KLIK LA YE

September 5, 2012

Ballon on the Air!!

An earlybird of a lovely morning of mine, I wonder when i could post my photos of hot air ballon with my bff  that we had took a few months ago??  lepas pikir-pikir, then neutralize kan balik kepala otak yang sememangnya blur pagi-pagi hari ni, so aku open old folder of my photos, then cari gambar-gambar sekitar hot air ballon yang kami pergi few months ago..  rinduu pada kenangan..  rindu pada Aina bt Hisam membuatkan aku gigih nak post tentang gambar kami.. act, it was a teaser from me..  so, no offence ok peeps!!  Rasa rindu pada kenangan membuatkan aku post tentang kami..  she is a friend that i met and get to know since my 1st semester while studying in Sarawak.. then our bonding of friendship being excited and getting closed day by day..  we declared ourself to be best friend forever and we had promised each other to face and bear with any problems that could appear now and then.  i love her, and i know she loves me too..  come hell or high water, i know i have Allah, my family, and her as my friend during my hard times, indeed my happy times..  she's always cherish the top in my life!!  that's her, Aina! :)

so, ini gambar-gambar yang we had took together masa hot air ballon yang kitorang pergi few months a go.. a bit oldies gambar-gambar ni ,but who cares??  kenangan tu kan old but meaningful.. so yay or nay??hee.. besor ballon dia u ollss, and tahniah pada mereka yang gigih Q the whole day semata-mata nak dapatkan ticket nak naik hot air ballon ni.. aku and Aina tak naik pon coz malas tahap gaban nak Q, lagipun panas terik ya amat, subhanallah..  tak mampu i ollss!! hehe..  so kitorang just feeling-feeling macam naik la ballon tu and bergambar jelaa...  poyo je rasa..haha..  ok till then, enjoy ur day and live well peeps!!

 obviously, It's Me!!

Meet my precious one, Aina:)

 there we go, BFF la kamii!!

a teaser..  cool giler those kiddo main wall climbing ni!!

 We love each other, obviously!


Me! Me! and Me!!!

Salam:)

Sahabat itu tiada terkira nilainya, andai tahu menghargai...(-_-)

September 4, 2012

A watch by SWATCH:)


Assalamualaikum:)

Jam aku hilang beberapa bulan yang lepas. hilang masa aku stop untuk solat dekat surau sone of petrol station dkt S.Alam... sedih..:(
act, on that day aku stay up the whole day dekat one of the fast food restaurant dekat seksyen 7 S.Alam untuk siapkan assignment aku yang like seriously banyak gila!! and macam biasa student yang budget pandai macam aku ni memang selalu siapkan assignment last minute..haha.. so, nak dijadikan cerita, masa aku ctop kejap dari bertungkus-lumus menyiapkan assignment untuk perform my asar prayer, jam aku hilang pulakk masak aku tengah solat..  mungkin dah takdir, jam yang memang aku sayang tahap petala kelapan tu hanya mampu kekal jadi milik aku untuk 4 tahun je.  jam tangan tu punya sentimental valuenya sendiri.  aku dapat jam tu masa aku dapat offer sambung study right after result SPM keluar.  so emak and kakak aku belikan aku jam tu as a present for my SPM result la konon.. hehe..  jam yang sudah hilang tu dah jauh ikut aku berjalan, sampai aku study dekat Sarawak 3 tahun, then bila aku sambung study dekat S.Alam genap setahun baru jam aku tu hilang.  paling aku terkilan sebab hilang dekat dalam surau masa aku sedang solat.  aku letak jam tu betul-betul dekat satu penjuru di atas rak bersama-sama dengan tudung aku.  lepas je aku solat aku tengok dah takda.  nasib baik tudung aku tak dikebas pulak kan.. kalau tak, mungkin aku BAKOR petrol stesyen tu..haha..:p

