KLIK LA YE

February 17, 2012

PEOPLE and EXPERIENCE

Semalam kita diberi peluang untuk kenal orang lain, hari ini kita tetap diberi peluang untuk kenal orang lain, dan esok, juga esok yang seterusnya, kita masih diberi peluang untuk kenal orang lain...  tapi, pernah korang hargai pengalaman bersama siapa yang korang kenal selama ni??

Secara rawaknya jangkamasa usia yang dapat aku imbas kembali adalah bermula semasa aku berusia 4 tahun:


masa umur aku 4 tahun, aku mula dihantar ke taska KEMAS dengan uniform kain kosong hitam dipadankan dengan baju kurung petak-petak kecil warna merah.  comel aku pada masa tu.  mata aku sepet, kulit okay-okay la(cerah), rambut aku pendek, macam 'Boyish" mak aku kata.  ok aku ingat lagi.  aku memang suka berambut pendek, selesa dan paling penting angin boleh lalu tanpa sekatan dekat tengkuk bila berpeluh...huuhh nyamannya!!! 


Boyish aku sebab aku ada abang-abang yang sangat ohsem..  atas aku abang, atas abang aku pon abang lagi.. FAHAM??  kalau tak faham buat-buat la faham.  atas abang-abang aku ada kakak-kakak aku pulak..haha... dan bawah aku ada adik perempuan yakni paling bongsu.  complicated tak??

Actually, lepas abang atas aku, mak ingat takkan ada anak lagi, tapi tak sangka pula lepas 5 tahun dapat abang atas aku, aku pulak lahir.  abang atas aku tak suka aku.  sebab dia tak dimanjakan lagi. haha.. padan muka. :p

tapi, walaupun abang atas aku cakap dia tak suka pada aku, sebenarnya dia sangat sayang pada aku.  bukti : dia pergi main dekat paya belakang rumah konon nak tangkap ikan tapi biawak je yang banyak aku rasa, aku ikut bontot dia, dia pergi panjat pokok mempelam Pak Abu pon aku ikut bontot dia,(Pak Abu jiran sebelah rumah aku masa tu, dan paling membanggakan, Pak Abu ni India tapi sangat suka dipanggil Pak Abu, sekarang Pak Abu dah takda).. belum lagi dia pergi main basikal  dengan abang Jian dan abang Azhar, aku terkedek-kedek ikut bontot dia jugak, (Abang Azhar sekarang dah jadi Engineer taw). lagi mak cakap kalau abang aku siap-siap nak pergi sekolah pon aku gedik-gedik tunggu dekat depan pintu rumah sambil buat muka Seposen dengan harapan abang bawak aku, tapi takda maknanya dia nak bawak aku kan...  Abang pergi mengaji aku masih ikut bontot dia,  aku mintak mak anta aku mengaji tempat yang sama dengan abang, dekat ustazah Jah.. seronok betul pergi mengaji time tu, aku pakai kerudung 4segi tu, lepastu ikat ke belakang ala-ala ikat "key", demi nak ikut abang punya pasal.. tu belum lagi bila dia pergi gatai-gatai "pweeiitt" anak dara orang, aku masih terkedek-kedek ada dekat dengan dia, tapi masa tu aku tak paham pon apa motif abang aku pweeiitt-pweeiitt dekat anak dara orang.. ishh...4 tahun kot, what do you expect??haha..  tapi yang pasti hidup aku masa zaman tadika terjurus kepada abang, aku takda kawan yang betul-betul geng time tu.muktamad!:)


bukan abang tak marah, banyak kali abang marah-marah aku ikut dia, banyak kali abang buat percubaan nak keluar rumah senyap-senyap tanpa pengetahuan aku, tapi, mesti tak menjadi plan dia..  aku hebat, ada kuasa boleh tahu apa orang lain nak buat.  tak percaya??  kenal la aku dulu..:D
aku mesti berjaya ikut abang pergi mana-mana, perangai ni berlanjutan sampai aku 6 tahun.  abang masih berada disamping aku. eh silap, aku masih membontoti abang aku... :p


bukan aku tak rapat dengan adik-beradik aku yang lain, kami rapat je..  cuma aku lebih terjurus pada abang atas aku sebab dia cakap dia tak suka aku..  lagipon adik perempuan aku, paling bongsu, dia baik.  aku ajak ikut abang dia taknak. lantak la, aku tak nak kawan dengan adik masa kecik-kecik; konon adik poyo laaa..berlagak baik. haha.. 

