Salam kawan!!
Life sekarang makin difficult and agak hectic sikit. Banyak sangat benda-benda yang tak disangka muncul dalam hidup. Masih menjalani practical yang sangat penat dan membosankan. Kehidupan kucar-kacir sikit, sebab penat, malas dan susah nak keluar daripada tempat sekarang ni menyebabkan aku agak fed up dengan Life.. Kesempitan wang yang membelenggu hidup seorang pelajar seperti aku di tengah semester memang perkara biasa kerana mnyebabkan aku mengalami kesukaran untuk keluar “berpoya-poya” dan "berlibur" dengan rakan-rakan taulan.haha.. maksud aku keluar untuk meredakan Stress dan Tension yang membelenggu diri seketika ini. Bukan berpoya-poya tanpa arah dan tuju..hehe.. Tambahan pula kesukaran untuk mendapatkan talian internet yang pantas menambahkan lagi rasa stress dan depress aku dengan hidup. Mungkin kerana tempat tinggal aku sekarang agak susah untuk meng-access penggunaan jalur lebar menyebabkan lappy aku kelihatan seperti “nyawa-nyawa ikan”. Antivirus yang sudah sekian kalinya tidak diupdate langsung. Lappy yang sudah lama tidak dihantar servis menyebabkab lappy aku sekarang sangat mudah “syahid underground” dengan sendirinya. Kala aku sedang menaip baris-baris tinta yang bakal aku sebarkan untuk simpanan Blog archive aku, dengan sendirinya tanpa pemberitahuan atau notis akhir, lappy aku akan terus terpadam kabur dan menjadi kelam. Tiada kesempatan untuk aku save kerja-kerja yang sedang aku usaikan. Nasib baik, autosave membantu, sekurang-kurangnya takdalah menangis tidak berlagu aku mengenang nasib dengan lappy aku ni. Nasib baik bukan sedang membuat assignment report industrial training aku sekarang, kalau tidak, mungkin aku give up terus nak start over report industrial training aku ni(erk?? ok, aku tak start pon lagi buat report aku..haha..april da kena submit..addoii..).haha..
Hurm, kadang-kadang aku sendiri menyesali hidup. Rasa menyesal dengan kehidupan sekarang, menyesal kerana tidak memilih sesuatu yang lebih baik pada zaman silam, menyesal kerana tidak menghargai hidup selama 21 tahun ini. Ya, aku menyesal..Tapi, tak ada guna kita menyesali hidup, bila itu jalan yang kita pilih dengan sendirinya. Tapi bukan bermakna bila kita pilih atau buat sesuatu keputusan yang kemudian harinya penyesalan datang bertimpa-timpa, ianya dikira sebagai suatu musibah.. Sentiasa fikirkan positif, mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin kita sedang berada dalam pengawasan Allah dan ujianNya, untuk lihat kita belajar dari kesilapan sendiri, untuk lihat kita perbetulkan kesilapan itu menjadi sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan. Everything is fated kan??Who knows:)
Cuma, kadang-kadang aku rasa macam tak fair bila orang sekeliling suka jaga tepi kain orang lain atau buat judgement pada diri orang lain tanpa lihat keadaan diri sendiri dulu. Kita takkan faham dunia yang kita tak pernah jejak, tapi sekurang-kurangnya kita patut respect dan bukan sekadar buat judgement sendiri dengan apa yang kita sekadar lihat dengan mata kasar. Kita kena faham yang kita hanya orang luar, jangan judge mereka dengan apa yang kita lihat semata-mata. Lagipon hanya diri kita sendiri yang lebih mengenali siapa kita. Bukan orang lain. Dan kita juga tidak mungkin akan mengenali seseorang itu sama seperti mereka mengetahui siapa diri mereka sebenarnya. Cuba kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan orang lain, mungkin perasan hasad dengki, iri hati, fitnah dan tuduh menuduh tidak akan timbul di kemudian hari. Seperti seorang kakak yang aku kenali sejak 3 tahun lepas. Kakak yang sangat baik hati, terbuka, dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Kak Arni nama dia, merangkap sahabat kakak sulung aku. Sekarang berada di United kingdom sejak 2 tahun lepas, sedang menemani sang suami menamatkan master di sana. Sangat lembut dan tidak pernah sekalipun aku dengar kata-kata nista dari mulut kak arni. Bersangka baik dengan orang sekeliling even ada tinta hitam dilemparkan terhadap diri, kak arni memang rilex and cool je. Aku kagum dengan dia, senyuman memang tak pernah lekang di bibir, mempunyai anak-anak yang comel dan petah berbicara disamping IQ yang tinggi, berjaya menawan hati seorang suami yang sangat “LELAKI”, pembimbing, merangkap “super duper protector" of the family yang sangat budiman. Kalau masih single mungkin menjadi igauan para gadis sunti seperti aku. Oppss, takda la.. No heart feeling la derrr!!hehe.. Apa la cerita kak arni sekeluarga kat UK ye?? If tak silap tahun depan diorang akan balik. Balik for good. insyaAllah.
It’s been a while since dia left to UK. And adalah contact masa 1st year dia kat sana thru email n Fb, but then dah tak dengar khabar. Busy mungkin. Lagipon, ktorang takde la serapat mana, hanya berhubung sebagai kenalan yang sentiasa contact to each other and berjumpa jika punya waktu, itupon bila kakak aku ajak aku join dia untuk lepak dengan kawan-kawan dia. Almaklumlah, jurang usia agak jauh agak kurang sesuai aku join bicara-bicara para wanita..haha.. Tapi ingatan terhadap kak arni sekeluarga sangat terasa bila aku cuba memutarkan fikiran untuk mengingati siapakah insan yang punyai ciri-ciri seperti yang aku katakan ini.
Erm, susahkan nak cari manusia yang punyai hati melebihi hasad dengki?? Aku?? aku tidakla layak digelar baik kerna aku pon punya perasan negative dalam diri. Tapi aku masih punyai kewarasan bila menebarkan bicara dan tidak bertindak melulu tanpa budi bicara. People tend to make mistake kan. So, masing-masing punya kelemahan diri jadi sentiasa lihat diri sendiri dulu sebelum lihat orang lain. Sentiasa ingat kelemahan diri dulu, before nak judge kelemahan orang lain. Senang cerita, tak semestinya remaja-remaja yang berpeleseran di luar tu tiada arah tuju, tiada ijazah dalam genggaman, dan tak semestinya orang yang tidak tahu berfesyen atau up to date tu “kampong” dan tidak mampu berjaya, and tak semestinya para graduan yang masih menganggur tu tiada mampu berjaya dalam hidup, and tak semstinya orang miskin tu bodoh, mungkin tuah belum menyebelahi diorang kot. Tapi korang yang mengalami situasi macam ni pon, kenalah berusaha.. jangan menunggu emas jatuh ke riba dengan sendiri. Ok kawan-kawan?? Kita mampu mengubahnya. Jadikan hubungan sillaturrahim dan ukhwah lebih rapat diantara satu sama lain dengan sentiasa mengambil berat, memberi pendapat dan menegur dengan cara yang lembut dan personal. Bukan dengan cara yang mengaibkan orang lain ok. Sama la macam berBlog, jadikan blogging ni sebagai medan untuk berkongsi ilmu dan pendapat serta menambah kenalan ya, bukan spread “Negative Rumors” pasal orang lain ok. Let’s Spread the Love People!! Anda mampu mengubahnya (^_*)
and, here ada some of the quotes yang aku adore ok!!do read!!
throw n spill from: Schubert Serenade ($_$)