Kerja Kerajaan
Mak cakap “ Kakak kalau da habis belajar nanti carilah kerja kerajaan.”
Mak cakap " kalau kerja kerajaan masa depan terjamin..."
Mak cakap " kalau kerja kerajaan ada pencen untuk simpanan hari tua..."
Mak cakap “ Mak taknak hidup anak2 mak susah”
Mak cakap "walaupun gaji kerja kerajaan xbanyak,
tp cukup kan untuk akak survive dalam hidup.."
Mak cakap "jangan terlalu memilih...akak tu perempuan..."
Kalau nak kahwin nanti cari "lelaki yang kerja kerajaan....
Senang nanti...takdalah Laki akak takda duet nak tanggung keluarga..."
Erm....sigh.....
Aku jawab...:)
Mak kerja mana2 pon sama je mak..akak macam xnak kerja kerajaan..
akak nak buat sumtin yang akak minat lepas abes belajar nanti...
Gaji akak xkesah sangat...tapi kerja tu biarla akak enjoy..
akak tak nak buat sumtin yang akak xsuka..
Dan lagi satu, kalau mak cakap kerja kerajaan tu hidup senang , mak silap....
Akak tengah prctical skrg mak..dengan kerajaan jugak..tapi...
Akak sedih tengok orang2 kita kerja...takda Disiplin..Malas..Selfish...
buat kerja sambil lewa,ambil Rasuah pon ada mak...
and paling akak perasan sangat, orang kita ni Pendengki mak...
Tak boleh tengok orang lain senang, umpatan dan fitnah da jadi routine kt Ofis tu..
Kadang-kadang orang yang tak da kena-mengena pon boleh terjebak..
Dan, PENCEN??memangla kerja kerajaan dapat pencen, tapi mak,
semua tu dari diri sendiri jugak..
Kalau ada pencen tapi kita tak boleh nak menyimpan atau menabung...takda gunanya mak...
So, insyaAllah dengan didikan mak akak akan jd orang yang beringat untuk masa depan..:)
Conclusion, maaf kalau entry ada yang teguris hati siapa2..
tiada niat hanya sekadar perkongsian tentang satu realiti yang kadang2 kita tak perasan...
bukan bermaksud nak pressure Warga kerajaan atau Swasta,
lagipon perkara ini hanya berlaku pada diri segelintir manusia
yang tidak tahu bersyukur dan menganggap bahawa
kerajaan bukan lah sesuatu yang dimajukan
tetapi sesuatu yang digunakan untuk kesenangan mereka..
Tidak sedarkah kamu bahawa, kita sepatutnya membantu memajukan kerajaan sendiri
bukan menjatuhkan..renung-renungkan la.. dan ingin lagi sekali diingatkan
hanya sekadar satu perkongsian dan peringatan..lihat sekeliling anda,
benar atau tidak perkara ini..kalau aku salah tegur la aku..
yup, setuju kalau korang nak cakap
kerja swasta pon ada je yang mengumpat, dengki, ,fitnah, rasuah, semua,
tapi mak kerja swasta orang2 dia lebih disiplin..
mungkin kerana orang yang bekera swasta ni lebih memikirkan masa depan
dan kesan di kemudian hari,
kalau mereka buat problem dan pihak atasan tahu pasal problem tu,
automatik mereka akan dipecat..so mereka lebih berjaga2..
xpercaya??tolong kaji dulu...kalau aku salah betulkan aku ya...
p/s : aku tulis entry ni pon sebab semalam mak aku dok cakap pasal benda ni...
hehe..saja2 je k..jangan touching lebih pulak..:p
sekian
SCHUBERT SERENADE ($__$)