aku masih di taska yang sama , KEMAS lagi sampai umur aku 6 tahun..  aku dah tak gilakan abang aku dah masa ni, entah kenapa..  aku lupa apa sebabnya..  yang pasti abang dah sibuk dengan kehidupan dia sebagai pelajar, so he left me behind.. haha..  tapi aku tetap aku, masih boyish, berlagak ala-ala jantan padahal aku perempuan cengeng.. benar, aku sangat cengeng.  habis zaman awal kanak-kanak Taska KEMAS aku, menginjak ke umur 7 tahun, aku dihantar ke sekolah rendah berdekatan rumah aku. umur 7 tahun, rambut aku dah panjang melepasi paras bahu, aku suka ikat tocang dua atau ikat ekor kuda tercongok satu, bila jalan atau lari, rambut aku akan bergerak ke kiri dan ke kanan...  comel sangat aku masa tu..(berapa banyak comel la aku ni??)  kenapa aku rambut panjang? haha..  biasala, people change..:)


tetapi, aku sangat benci pada persekolahan Rendah pada masa tu..  kenapa? sebab aku ada cikgu kelas yang sangat jahat (masa tu aku anggap dia jahat), cikgu Rahimah suka marah-marah aku, aku pon tak tahu kenapa..  betul.. Marah dia bukan marah-marah biasa tetapi selalu ditemani dengan kata-kata kesat.  aku tak suka.. dia kasar dan garang macam harimau..  betul!! masa tu pelajar tahun 1, adalah pada sesi petang.  mak akan hantar aku pergi sekolah naik basikal, zaman sekolah rendah aku pakai pinafore tiap-tiap hari kecuali hari jumaat, aku pakai uniform baju kurung sekolah.  haha..  comel je aku pakai pinafore.  bila aku pakai pinafore, kawan-kawan ingat aku cina, padahal sekolah tu dah terang lagi bersuluh sekolah melayu, sebab mata aku sepet dan hidung aku kemek, macam cina pasar mak aku kata.  lawak bukan??  tapi tak sampai 5 minit kawan-kawan aku tau dahh aku bukan cina, sebab aku tak pandai cakap cina, aku cuma pandai cakap melayu dengan loghat Perak yang sangat pekat..haha..  


disebabkan tahap anti sekolah aku pada masa itu sangat tinggi, aku selalu mintak mak taknak pergi sekolah, kalau pergi pon aku akan menangis buat drama dekat sekolah sampai mak kena tunggu aku depan kelas sampai aku habis sesi persekolahan untuk hari itu.. kalau mak aku cuba lari balik secara senyap-senyap ditengah-tengah sesi pembelajaran bermula, aku akan menangis meraung sambil buat drama berlari mengejar emak dan menjerit-jerit supaya emak jangan tinggalkan aku.  ok fine!! aku malu!!  cengeng betul aku masa tu!!

sebenarnya aku masih tidak tahu kenapa aku sangat benci sekolah pada masa tu kecuali yang aku ingat aku benci pergi sekolah kerana cikgu Harimau(cikgu Rahimah) sahaja.  tapi perasaan tidak suka aku berlanjutan sehingga akhir tahun sesi persekolahan tahun 1.  

