KLIK LA YE

February 14, 2012

PUDAR :(

apa perasaan kita melihat kanak2 ini dibunuh sedemikian rupa,KEJAM bukan??
tapi aku pasti dia syahid dengan penuh keredhaan..
Doakan yang terbaik untuk dia...


Entry ini luahan rasa yang aku ingin lepaskan pekung yang sudah sampai limit butang MERAH di dada.(-_-)
Bacalah dengan hati yang tenang, jangan jadi seperti aku sukar mengawal amarah pada isu sebegini..


Ini bukan kisah perihal diri, ini kisah perihal dunia. Dunia Islam yang semakin lama semakin bergolak.
Keganasan yang takkan pernah sudah..  dulu kita mulai dengan pergelutan kuasa yang berleluasa diantara negara Islam dan mereka yang anti Islam, sebagai contoh kita putar kembali semasa Afghanistan mengalami pergolakan dunia, peperangan berleluasa yang meragut berjuta nyawa, Afghanistan yang kini sudah pudar dimata dunia, sedih aku bila mengingatkannya.. diikuti dengan kisah pertikaian politik di negara Islam yang tidak pernah ada surutnya, sehingga ramai yang "syahid" hanya untuk mempertahankan hak mereka..  terus menerus dengan isu pergolakan di Egypt yang telah membuka mata dunia, sehingga ramai nyawa orang kita yang terancam disana.. dan sekarang tiba pula Negara Syria yang juga Islam sejak azalinya, menerima nasib yang sama...  tiada belas kasihan tetapi terus menerus maruah dan nyawa mereka dinoda..  atas dasar apa mereka diperlakukan sedemikian rupa??  sudah semestinya bukan atas dasar PERIKEMANUSIAAN with huge capital of P...  Tapi semua ini adalah pembunuhan dan keganasan yang tidak pernah sudah..

Cuba la rasai jiwa saudara kita disana, menjeritla mereka, merayulah mereka, menangislah mereka demi memohon untuk tidak bertindak kejam keatas mereka..  tetapi pada "MEREKA" yang anti "KITA", tahi telinga memenuhi rongga telinga, pekak dan buta tuli, hati sudah hitam seperti bontot kuali, tiada belas kasihan dihati..  SERIUS!!  aku perkatakan apa yang sebenar-benarnya..

Sakit hati aku melihat saudara sendiri diperlakukan seperti objek yang tiada nyawa, pilu hati aku melihat saudara sendiri dibunuh dengan kejam bukan atas alasan dosa, tetapi atas alasan MEREKA yang anti KITA itu merasakan diri mereka adalah raja, macam Celaka with huge capital of C!!..

Tetapi, andai hati aku sahaja yang punya rasa belas yang melimpah ruah, aku tetap tidak dapat membantu saudara kita disana..  lagi sekali aku ulangi, Saudara Kita...  dimana kita tatkala mereka dalam keadaan sedemikian rupa? tidak banyak yang aku pinta, Doakan mereka senantiasa..  aku bukanlah manusia yang penuh ilmu agama di dada, tetapi aku percaya DOA itu adalah penghubung paling kuat antara kita dengan yang MAHA ESA..  tiada salah selepas kita menghadap Allah dalam solat kita, kita peruntukkan sedikit masa untuk berdoa yang terbaik untuk saudara kita di bumi Syria... Tak Salah Bukan??

Entah kenapa hati aku sangat meruntun sayu perihal isu sebegini..  jangan tanya kenapa, tapi aku pasti semua yang terjadi ada hikmahnya..

Aku bukanlah pendebat yang ingin bertegang kata, tetapi aku manusia yang senang sekali dibawa BERBINCANG...  aku suka pada perbincangan..  bersifat lebih rasional dan positif..  bukan bertindak melulu seperti Kuku Besi yang bertindak tanpa Rasional dalam diri... mungkin adakala terlalu ikut rasa amarah dihati sehingga aku sanggup mencaci, tetapi Perbincangan itu lebih mulia bukan??  Peruntukkan masa, Lakukan sesuatu..  Aku mohon.. okbai..

dan ini dadalah sedikit doa untuk orang-orang yang teraniaya:)

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMU yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

“Wahai Tuhan sama ada ENGKAU lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana KAMU lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan KAMU menundukkan mereka seperti seperti KAMU menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun KAMU lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan KAMU hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan, Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhlukNYA, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya ENGKAU berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”

amin.


Schubert Serenade..

aku bukanla manusia yang punya penuh ilmu agama didada, tapi aku manusia yang dididik oleh ibu bapa untuk punya perikemanusiaan dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang sekeliling kita...:)