KLIK LA YE

February 11, 2012

Pernah Korang terfikir?

Biar aku bagi korang satu situasi :

Dalam Hidup ni, bila ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk, hina, dan caci sehingga kita rasa puas.. 
Kita lemparkan kata - kata kesat padanya, tidak cukup dengan itu, 
kemudian kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya sehingga kita rasa puas.. dan kepuasan itu berganda-ganda bila semakin bertambah jumlah yang bersekutu bersama kita..

Kita sanggup mencari kesalahan orang lain, tidak cukup dengan itu,
kita keji, hina, dan caci lagi..  dari rupa paras fizikalnya, 
sehinggalah ke perihal peribadinya serta keluarganya.. 
tidak cukup dengan itu kita libatkan sekali sahabat-sahabatnya..
Kita betul-betul meluat melihat dia melakukan dosa dengan Allah...

aku sedih melihat ianya terjadi..

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju
untuk bersekutu bagi mengkeji manusia itu.. Keji Berjemaah 
yang dianggap lebih mulia barangkali dari Solat Berjemaah..

aku sedih melihat ianya terjadi lagi...

Sampailah suatu hari yang tersangat indah bagi manusia 
yang dikeji itu, dia telah dibukakan pintu taubat oleh Allah.. 
Lalu bertaubat dan memohon ampun lah dia dari Allah s.w.t. 
dengan rasa rendah dirinya.. Jadi, jika dia benar - benar 
sudah insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, 
taubat dan ampunnya diterima oleh Allah.. 
kerana perihal ini hanya diantara Dia dan Allah s.w.t.

Selepas keinsafan itu hadir dalam diri dia, maka selesai sudah,
dia sudah berubah.. Tapi ingat dia berubah bukan kerana dikeji, 
dihina, dan dicaci, tetapi dia melakukannya kerana dia mendapat 
hidayah daripada Allah s.w.t. Alhamdulillah...

Tetapi, masih ada satu perkara yang tidak selesai,
Apa yang tak selesai?
(tanya pada diri sendiri)

Dosa kita dengan dia, manusia yang selama ini kita hina, caci, keji sehingga puas itu... Juga dosa kita kerana mengajak manusia lain untuk bersekutu bagi mengkeji dia...

'Kalau melakukan dosa dengan Allah, kita kena bertaubat dan minta ampun dari Allah s.w.t"..

Betul tak??

Habis tu, "Kalau kita berdosa dengan manusia?? Kita perlu meminta ampun pada manusia juga bukan??"

Ya, Alhamdulillah untuk Manusia tadi yang sudah bertaubat 
dan insyaallah Tuhan ampunkan dosa dia..

TAPI KITA YANG MENGHINA, MENGKEJI, DAN MENCACI TADI, KITA AKAN TERUS BERDOSA DENGAN MANUSIA ITU...

Pernah korang terfikir?

Aku sedang memikirkannya..  Berapa ramai manusia yang perlu 
aku pohon maaf selama aku hidup di dunia ini...:(






ikhlas aku menulis, 
kerana ada kisah disebalik entry kali ini...
Schubert Serenade =)