bila aku naik tahun 2 aku merayu bagai gilaa nak tukar sekolah.   bukan sekadar merayu tapi aku buat drama lari daripada rumah dengan bawak "beg kait gambar kartun perempuan warna biru" yang kakak aku hadiahkan pada aku dulu.  Drama bukan? haha..  betul..  aku lari dari pagi sampai petang, emak risau, kecoh satu kuarters tempat kami tinggal.  nasib mak tak buat report polis.  tahu aku menyorok di mana?? aku duduk diam-diam dekat paya belakang rumah sambil menangis, konon sedih mak tak sayang aku tu sebab mak taknak bagi aku tukar sekolah. bodoohh betul aku masa tu, buat mak risau...  tapi petang tu aku balik rumah dengan sendirinya buat muka tak bersalah, sebab aku lapar masa tu.  dalam otak pikir nak makan nasi lepastu makan aiskrim malaysia yang pelbagai perisa dalam peti ais rumah, (mak jual aiskrim malaysia dulu, sebatang seposen ok).  malangnya, balik je rumah aku kena marah dan kena rotan sekali dengan mak.  aku ingat lagi, bila mak rotan aku akan terlompat-lompat menahan sakit.  tapi aku tak nangis, konon ego..ceehh..  lepas dah kena rotan lari pergi belakang rumah, baru nangis sungguh-sungguh ok.. 
(ok aku rasa Looser bila taip entry ni.!!)

walaupon berbakul-bakul rayuan aku untuk tukar sekolah tak diterima oleh mak, memang untung aku barangkali, abah telah ditukarkan tempat kerja pulak masa awal aku tahun 2 tu.  yahhhooo!! aku pindah ke Malim Nawar, tempat aku tinggal sampai sekarang ni..  bila pindah tempat baru, dapat kawan baru, sekolah baru, jiran baru dan pengalaman baru..  masa ni hidup aku betul-betul berubah.  aku suka pergi sekolah, sebab takda cikgu Rahimah, aku suka semua.  hidup aku sangat bermakna sepanjang zaman persekolahan tahun 2 aku...

tapi sampai aku tahun 3, ada seorang mamat ni nama dia Ashraf.  dia anak orang kaya masa tu, dia datang mak dia hantar pakai kereta, aku pergi sekolah naik basikal ok.  Ashraf ni gila, jahat, dan kurang ajaran sivik.!! dia suka tahan basikal aku bila aku datang sekolah pagi-pagi,  dia tahan aku lepas tu dia tarik kerudung sekolah aku.  kadang-kadang dia tahan masa aku balik sekolah, dia suka tarik basikal aku dari belakang, lepas tu aku mestila effect spontan membrek basikal secara tiba-tiba ala-ala Alex Yong brek kereta lumba F1 tu, sampai aku jatuh.  pernah sekali aku nak lari dari dia, aku kayuh laju-laju basikal aku tapi malangnya aku jatuh.  lutut darah, tangan calar, kain sekolah koyak.  babun punya Ashraf, tapi aku tak menangis langsung masa tu, bila balik rumah baru kau menangis dekat mak.  depan kawan-kawan aku ego. mana boleh palitkan ego guaa kan... haha..  aku benci sangat dengan Ashraf, akhirnya hujung tahun 3 tu, aku bertekad pergi panjitkan tayar basikal seorang budak yang aku tak tahu siapa, aku lupa barangkali.  motif adalah untuk kenakan Ashraf..  lepastu aku pergi jumpa cikgu Amin, (cikgu Disiplin aku ketika itu), aku cakap dekat cikgu Amin, aku nampak Ashraf pergi pancitkan tayar basikal si polan tadi tu masa waktu rehat.  jeng..jeng..jeng...  aku puas.  yang pasti Ashraf kena rotan dengan cikgu Amin..  kalau diikutkan, cikgu Amin ada tanya Ashraf, dia mengaku atau tidak, tapi Ashraf rilex-rilex je mengaku.  bodoh betul.  lantaklaa..  janji aku gumbira..  tahun tiga aku berakhir dengan peperiksaan lompat (alaa yang periksa PTS tu, ingat lagi tak?)..  aku gagal dengan cemerlang, sebenarmya aku memang taknak lompat-lompat tahun ni.  aku nak masuk tahun 4 macam budak-budak normal yang lain.haha..  