Bak kata pepatah, 'yang patah tumbuh, yang hilang kan berganti'....  aku telah pon mendapat jam baru.. lepas jam aku tu hilang aku memang sedih gila, so aku malas nak beli jam baru.  even masa final exam aku sem lepas aku memang bergantung harap seratus peratus dengan jam yang tergantung dekat dinding di dalam examination hall tu.haha..  dekat 3 bulan jugak laa aku xpakai jam, even tak biasa bila takde jam dekat tangan tapi sebab aku konon-konon berkabong 44 hari untuk kehilangan jam tu ala-ala berkabong untuk Sultan mangkat, beserta dengan mogok ala-ala Mathama Gandhi, so aku bersendirianla tanpa peneman waktu disisi.chewahh...  tapi mungkin sebab family aku faham perasaan hati aku yang meronta-ronta inginkan jam tangan yang baru, dah lebih kurang 3,4 bulan baru family aku faham yang aku nak diorang belikan jam tangan yang baru, aishh penatt i ollss bagi hint  tiap2 hari dekat mak i olss taw..hehehe..  so last week kakak aku belikan aku jam baru..  a watch by Swatch. hee.. Yeayyy!! I got a new watch!! even it wasn't really that expensive but it was priceless to me..  Thanks kak yong..  I Love You!! now aku dah ada jam!!  dah rasmi dah pakai selama seminggu..hehe:D

ini dia jam yang aku baru dapat as a present from my sista!!!





aku sangat suka design dia..  simple, sporty, a bit man's look, catchy and i just love it's khakis colour! Very versatile to me..  I Love it!! Love it!! Love it!! 
 Yeayy or Nay??:p


ok bai, salam.(-_-)

September 3, 2012

Creating Ukhwah with Old Friends.

After years, i mean really for quite a long time... we haven't been met each others since 2007 right after we graduated from high school, after SPM result being announced, yup after that time, we lost contacts and missing each others for years.  but this year, aku bertekad untuk cari balik few of my old friends yang dulunya satu kelas dengan aku masa high school.. aku cuba untuk cari dan contact mereka balik, and finally I  met them during Ramadhan and we were having great IFTAR together (with my Malay friends obviously).  and those meeting dibawa terus ke bulan syawal in which kami berkumpul dan menyambut hari raya bersama-sama, ziarah kawan-kawan lama.. so we met again tapi this time with our non-muslim friends sekali on the third days of Raya! yeayyy!! even tak ramai yang dapat dicari semula tapi Alhamdulillah everything went well as we had plan..  aku bersyukur sangat sebab dapat jumpa balik with those people.  kawan-kawan yang kita sama-sama lalui zaman persekolahan, after 5 years baru jumpa balik..  aku rasa sangat-sangat Happy and Terharu uoollss!! (-_-)

so, here gambar-gambar masa meeting during Raya!  masa IFTAR gambar-gambar takda dalam simpanan aku coz most of them ada pada the boys yang gigih usung Camera ke sana sini, so diorang la yang end up simpan gambar-gambar during IFTAR..  ingat nak mintak masa raya, tapi those boys tak dapat join pulak meeting raya masa tu..  so hanya ada a few gambar masa meeting raya yang berjaya berada dalam simpanan aku..  but, at least i have some kan.:)














ppsssttt, certain gambar kualiti cap ayammmm!!haha.. Sorry!
till then, hargai ukhwah sesama manusia yang berada disekeliling anda supaya jalinan yang terbina menjadi lebih erat dan kukuh..:)

Live Well, Salam. (-__-)

Eidul Fitri :)

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat sekiranya aku ingin mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua umat islam, muslimin dan muslimat di seluruh dunia kan.. Tapi yang faham bahasa Melayu jelaa coz aku tulis ni dalam bahasa Melayu..hehe..  How's your syawal so far?? dah selesai puasa 6?? alhamdulillah aku sudah hampir selesai berpuasa enam..  Gigih u olss, aku berpuasa time-time orang-orang lain tengah dok syookkk pergi open house bagai..  hee.. tapi aku ikhlas mencari keredhaan Allah. Takpe la kan, puasa enam tu apa la sangat. bukannya lama mana.  Lepas selesai puasa enam ni, haa kau nak melantak 24jam pergi open house rumah orang even kau tak dijemput pon boleh...haha..  and last but not least, aku menyusun 10 jari besertakan niat dan hati aku yang ikhlas ni, aku nak minta maaf kepada semua ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer aku, dan semua orang yang aku kenali selama ni(feeling2 student oversea tengah buat ucapan raya gitueew), maafkan andai ada salah silap secara verbal atau nonverbal, aku sangat-sangat memohon ampun dan maaf..  Maafkan aku, semoga anda semua akan dirahmati Allah:)

and, here aku nak share some photos Eidul Fitri tahun 2012 ni masa aku balik kampung aku di Perak! hee!!  Semua gambar-gambar ni random je and was taken during last raya! Go  Raya! Raya! Raya!! :D




















Obviously our family wore Red for this year's Eid celebration!! Till then, Take care semua..
 Live Well!! (-_-)

Salam.

