaya yang lain aku redah jugak..  dulu time2 puasa asal bosan je aku keluar, pg dok window shopping, tengok wayang, lepaking sampai la petang, kadang2 lepas je solat asar terus cabut pergi bazaaar, dok rayau2 kat bazar tu dekat nak sejam, dah membazir duit dok labur kat nafsu perut buaya ni baru la ingat nak balik. sampai2 rumah terus pergi dapur tggu nak berbuka..  then, lepas berbuka solat maghrib semua, then lepak2 tengok tv, main mercun dengan bunga api bersama2 anak2 buah tersayang..  lepas tu dah penat, lepak2 lagi on9 smpai 2,3 pagi..baru aku tidur..  everyday tu semuanya Routine.  


sampai umur aku 18 tahun, bila aku kena campak study jauh, which setahun aku cuma dapat balik twice je.  masa tu aku kenal dengan kawan2 yang sangat baik2..  since dari situ bila ramadhan je masa aku terisi dengan banyak benda2 berfaedah macam, teraweh yang full selama aku berpuasa, Qiyam tengah2 malam, Tadarus ramai2, turun dengar tazkirah dekat masjid university, Moreh yang kami bergotong royong masak ramai2 dekat university, main bunga api dengan mercun pon hanya sekali sekala..  and paling penting kami jarang sangat keluar terlalu kerap..  disebabkan kami semua ni boleh tahan kaki rayap jugak, tapi demi bulan ramadhan yang hanya datang sekali setahun, kami cuba manfaatkan...  kami bukanla student yang alim ulamak, bertudung labuh, tapi kami active dalam activity masjid University, activity2 amal, dan kami masih lagi mengekalkan ciri2 gadis2 muslimah..  apa guna belajar tinggi2 tapi tolol bab agama..betul x??  cuma aku agak sedih dan malu dengan segelintir atau minority kaum hawa yang Islam pada Ic tapi buta Agamanya..  sebagai contoh, yup aku tau Kau tu perempuan, kalau tak puasa pon bersebab tapi, perluke kau dok tayang yang kau tu tak puasa depan orang ramai..  makan depan public tu sopan ke??  sekolah dulu kau xbelajar sivic ye??  PATHETIC!!


ok, aku bukan apa, cuma memperkatakan sesuatu kebenaran yang aku sendiri pernah alami and berada dalam situasi cenggini..  kita ni manusia biasa, tend untuk buat silap..  tapi untuk aku yang terpelajar dan sudah tahu berfikir dengan waras, makan di khalayak ramai time ramadhan tu bukan la sesuatu yang sopan and elok dipandang kan..  Behave la..  awak tu perempuan, kita ni ada maruah yang perlu dijaga..  bukan maruah diri sendiri tapi maruah agama kita sendiri jugak..  am i right??  no offences ye kawan2..:))


aku bukan nak tunjuk baik dengan post hadith dalam entry aku ni, tapi tak salah rasanya kalau kita nak kongsi apa yang orang lain kongsi dengan aku.  hadith ni salah seorang sahabat aku yang bagi, so aku decide untuk kongsi dengan korang semua..  beruntung kita semua ni dapat sambut ramadhan, banyak ganjaran dan faedah yang kita dapat...enjoy reading this:

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih jugamembawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.


Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:

'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .


(^_<)


Act, aku rasa Ramadhan tu bukan diertikan dengan Bazaar Ramadhan, bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita, bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung, bukan diertikan dengan tunjuk hebat main mercun dengan kawan2, bukan diertikan dengan membazir untuk berbuka puasa dekat hotel2 tiap2 hari, bukan juga diertikan dengan rancangan gempak2 bulan puasa yang ditayangkan dekat Tv.  tapi, benda2 macam ni la yang dah jadi Budaya dan dan sebati dengan KITA bila sambut bulan Ramadhan dekat Malaysia ni..  dan, aku juga tak terkecuali berada dalam budaya ni...  sigh... (-_-)


Sama2 lah kita appreciate these 30 days of ramadhan ok..  dimana sekarang cuma tinggal 18 hari saja lagi kita akan hilang Ramadhan ni..so, tenangkan hati, buat penghijrahan walaupon sikit, atleast korang buat..  dan aku pon buat..  even penghijrahan itu bukanla bersifat kekal dan hanya untuk menghayati ramadhan, tapi atleast korang ada effort.. betul tak??  ini hanya sekadar satu perkongsian bukannya nasihat atau niat untuk mengajar sesiapa...  do take care, and Live Well..:))


Schubert Serenade (^-^)

August 4, 2011

I'm a Muslim, but I'm not a Terrorist..:))


Assalamualaikum and Hye there!!

