KLIK LA YE

February 8, 2011

ACTIVITY MERONGGENG!!!($__$)

Assalamualaikum…tak jawab u guys berdosa ok..hehe…
Anda semua apa khabar??hows life??ada baik ka??

Btw, da beberapa hari aku tak menjenguk Blog aku ni kan..almaklumlah aku bukannya ada masa sangat nak update blog ni selalu..bila berkesempatan barulah aku mencuri sedikit masa dan duduk bersimpuh menghadap laptop dan melajukan jari jemari menekan papan keyboard yang serba usang ni. Ayat demi ayat, baris demi baris aku lagukan bagi mendapatkan kesempurnaan dalam berbahasa.(mungkin belum layak digelar sempurna)hehe..macam nama blog aku, lyrics need to rhyme…so setiap patah ayat dalam blog ni mestilah dilagukan mengikut rentak dan melodi yang aku sendiri pon tak ketahui bagaimana..so figure it out by urself ok…HENTAM KROMO je!!janji korang seronok and rasa terbuai2 dengan blog aku ni..chewahhh…

Anyway, kali ni aku nak share sedikit aktiviti yang aku buat masa Chinese New Year aritu.. Semua IPTA kan cuti selama seminggu, so aku telah berpeluang meluangkan masa untuk meroggeng dengan beberapa kenalan aku…Lepas membuat persepakatan dan perancangan selama seminggu, kitorang telah memilih untuk keluar meronggeng di kellie’s Castle dan menonton wayang sambil makan-makan dan mengisi masa berbuku-bukuan di book shop!!!almaklumlah disebabkan kami masih bergelar PELAJAR, tahap kewangan kami tidakla sesubur tahap kewangan warga yang bekerjaya…so kena la buat activity yang xbanyak menggunakan Ringgit Malaysia..so pergi visit2 tempat2 sejarah is one of the activities yg tersenarai…FYI, bayaran masuk untuk visit Kellie’s Castle ni RM4 per person..then lps buat lawatan sambil belajar budak-budak sekolah ni, kitorang dengan pantas menuju ke Mall untuk Lunch dan menambahguna sumber tenaga kitorang di JOHNY’S..Steamboat menjadi pilihan santapan kami pada haritu..Yummyy100x!!:)

Usai makan-makan, solat zohor dan mencuci mata, kitorang pergi tengok wayang dengan harga tiket RM12, tapi disebabkan kitorang menyalahgunakan hak sebagai seorang pelajar, kitorang telah berjaya mendapatkan tiket wayang tersebut dengan harga RM9 per person..haha..suka100x!!memang best kan jadi pelajar ni..keke…

Last sekali penutup segala activity, kitorang memanjangkan kaki menuju ke kedai buku…activity wajib aku bila keluar mesti gatai kaki nak pergi bookshop..lebih kurang sejam la mentelaah dan mencuci mata membaca synopsis buku-buku yang ada kat bookshop tu, aku telah berjaya membuat review beberapa buah buku yang aku plan nak beli nanti…SOON ok!!aku tak beli apa-apa buku on that day sebab aku out of budget…lagipon korang tahu kan, buku kt Malaysia mahal kot..cukai buku yang dikenakan sangat tinggi..so aku boleh telan air liur jelaa…tak dapat nak beli..nanti kalau berkesempatan akan ku serang bundle bookshop untuk cari buku2 terpakai..kiki.. Act, kedai-kedai buku bundle adalah tempat fav aku bila nak cari buku..murah dan buku-buku dia sangat la ol’school…hehe…suka100x!!selepas tamatnya activity bergambar dan meronggeng bagai, aku pon blah untuk balik ke rumah…heee

hehe..here are some photos yang aku snap on that day:)
















P/S: psstt...gambar2 yang HAWT2 dan BUDGETPERASAN macam MODEL akan aku upload on next entry..tapi the theme adalah activity yang sama ok!!gambar2 sekitar KELLIE'S CASTLE!!:)


perempuan gedik: SCHUBERT SERENADE ($_$)