KLIK LA YE

March 14, 2011

Sudah Kau tonton Filem itu???


Assalamualaikum semua!!

Hye renger-renger dunia!!selamat datang ke laman bergambar aku..haha..maaf sudah 2 hari tidak menjenguk laman sesawang ini..  kesibukan hidup menghalang diri menjengah dan melawat penunggu-penunggu budiman sekalian..haha..  menguruskan majlis perkahwinan sepupu teristimewa pada hujung minggu yang penuh keseronokan, telah membataskan hati dan perasaan yang meronta-ronta meminta untuk menjengah laman kehidupan aku ini.  Dan juga kesibukan aku dan rakan-rakan yang telah berjaya mengusung mata sepet  aku ini untuk menawan Hikayat Merong Mahawangsa pada hari sabtu yang lepas..  yes, finally I Did it!!hehe.. 

Rasa teruja dengan hikayat hasil penceritaan semula dari kisah sastera yang telah diolah oleh tiga beradik yang berjaya merubah ketandusan idea dalam industry perfileman di Malaysia..  kagum aku dengan kesungguhan mereka, walaupun masih ada cacat cela yang kelihatan di dalam hikayat Merong Mahawangsa.  Saya, sebagai seorang warganegara yang menyokong product keluaran Negara tercinta mengucapkan syabas dan tahniah diatas usaha sang pengolah hikayat merong mahawangsa!! Khir Rahman yang sangat meninggalkan kesan dalam lakonannya dan tidak kurang jugak hebatnya sang hero, Stephen Rahman membawa watak si gagah perkasa  Merong Mahawangsa dan jugak aku jatuh cinta dengan sang laksamana yang melindungi sang srikandi dari China.  Tidak lupa juga sang Prince dari Rom yang sangat Romantis, anda juga telah mencipta satu fenomena baru di Negara kami!!  Ohh ya, walaupon babak Ummi Nazira hanya seketika, tetapi penghayatan dari air muka dan aura si Embok meniggalkan kesan yang mendalam dalam hikayat itu,  cantik dan rupawannya seorang wanita melayu tradisonal sangat terserlah dalam raut wajah si gadis sunti Embok yang telah berjaya menawan hati sang perkasa Merong Mahawangsa.  Mungkin aku sudah jatuh cinta dengan kecantikan asli Ummi Nazira..hehe.. Cuma aku kurang berkenan dengan lakonan sang puteri dari Cina itu, tetapi si dayang Ying Ying yang comel berjaya mencuit hati sang penonton..  mungkin jika mereka menggunakan bahasa cina dalam perbualan diantara sang puteri dan si dayang Ying Ying akan lebih menjadikan filem itu kelihatan lebih asli dan dramatic..maaf, aku bukan condemn tapi aku memberi pandangan dan kritikan membina sahaja..  tak kesahla, walau apa pon, kepada mereka semua yang telah berusaha menghasilkan filem yang diidamkan oleh rakyat sejagat, Thumbs up untuk anda semua ok!!:))

 Sketch for the film's Cover:))
Embok dan Merong Mahawangsa..winkwink!!

Bukan tujuan untuk propa semata, aku Cuma mahu berkongsi cerita..  Kau, Kau dan Kau!!(sambil menuding jari kearah kamu semua), dan anda semua!!  Pergilah menonton hikayat Merong Mahawangsa kerana anda semua pasti tidak akan kecewa…

ppsstt...Ehem2.. aku mimpi aku yang jadi watak Embok tu..haha..and mungkin satu hari nanti KRU production dok lamar aku berlakon dalam filem dia…tapi nak jadi apa ya??tettt…..*ok masa berangan dah muncul..haha..:p*



Aku bakal menjadi fenomena dunia:  Schubert Serenade ($_$)