Click this Link My Dear Memberers:))

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
dan yakinla Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..


Schubert Serenade (-_-)

August 3, 2011

Sometimes..

hye!!






Sometimes, I wish I could live a simple village life,


where materialism hardly exists and activities like


catching fish in rivers that are hardly polluted,


climbing up trees and simple games are capable of


bringing smiles to faces. Where the womenfolk do


their household chores together, and hear them


chattering away from matters ranging from the

 day's weather or the neighbour's daughter getting


married off to some wealthy man. A place where the


hustle and bustle of city life and its complications


would not turn most of us into schemers, liars and

betrayers...




this is what i want in this life..eternal happiness...

Ok bai..


Life is a Business...
Schubert Serenade
aka
Jannatul Husna Mohd Isa..


(^_^)

Just a Spill...:(

Hye!!  and Assalamualaikum..

lama dah xupdate blog.  busy dengan hidup..
entry kali ni aku just nak throw and spill.. pasal siapa?? of course la pasal aku..  takkan pasal korang pulak kan..these few weeks aku agak messy sikit..  entah..  aku rasa heartless..  aku rasa kosong..  aku rasa nothing.. ZERO!!

and, the worst aku rasa penat..
penat dengan hidup..  penat dengan sifat aku yang kadang2 suka merungut..  Ya Allah, teruknya aku ni..
penat dengan masalah HATI yang xpernah ada kesudahannya..

"Masalah yang paling sukar and payah untuk direncanakan adalah masalah berkaitan Hati"...

percaya tak dengan statement kat atas ni??  kalau korang rasa xnak percaya, it's okay then.  Terserah la..
tapi, pada diri aku, yup, this is the biggest problem yang paling sukar untuk punya jalan penyelesaian..
kenapa??  sebab akal dan diri yang mengongkong hati..  sebab kita which is diri kita sendiri yang control the way hati berfungsi..  bila kita marah, kecewa, sedih, gembira, gundah gulana, tersentuh, semuanya bermula daripada hati..  and tak lepas jugak dari masalah berkaitan Cinta yang saling berkait dengan hati.  kan??

to be honest and malas nak meleret...  aku punya masalah berkaitan hati aku sendiri..  tentang satu feeling yang aku xmintak untuk dia wujud dalam hati, tapi feeling tu staystill jugak dalam hati..  satu feeling yang sebetulnya aku xpernah terfikir pon untuk alami even benda ni common sebenarnya.  kalau korang kenal aku, sebetulnya aku bukanlah orang yang mudah punya perasaan suka yang serious pada orang lain atau lebih tepat kaum berlainan jantina..haha..  tapi kali ni, aku jatuh.  aku kalah dengan feeling aku sendiri.  yup, "I'M IN LOVE!!"  macam kurang sopan statement ni, so aku tukar "YUP, I FALL FOR SOMEONE"!!

like serious, korang ingat tak entry worst ni??  pasal a so not called a confession dari aku terhadap sorang mamat yang aku pon tak tahu macam  mana aku boleh punya feeling into him... berbelit kan ayat aku??haha...:p
like serious, consequence kepada entry tu adalah, aku nak bagitaw yang aku dengan dia masih berkawan..  and yup, aku masih punya feeling pada dia...  kenapa?? jangan tanya...  aku takda jawapan tu sebab aku pon tak taw macam mana aku boleh suka dia...  and adakah dia pon suka dekat aku??wohoo...  tu pon jangan tanya..  aku xpernah nak tahu pon apa jawapan dia..  sebab kalau aku tanya dia, once he says yang dia xpernah suka dekat aku,  apa akan jadi??  ofcourse aku kecewa and frust..  so untuk mengelakkan aku dari rasa feeling kecewa and frust tu aku pilih untuk tidak bertanya.. and aku taknak tahu pon apa jawapan dia.  hoho.  disebabkan aku tidak pernah punya apa2 relationship dengan mana2 spesis berlainan jantina before, so aku semacam tak berapa reti sangat nak handle situasi macam ni.  aku xreti nak jiwang2 sangat.  and disebabkan sifat aku yang terlalu berterus terang, aku lebih suka berlaku jujur dengan diri aku.  yup, before ni aku dah je confess dekat mamat tu yang aku suka dia, tapi dia buat macam xkesah je.  so aku senyap. malas nak provoke atau ungkit lagi.  maybe dia betul tak suka aku.  sebab "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi"..  aku pon punya ego dan maruah.  aku rasa aku dah cukup sporting pergi approach and confess dekat dia dulu.  so now, apa nak jadi aku malas nak ambil tahu da.  aku selesa dengan keadaan sekarang.  masih berkawan, tapi aku xterlalu memanjakan diri aku dengan tggu sesuatu dari dia.  mcm aku tunggu dia on9, so that aku boleh chat dengan dia..(memandangkan satu2nya medium untuk aku contact dia hanya thru skype and Fb)..  ok tu dulu.  sekarang aku dah redha. pasrah je.  once dia rasa dia perlukan aku, so dia akan cari.  aku dah xnak jadi macam "perigi mencari timba"..haha..  just aku harap sangat feeling aku sekarang pada dia ada satu solution yang boleh aku ambil..  macam how to avoid daripada hati aku rasa this kind of feeling?  susahnya..to be honest, I'm slowly giving up..:((