Sadly, bila aku masuk tahun 4 Ashraf dah takda kat sekolah tu lagi.  dah pindah ke Penang tak silap aku.  entah aku tak ingat janji hidup aku bahagia. tahun 4, 5, dan 6 aku berjalan dengan lancar, aku belajar aliran Science, dan aku punya kawan-kawan yang Ohsemm, tiadanya pembuli dan cikgu-cikgu yang menceriakan suasana hidup aku.. cuma  bila aku masuk darjah 6, masa tu aku mula kenal dengan seorang budak lelaki kelas sebelah.  nama dia Shahbul, style kan nama dia?  dia handsome, putih, senang cakap muka jambu la.  aku pulak sepet, macam cina.  perghh memang tergedik la aku masa tu kejap.  konon aku rasa aku memang sesuai laa untuk dia..  haha..  Looser kan?  tapi takda apa-apa pon, cuma masa tu perasaan tergedik-gedik tu dah ada sikit-sikit..haha.. 


dengan gembiranya, UPSR aku cemerlang.  aku dapat pergi exam nak masuk MRSM masa tu.  tapi masa exam kemasukan aku fail, yang aku ingat masa paper math punya entrance examination aku tidur..  the rest is history!!  haha..  aku suka bila fail, aku dapat masuk sekolah harian biasa.  walaupun mak abah aku kecewa aku tak masuk asrama, tapi aku rilex-rilex je.  aku tak suka Rules, so going into boarding school kinda macam pergi balai polis, mintak abang polis groundedkan aku..haa, macam tulaa..:D

then, sekolah menengah aku penuh dengan warna-warni dan pengalaman hidup yang pelbagai.  serius, pengalaman hidup yang menjadikan "Aku" sebagai "Aku" yang sekarang ni banyak melalui pengalaman-pengalaman berharga..  tetapi aku tiada pengalaman bercinta.  noktah disitu.  bukan tidak gedik atau tidak punya perasaan suka, tapi masa tu aku rasa menghargai hidup adalah lebih penting dari terikat pada hubungan yang tidak halal pada dasarnya. belajar fokus utama aku, dan Enjoy sampai lelah pon fokus utama aku jugak..haha..  

zaman sekolah menengah, aku bukanlah pelajar rajin dan pintar macam zaman sekolah rendah, tapi aku bijak pada sesetengah perkara cuma aku sangat "Bluuurrr" and "Lembab" sikit masa ni.  Bluurr aku sangat parah sehingga ke hari ini.  Lembab aku bukan lambat macam "punya IQ 2digit yang sangat bodoh", cuma aku lambat memberi respon kepada sesuatu perkara.  dan kadang-kadang aku lambat mencerna input yang aku dapat sehingga menjurus aku untuk lambat bertindak..  situasi; korang tengah cakap pasal benda yang sangat lawak sambil ketawa macam orang gila, tapi aku, aku akan masukkan input sembang korang tadi, then aku akan fahamkan satu persatu, dan akhirnya baru aku respon dengan tawa bagai nak gila.  tapi masa aku ketawa, aku sudah terlambat dan akhirnya aku ketawa sorang-sorang... ok ni sedih..  disebabkan ke "Blurr" an masa sekolah menengah ni sangat teruk, aku telah dapat mandat Raja Dihilir Perak dengan  gelaran "TV1, Klasik FM, Sinar FM dan adalah yang seangkatan dengannya.  gelaran-gelaran ni geng-geng aku masa sekolah menengah dulu yang bagi,  even sampai sekarang bila aku balik cuti semester, aku lepak dengan diorang, mereka masih memanggil aku RTM atau TV1.  tiada perubahan ketara pada sifat Blurr aku ni kata mereka..  tapi takpe, aku tak pernah rasa hina atau marah bila diorang panggil aku macam tu, sebab aku kenal diorang siapa.  prinsip diorang, "biar diorang je yang buli aku, tapi kalau orang lain yang buli aku, percayalah diorang boleh buat 1 angkatan tentera macam nak pergi berperang semata-mata nak defend aku"..
see, Sweet bukan??:D