August 15, 2012

Result Exam :)

Awal Ogos yang lalu, Result exam bagi semester lepas untuk pelajar degree UiTM dah pon official keluar..  a few days before result publish dekat student portal, aku teramatlah cuak.. cuak sebab aku tak sure either result aku akan come out ok atau tidak. cuak sebab takut aku fail or kena repeat any subject from previos semester. cuak kalau-kalau aku menghampakan harapan emak dan kakak aku yang inginkan aku Dean List setiap semester kalau aku mampu.  cuak sebab aku fikir yang aku tidak cukup berusaha dalam menjawab kertas-kertas peperiksaan yang lalu. cuak andai aku tidak mendapat anugerah dekan bagi membalas dengan setimpal penat lelah aku belajar. dan yang paling aku takut ialah tentang scholarship aku.  memandangkan scholarship aku semester sebelumnya kena cut RM200 sebab result exam previous semester aku agak jatuh sedikit..  so aku takut la, aku taknak la scholarship aku kena effect atau kena tarik balik.  seriously, Aku cuakk gilaa!!  tiap-tiap hari aku berdoa dalam solat aku hopefully yang result aku better for this semester.. aku doa agak perasaan cuak yang bercampur baur ni berkurangan, and paling worst aku dah plan kalau result aku teruk kali ini, aku tekad taknak reveal atau ceritakan pada sesiapa tentang result aku.  ye, betul! aku teramatla cuak. memandangkan subject-subject pada semester yang lepas agak tough daripada sebelumnya..hurmmm....

tapiiiii....  finally selepas result dah reveal and publish dekat student portal.....jeng..jeng..jeng...!!!

Alhamdulillah... Aku panjatkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Allah yang maha Esa..  Result aku amatlah memberangsangkan.  aku telah berjaya mendapat anugerah dekan dengan pointer around 3.6 and something.  tak henti-henti aku mengucap syukur and senang cakap siap buat sujud syukur laa dalam sehari-hari tu. hehe.. aku teramatlah happy dan tenang, tiada lagi celaru fikiran, tiada lagi rasa gundah dan risau dalam hati, tiada lagi perasaan celaru fikiran dan paling penting keluarga aku pon gembira.  mak aku sangatla happy and sangat bersyukur di atas kejayaan aku kali ni.  yup, it sounds like dramatic, tapi that it is..  i am truly super duper relieved once aku dah tengok result exam aku dengan mata kepala aku sendiri...Alhamdulillah once again:)

Congratulation untuk diri aku sendiri..  aku tahu yang aku deserved untuk dapat ganjaran diatas kejayaan aku ini..:)

so, family aku telah menghadiahkan aku dengan hadiah yang amat berharga bagi diri aku, selain ucapan tahniah, celebration,support dan care dari mereka, kakak dan emak aku telah menghadiah kan aku dengan seutas bracelet from Guess as a motivation for me to study harder in future..  here it is, hadiah yang priceless berupa bracelet yang aku dapat sempena result exam aku semester ni :D


thanks to my lovely sista and my mum..  u guys are the one yang always there to support me come hell or high water..  kakak akan balas jasa emak dan yong in future.. and i'm promise that i will study hard in future..love u guys!! :)


psstt : hanya sekadar perkongsian dari aku untuk aku memotivatekan diri pada masa hadapan..tiada niat negatif atau prasangka untuk post ini ok..terima kasih!! (-_-)



Dress Putih itu..


Terima Kasih untuk Dress putih ini Syafiqah Safian..
Menyimpan 1001 kenangan...







~sigh~

Rinduuu...:)

Salam.

Jangan Rushing dalam mengejar Perkahwinan:)

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan kawan-kawan..  yup, agak lama aku biarkan blog aku usang tanpa sebarang post.. tapi sekarang aku kembali..haha..  here it is. ada satu kisah yang aku terbaca dalam sebuah blog dan such an eye opener bagi aku, aku seolah-olah terkesan dengan kisah ini terus copy paste share kat blog..  semoga kita sama-sama mendapat iktibar dari kisah ini..(-_-)
..................................................................................................................................


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


psstt:  aku teringat kata2 dari movie Downtown Abbey yang aku memang follow dekat channel Diva 702 di Astro, 
Dear Girls :  "It's better for you to wait for the Right Man rather than you rush for the Right Marriage" Betul kan??










salam.:)