 mak aku pernah cakap, perasaan yang macam ni, which is bila kita rasa kita betul2 suka pada dia kadang2 bukannya betul2 kita rasa suka pon.  sometimes, perasaan ni hanya mainan hati dan nafsu yang sering ditokok tambah dan diprovoke oleh iblis.  so aku xpasti dengan perasaan ni.  walaupun hati aku kuat kata yang aku betul2 suka dia.  tapi aku takut kalau itu bukan yang sebetulnya.  aku baru 21, belum cukup matang untuk memahami perasaan2 macam ni..haha..  and aku tau jalan terbaik adalah dengan buat solat istikharah, tapi aku just xbersedia lagi.  so aku abaikan dulu, biar Allah yang tentukan semua.  aku cuma mampu buat setakat ni je.  the rest biarla aku follow the flow..haha...okay??  doakan aku ok untuk kuat facing masalah hati ni, coz it's kinda killing me inside ok, tapi somehow it makes me more stronger..:))

yup, untuk pengetahuan korang, mamat tu dah pon quit part time dia sekarang.  dia dah xkerja da..  dia memang plan untuk quit end of july, even kalau ikutkan semester break ktorang semua masih ada lagi sebulan before start new sem which is after raya kan.  fyi, last day dia kerja on 27 july aritu, and he came to see me before he left.  and, dia bagi aku a box of chocolate.  ok aku suka..like yes!!  aku suka..suka..suka..  even aku faham dia bagi pon just untuk repay balik pada aku kot, coz  a day before dia bagi aku chocolate tu aku bagi dia big apple doughnut.. haha..  sweet tak??huwawawa...  and at that time aku mmg ikhlas sebenarnya, and at first bila aku tau dia nak quit aku memang dah niat nak bagi dia sumtin.  at the end aku bagi je big apple..  senang citer. walaupun, aku nak pikir ape nak bagi dia time tu punya la susah..haha..  aku tibe2 nervous kan. tapi ok la..  act, ade cerita disebalik situasi balas membalas hadiah ni.. haha..  1st on last weekend, dia ada bagi aku ice cream..  starting dari situ la aku pulak repay dengan bagi dia big apple, then dia balas balik dengan a box of choc.. then, he left.  till today, we are not seeing or contact each other pon. aku rasa better macam ni kot.  so xdelah makin parah feeling aku dekat dia nanti...  boleh la aku heal sikit by sikit kan..  tapi, somehow i just can feel the pain bila aku xcontact dia langsung...  rasa pain yang aku tak tau macam mana nak explain.  it's just there...  sakit.. hati kot yang rasa sakit.. entahla..  xtaw which part of organ dalam tubuh badan aku ni yang punya rasa sakit.  tapi yang pasti hati aku sakit tanpa luka...








and now, dah masuk fasting month, so aku nak fokus dengan kerja part time aku sekarang..  aku akan quit on 26 aug which is 3 days before raya..  then aku akan balik kg, jumpa Puan Salmah Dahari yang dirindu and the rest of my family.  then aku akan balik semua ke s.alam on 7 aug untuk balik campus and mulalah my campus life, AGAIN!! okay?? tulah planning yang aku kena settle kan dalam masa terdekat ni.  so aku akan busykan diri sebaik mungkin..  sampai satu tahap kalau aku perlukan explanation then aku akan tanya pada mamat tu.  if tak, biar jela..  remain silence tu bagus jugak kadang2..  okay, hopefully ramadhan kali ni membawa berjuta erti dalam hidup aku dan mampu meninggalkan kesan yang deep dalam diri aku sendiri..InsyaAllah..

"To You,(Mr. Guardian) : Please Live Well.  do take care, and thanks for let me be part of ur life even it's for a while.."

ok bai..  Schubert Serenade(-_-)  

*yes!! ramadhan yang indah bakal tiba, perghh hope terawih, qiyam  and tadarus aku serta perkara2 wajib yg aku biasa buat masih konsisten dengan tahun2 sebelum ni!!:))