then, Lepas Spm, aku kena hantar pergi PLKN.  ok aku tak suka PLKN!! jangan tanya.. MUKTAMAD!!
done with my PLKN, disebabkan result SPM aku agak membanggakan..  boleh-boleh la.. lepas difikir-fikir panjang, aku decide untuk buat diploma 3 tahun sebelum aku sambung degree, even masa tu aku dapat offer Matrix dan Form 6, tapi aku prefer Diploma. kenapa??  entah..  aku takda jawapan tu.  aku dapat offer buat diploma dekat Sarawak masa tu. 3 tahun aku tercampak dekat tempat orang, pengalaman baru lagi.  



pengalaman dimana at first, aku perlu biasakan dengan persekitaran yang aku tak dapat nak "coop" dengan cepat, kerana ada batasan bahasa, budaya dan waktu disitu.  Sarawak pon dikira "over the sea" ok!!  aku fail cakap bahasa melayu Sarawak, tapi aku bangga even orang Sarawak bercakap dengan orang semenanjung, mereka tetap gunapakai bahasa ibunda mereka dan tidak terikut-ikut dengan bahasa melayu moden macam kita sekarang.  bukan mereka tidak belajar subjek Bahasa Melayu di sekolah, tapi mereka kasihkan bahasa melayu ibunda mereka sendiri.  dekat Sarawak la masa, pengalaman dan keadaan yang paling mematangkan diri aku dalam hidup.  aku belajar berdikari, hidup jauh dari mak, balik kampung 2 kali je setahun, aku banyak belajar benda baru, macam budaya orang sana, makan makanan yang baru, belajar bahasa-bahasa baru, jalinkan bonding yang kuat dengan
"keluarga baru" di Sarawak, dan paling best aku pergi "explore" tempat-tempat dan dunia-dunia baru yang aku belum pernah pergi.  Aku sangat kasih dan cintakan Sarawak.  selepas negeri Perak, negeri Sarawak adalah "Guru Pengalaman" nombor 2 aku..  aku kenal erti kawan, aku kenal erti lawan, aku kenal erti kasih sesama manusia, aku belajar untuk terima orang seadanya, dan aku jauh dari sifat-sifat Racisim sesama kaum.  aku tenang dengan keadaan di sana.  3 tahun yang penuh dengan pahit manis, sudah 4 tahun berlalu, dan sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran aku dalam ijazah pulak, walaupun tempat baru sekarang lebih "Awesome" kemudahannya, tapi perasaan tenang dan proses pembelajaran yang menyeronokkan tu tak ada kat sini.  aku rindu Sarawak..  sangat rindu..  Sarawak tempat yang sangat tenang dan tempat yang penuh dengan kemanisan dalam hidup aku.. sumpah, sungguh aku rindu Sarawak..  orang-orangya, cuaca di sana, kehidupan dekat sana..  everything is always in my mind.. till now..:)

and now, i have to live well, for all the people that i have met in my life..  live a happy life.. and learn to appreciate people around me..  what going next??  i don't know yet, but im pretty sure everything will going smoothly and will be fine..  come hell of high water, i know Allah, my family, my friends and my mates will be always by my side..:D



sampai sini aku menulis.  tiada idea untuk mengarang entry perihal dunia, tapi aku punya cerita yang takkan pernah sudah..  cuma 1 aku pinta, baca dengan tanggapan yang positif.. bukan negatif dan bersifat :judgemental"..  make it good.. kita semua adalah sama, menulis untuk bernafas dengan tenang..  make it good..  make our bonding of friendship thru blogging ni as a beneficial one ok..

do take care memberers!!  Live, Laugh, and Life!! 
Schubert Serenade (-_-)
maaf kalau korang rasa annoying dengan entry ni sebab banyak sangat aku angkat bakul masuk sendiri dengan puji "aku comel" sampai over react pada cerita zaman kanak-kanak aku..haha...  well, itu kebenarannya, takkan aku nak tipu pulak kan..  so, Enjoy!!